Sunday, September 28, 2025

TRG : 08 - Sea Breeze Therapy 02

Assalammualaikum,

Hari Rabu membawa ke Jumaat baru2 ni, ke Kemaman office. 

Dalam perjalanan nampak papan tanda Kg. Jambu Bongkok. Kita pun pusing la stereng nak tengok apa yg hype sangat.

Tak jumpa la spot yg orang2 share dlm medsos. Tapi semasa pulang dari Kemaman, dah nampak spot cantik tetapi takde la menyinggah sbb AG mcm exhausted jer. Yea la orang kena stroke ni mana boleh berjemur tengahari rembang lama2. Dah la 3 hari berturut2. 

Ni jer la yang kita dapat capture..kalau ke Kemaman office lagi dan ada kesempatan singgah, teman share spot best2 yea..inshallah..tak pun oulls pergi ler..best tau..






Kami ke Kuantan jumpa kawan. Lepas tu kami singgah makan kedai ni, Jaman Tory di Indera Mahkota.
Tengok AG selera betul makan. Kolestrol kuat oooo..




Actually semasa turunkan AG depan kedai, nampak AG macam nak jatuh...teman pun parking la kereta dulu. Bila sampai kat AG nampak ada polis dok berborak dengan dia..hahahahaha..macam biasa terpaksa la cakap, pakcik ni kena stroke..tak boleh bercakap...nasib baik abam polis tu hensem. Hehehehehe..macam2 dia nasihat..tengok kat baju macam ada 2 crown. 
Bila tanya AG td nampak macam nak jatuh masa keluar kereta, pening ke? Dia geleng kepala..tak tau la..mungkin kereta tu seat dia lowered lps tu baju jubah tersepit...berderau darah teman.


Sunday, September 21, 2025

TRG : 07 - Sea Breeze Theraphy

Assalammualaikum,

Selain dari berjemur di sekitar rumah...apa kata kita pandang laut pulak. Tak jauh di Kg Rhu Renggeh, Marang...dari bandor dalam 12 kilometres jer..

Kitaorang lepak di Yan Beach Cafe.








Wednesday, September 17, 2025

TRG : 06 - Sabar itu sesuatu yang perlukan oktaf yang tinggi

Assalammualaikum,

Since accident, alhamdulillah banyak perubahan Abang Gebu. Bertuah teman duduk di negeri yang paling bahagia ini..selain dikelilingi jiran2 yang baik, urusan kami pun banyak dikelilingi oleh orang2 yang baik. Dari rawatan mengurut, bekam, accupuncture, doktor stroke, etc...masyallah tak dapat kami gambarkan dengan kata2..syukur semua urusan di permudahkan.

Nasihat dari doktor untuk pulih cepat, setiap pagi bermula dari pukul 8 - 9 kena berjalan atau bersenam di bawah matahari (kalau mendung still kena juga)..9 - 10 kena bersenam dibawah redup...so far paling lama bersenam adalah setengah jam..hehehehehehe..macam biasa..dah berpeluh la..lencun dah singlet..letih la..itu la..ini la...ok..as a start boleh..lepas ni mmg 1 jam tu kena full...no excuse...


Ustaz ni tolong urut..sakit woo..ni muka AG pucat lagi..lepas urut muka, tangan, kaki semua merah..orang kulit putih..kita yang gelap ni tak nampak la merahnya..hehehehehe..
Teman ada ambik video sbb ustaz ni sambil buat AG dia ajar bahagian mana kena urut...
Katanya senang kami nak buat lepas dia balik..
Tapiiiiiiiiiii AG kata sakit lagi..ngelat betul..kalau bini atau anak urut mmg banyak sangat songehnya..ni kena panggil orang lain buat. 
Owhh..ustaz tu duduk di Kerteh..rezeki kami dia datang KT..
Kebetulan ustaz ni kenalan ada sorang ustaz kat situ..recommended...



