Thursday, July 31, 2025

TRG: 01-Signing In

Assalammualaikum,

1.7.2025 : Tarikh dimana teman memulakan tugas berkelana di bumi Terengganu. 

Sebenarnya 5 hari sebelum mula bertugas, teman ada di sini..diminta untuk bertemu bakal staff dan chairman syarikat. Sessi berkenalan. Chit chat hala tuju syarikat. Target semua.

Sehari sebelum bertugas ada farewell lunch untuk RV sebelum ni. Tapi teman tak dapat joint la sebab masa tu teman atas bas, otw ke sini.....hehehehehe.

Abang Gebu tak ikut ker..ikut..cuma first week tu teman seorang sahaja. Balik dari Terengganu dia sakit perut..biar la dia berehat. Kita naik jer la bas. So stay la kat hotel dulu sorang2. Jumaat pagi fly ke KL..masa tu la kemas apa yang patut. Kami bawak kain baju jer. Rumah sewa dah ada perabut termasuk katil dan tilam. Bantal dan cadar kena la bawak sendiri punya kan..

Hari Sabtu travel la kami berdua. Kami tak terus ke Kuala Terengganu tapi kami singgah di Kemaman..overnight situ.. keesokkan hari ke branch Kemaman. Sessi berkenalan dengan staff situ pulak. Owh..di sini teman jaga dua branch. Kuala Terengganu dan Kemaman. Doakan semoga urusan teman berdua disini dipermudahkan. Aminnn...