Monday, January 27, 2025

Kalau Demam tetap kena pergi kerja..tetapi makan jangan lupa.

Assalammualaikum,

Minggu lepas, teman ni tak berapa sihat sangat..berjangkit dengan Abang Gebu. Demam dan batuk2. Takde la MC pun. Dia macam subuh2 tu, kita akan sihat walafiat..fit nak pergi kerja...cuma bila masuk jer ofis..start la batuk2..pening kepala, rasa nak pitam..bagai..end up pukul 3.00/3.30 petang, balik awal...sampai rumah tumbang...

Bukan kat ofis jer..in between kena attend workshop juga..tapi tak bertahan sampai petang..by tengahari teman excuse myself..

Jumaat baru ni siap sampai keluar darah la hidung. First time wooo....Satu ofis dah gelabah..tak kan check 30 ke 40 file case sampai berdarah2 hidung..entah lah..teman dah tua..hehehehehehe..CNY nak dekat so kerja tu memang banyak la...

Well..walaupun tak berapa sihat..perut kena isi juga..maklumlah..sejarah gastrik macam nak berulang jer balik....

1. Nasi Lemak Ujang Corner, Medan Selera Taman Greenwood.

Owh..ke sini sebab nak pergi Daddy Klinik. Jumpa doktor untuk ubat sakit lutut. 

Food ok. Pagi2 dah ada tapai bungkus daun getah rasanya...abis la batuk tak hilang..




2. Nasi Lemak Lemanjah, Jalan Raja Abdullah, Kg Baru

Food ok. Pagi2 dah ramai orang beratur..makan atau tapau. Kakak yang ceduk makanan panggil pelanggan dia sayang..tersengih2 pakcik....auwwww...




3. Bumbu Babah at Central Market

Masakan padang..retis punya..Abang Gebu ingat nak jumpa kawan lama dia kat sini..




4. First branch 

Tua dah..65 tahun umurnya..



Tuesday, January 21, 2025

Kedai Kopi & Benang

Assalammualaikum,

Lama dah nak pergi ke cafe ni. Pernah sekali nak singgah..sekali tutup pulak. Kali ni kami singgah setelah selesai urusan mendobi.

Terletak di Medan Selera AU2/3 . Cuma agak tricky sket nak sampai. Parking kereta depan rumah orang (nasib2 ler..kadang2 penuh petak parkingnya)..lepas tu kena ke bahagian belakang..sebab kedai ni menghadap padang.

Rasanya kami datang sini dalam pukul 9.30 pagi..tapi ada beberapa menu dah habis. 






Friday, January 17, 2025

Pergi dan pulang kerja - random view

Assalammualaikum,

Sekarang ni bila nak keluar ke tempat kerja akan singgah di mana2 tempat breakfast. Samada yang berdekatan dengan rumah, di Kg Baru, di Lorong TAR dsbnya. Guess what, 2 orang makan kadang2 bawah RM10..kadang2 bawah RM15..ada la terover sket dlm RM20-25...tengok tempat. Hmmm..berbanding di P/jaya..kami pernah makan di Medan Selera Precinct 9 (medan selera bukan restaurant tau), lontong kosong..RM15 satu mangkuk..gila mahal..first and the last la makan kat situ. Kat KL lontong dalam RM6/8 boleh dapat. Kaya yea orang P/jaya. Hehehehehe..

Maka, route perjalanan ke tempat kerja akan berbeza2. Walau bagaimanapun, tetap sampai office setengah jam sebelum pukul 9.










Monday, January 6, 2025

New Journey 2025

Assalammualaikum,


Serah kunci dan access card termasuk site inspection rumah. 
So far owner puas hati. 6 tahun beb duduk rumah ni


Last view. Malam tahun baru takde..so tak dapat la tengok konsert dan bunga api dari atas ni.. 


Balik kerja ni la stesen yang dikunjungi.


Stesen ni la Abang Gebu fetch isteri dia. 


Tahun baru abah masuk ke wad kecemasan..sesak nafas. Sampai hari ni tak discharge lagi.


Collaboration talk dengan student UiTM.