Thursday, October 20, 2011

Saje meeting-meeting


Tengok betapa busynye aku
Selasa ke sini, ada meeting
tapi tak boleh buat
time frame seminggu ajer
out station lak tu

Jalan Kajang - Semenyih - Hotel


Nampak dari luar macam rumah kedai ajer.
Masuk dalam tengok!!!!!

Couple suite and family suite, attached bathroom ada bath tub cum jacuzzi



Lot tepi sekali ada 3 tingkat dining hall for chinese wedding, etc

Titiwangsa Sentral

I'm so busy since last week until now. (konon-konon)
Hari-hari pegi site and meeting
Lotihhhhhhh........

Ha! nak bagi tau condo ni baru ajer siap
Lokasi : sebelah Vistana Condo and Hospital Sentosa
Alamat : Titiwangsa Sentral Condominium, No. 1, Jalan Chemur, 54000 Kuala Lumpur





Last 2 year plus, developer's price RM250k
Now asking for 450k - 480k
Client aku beli RM465k
Sewa : 1.8k to 2.2k



Nun sana Flat Pekeliling
Sudah berapa lama ini project abandoned!!!!!


Ni lak view Jalan Ipoh/Jalan Sentul

Wednesday, October 19, 2011

Terbaikkkkkkk!!!!1


Lokasi : Jalan Enggang (dari simpang Jalan Jelatek kira-kira dlm 1.5km, belah kanan sebelah car wash)
Mango shake...terbaikkkkkk.... (pada tekak aku la, tak tau la korang...cubalah!)
Lepas ni cari kat Klebang lak (yang famous tuuuuu....)

Sunday, October 16, 2011

Bila Gastrik Datang Menyerang

Malam Jumaat hari tu, lepas balik kerja perut aku mula meragam...mencucuk-cucuk. Nak kata cirit-birit tak juga walaupun aku kerap ke tandas. Iskh ape kebenda la yang aku dah makan.kalau tengok kronologi pemakanan aku hari tu, Pagi makan spagetti yang kak nor bawa, tengahari aku makan mangga yang dibubuh serbuk asam dgn ciku, lps tu makan seketul roti bun dgn teh kat ofis klien. Dlm pukul 6 makan mee kari taruk sambal dgn dua ketul popia basah yang disiram dgn sambal kacang selain dari itu aku makan karipap dan teh tarik.

Malam tu memang aku duduk salah, berdiri salah, baring salah....nak tidur pun tak boleh. Setiap 3 minit aku ke bilik air..rasa nak muntah tapi yang keluar air ajer. Dlm 11.45 tu, aku dah tak tahan sangat, aku cakap dgn abah nak pegi klinik. aku cakap aku tak larat nak bawak kereta, naik motor ajer. Abah tanya nak pegi hospital atau klinik. Aku cakap pegi Pusrawi le depan IJN tu. Hospital sure tunggu lama...dah la berguling-guling tahan sakit. Maka merempit la kami berdua.

Sampai Pusrawi, mamat jaga kaunter pendaftaran tu macam tau jer aku sakit perut. Dia cakap sabar kak..kejap lg jumpa doktor. Aku No. 70, kat skrin No. 69. Cantikkkkk....dlm 7 minit aku dipanggil masuk. Doktor tu pun macam tau2 ajer...terus dia letak statiskop dekat perut sambil nurse pasang alat untuk cek tekanan darah. Sempat lagi doktor buat lawak siap tanya ada jamuan raya korban ke petang tadi? Sabarrrr ajer la. Dia tanya dua opsyen. Nak injection atau makan ubat ajer. Aku cakap tak kisah, "mak ok ajer". Siap bagi MC. Aku cakap tak payah la doc, saya banyak benda kat ofis nak buat. Rasanya lps makan ubat ok kut. Doktor kata standby ajer...mana tau aku perlukan. Aku tanya lagi macam mana perut aku. Doktor buat lawak lagi..."oooooo...diaorang berparti dlm tu...macam-macam lagu ada...rock..keroncong..jazz...samba...semua ada..hehehehe" .Kat situ juga dia suruh makan ubat. Sampai rumah tak sampai dalam 5 minit abis semua yang aku makan dimuntah. Lega.....tp aku tak lena tido, sekejap-sekejap bangun. The end...memang aku MC keesokkan harinya. Sampai hari ni perut aku masih lagi rasa macam bloating.

Aku dapat info dari sihatselalu.com

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 8, 2011

At That Little Gerai in AU5 again!!!!!!!


Kesini lagi....That Little Gerai in AU5 bersama-sama "orang bukit" malam khamis ari tu. Sebelum tu "orang bukit" ada cakap yang dia nak cuba makan kat sini weekend. Aku kata weekend ramai orang (maklumlah aku tau orangbukit seorang yang sangat pemalu) + end up kalau dia tak dapat tempat duduk + rasa kechiwa melanda diri = maka aku telah memaksa dia untuk dinner dgn aku. Hehehehehehe

Bila dah mak sampai ke destinasi nak tau apa orang bukit cakap? "Oooooo...kat sini rupanya, akak pernah dulu datang surau kat sini"

Ok, kitaorang order chicken grille w black pepper sauce utk orangbukit n grille dory w butter rice untuk aku. Lemon suam utk orang bukit n guava + asamboi utk aku. Tapi kitaorg ckp kat adik ambik order tu yg kitaorang lapar sesangat, so kitaorg request antar ice-cream vanilla n cream buelle dulu. Buelle tu bole try buat kat rumah...mcm senang jer...tapi mana nak cari burner utk kasi hangus lapis atasnye.....

Order 8.40 mlm, makanan sampai 8.57:59 malam. Haaaa...kan ker cepat!!!!!!



Tadaaaaaa.....ni la makanannya. Sorri gambar blurr n agak gelap. Maklumlah guna hp yg tak der flash. Kamera compact tinggal kat ofis. Jadilah yek. So...amacam orang bukit? She said sedap. Goood!!!!!

Bila makanan kami nak hampir habis, aku tertengok pakcik berkain pelekat meja sebelah yang baru balik dari surau dapat order dia. Fish n chip. Menggoda tu!!!! aku tanya orang bukit lapar lg tak? Dia ok jer....sooooo...kitaorang telah mengorder fish n chip lak. Masyallah, kami ni.......



Tadaaaaa.....fishnye....melt in your mouth not in your hand (i like fish sooooo much)...Pheh!!...Burpppp...alhamdullilah kenyang....Apa orang bukit cakap sebagai penutup....."Kita kat sini makan sedap-sedap..orang somalia tu tak merasa makanan ni semua"...Adoiiiiiii....insaf-insaf!!!!! sekali sekala bole kan orang bukit kan..kan..kannnnnnnnn.