Tengok tu..
Ni kena jalan sebanyak 5 round..suruh bawak tongkat..tak mau nya..eksyen..
jiran2 pulak bagi semangat..nasib baik takde pom pom girl..
Cuma AG masih belum boleh bercakap. Ada la keluar sepatah dua kata..yang lain2 lebih kepada mumbling. Yang heran..cucu faham pulak apa yang tok pa dia cakap...yea la orang cakap, orang yang kena stroke ni macam baby / budak kecil...

Haaa..apa yg kesabaran tahap oktaf...
Pagi tadi lepas anak hantar ke ofis..dia balik rumah. Dia tengok papanya dah tunggu dengan beg slig depan pagar..terus naik kereta. 
Anak tanya papa nak pergi mana..main tunjuk2 tangan jer..puas la anak teka..nak makan ker..nak jumpa orang ker..last2 dah sampai bandor..anak tanya papa nak pergi bank ker..baru dia menyahut yea...
Tu satu hal..dah sampai kat area bank, AG terus meluru keluar...ada 7 anak tangga..tergamam anak..panik..dah la tak boleh parking tepi jalan tu..kena halau dengan penguatkuasa..yang papa dia tak fikir orang risau dia naik tangga tu..tersadung ke..rebah ke..awak tu bukan sihat lagi pun..lepas tu anak pusing2 tak jumpa bank pulak..ahhh..sudah...
Agaknya AG tunggu lama..mood dalam kereta mmg swing ler..member dah la tak boleh cakap sambil tunjuk kad bank dia...anak siap buat video call...teman suruh anak bawak ke atm yg ada parking. 
Haihhh..mengeluh panjang teman..AG tu bukan ingat semua..ni mesti kad bank kena block..password sah2 tak ingat tu...betul la anggapan teman.
Terpaksa anak ambil teman di ofis..untuk settlekan kad yg kena block..yea la tengok baki dengan nak keluar duit tak boleh.
Dalam kereta apa lagi membebel la teman..risau la kalau jatuh apa semua..dah la ubat pun degil ngelat tak nak makan..kena pujuk bagai....itu la..ini la..tak kira la..kena stroke ke..apa ke..hehehehehehehe..AG diam jer..yea la dia tau salah..tak menyabor sangat..
Alhamdulillah urusan di bank sekejap jer. (anak pun macam pelik..sekejap bebenor)..negeri paling bahagia kan..so kad bank dah boleh guna...AG nak tengok duit baki dalam bank jer..baru la dia angguk tanda puas hati....sedangkan teman ada selit resit penyata latest dalam purse dia..hehehehehe..sebenarnya teman ada guna kad dia untuk beli ubat stroke dan saraf weekend baru ni.....dia mana ingat..hari ni kita cakap..esok dia lupa...
Anak hantar sampai ofis...sebelum naik peluk la AG..mintak maaf sebab cakap kasar...AG senyum jer...ni tengah fikir..balik karang nak sambung membebel atau tak..hahahahahahaha..



Friday, September 12, 2025

TRG 05 : Surau Langgar Rindu dan Surau Buluh

Assalammualaikum,

Tahun lepas teringin nak singgah ke dua2 surau ni. Bila dah bermastautin di KT ni, weekend kita pun ronda2 la.

Impression teman masa sampai ke dua-dua tempat ni : macam mana nak cakap yea. Apa yang teman boleh kata...'sayang'..mungkin dari segi keterjagaan atau lokasi yang tak kena...ntah ler..susah teman nak kabo...

1. Surau Langgar Rindu








2. Surau Buluh





Friday, September 5, 2025

TRG - 04 : Masjid yg dilewati/disinggahi

Assalammualaikum,

Moving onward akan ada beberapa entry yang berlaku sebelum kemalangan. Sebulan duduk Trg..merata dah menyongketnya..

1. Masjid Imanul Faizin. Masjid ni dalam Negeri Kelantan. Tepi jalan persekutuan. Nampak semasa balik hari dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.




2. Masjid Lapan Kubah : Masjid ni didalam jajahan Jerteh, Terengganu. 





Ada beberapa masjid/surau yang unik teman singgah..nanti teman share..