Sunday, August 3, 2025

TRG : 02 - Pre-signing in

Assalammualaikum,

Memandangkan kami berdua ni masing2 dah tua..hehehehehe..perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu (KT) sebenarnya agak memenatkan. Kebetulan hari tu Hari Jumaat. Singgah di pekan Karak untuk AG solat Jumaat dulu. Lepas tu singgah lunch di R&R Temerloh pekena ikan patin tempoyak. Sampai KT pun hampir maghrib. Check-in di The Grand Puteri Hotel untuk 3H2M. Hotel lama tetapi lokasi di tengah2 bandar. Sebelah jer dengan stesen bas. Masjid Jamek Zainal Abidin sepelaung jer..dapat la AG subuh berjemaah. 

Selepas pre-sessi suai kenal dan meeting dengan staff KT, otw balik ke KL, teman singgah di Kemaman dulu. Overnight di situ. Berkenalan dengan staff sana pulak sambil tengok office. 

Teman stay di Royale Chulan Cherating Chalet. Kan ker dah tua..so kena menyinggah in-between untuk merehatkan diri. Hehehehehe.

Untuk business trip ok la..kalau untuk berehat sambil nak guna swimming pool atau direct sea view, cerr booked yg sebelah dia..tapi mahal ler ratenya..atau cari jer hotel lain.


Nasib baik dapat level bawah..kalau naik tangga tu..malas oooo.. nak turun naik..






Nak ke pantai kena lalu area pokok pine..dalam 250 - 300 metres..atau lebih..sebab macam berat jer kaki nak melangkah dari chalet ke pantai..hehehehehe



Thursday, July 31, 2025

TRG: 01-Signing In

Assalammualaikum,

1.7.2025 : Tarikh dimana teman memulakan tugas berkelana di bumi Terengganu. 

Sebenarnya 5 hari sebelum mula bertugas, teman ada di sini..diminta untuk bertemu bakal staff dan chairman syarikat. Sessi berkenalan. Chit chat hala tuju syarikat. Target semua.

Sehari sebelum bertugas ada farewell lunch untuk RV sebelum ni. Tapi teman tak dapat joint la sebab masa tu teman atas bas, otw ke sini.....hehehehehe.

Abang Gebu tak ikut ker..ikut..cuma first week tu teman seorang sahaja. Balik dari Terengganu dia sakit perut..biar la dia berehat. Kita naik jer la bas. So stay la kat hotel dulu sorang2. Jumaat pagi fly ke KL..masa tu la kemas apa yang patut. Kami bawak kain baju jer. Rumah sewa dah ada perabut termasuk katil dan tilam. Bantal dan cadar kena la bawak sendiri punya kan..

Hari Sabtu travel la kami berdua. Kami tak terus ke Kuala Terengganu tapi kami singgah di Kemaman..overnight situ.. keesokkan hari ke branch Kemaman. Sessi berkenalan dengan staff situ pulak. Owh..di sini teman jaga dua branch. Kuala Terengganu dan Kemaman. Doakan semoga urusan teman berdua disini dipermudahkan. Aminnn...





Thursday, June 19, 2025

Signing Off

Assalammualaikum,

Hari ini merupakan hari terakhir ..tugas hari ini adalah signed mana2 report yang pending. 

Serah tugas pun dah dibuat pada pengganti since last week. 

Existing email teman akan still go on until mereka fully covered up sbb semua notification, instruction, enquiry, password procurement, payment etc semua masuk dalam email teman.

Sebab all this while, semua benda dalam company ni dari day 1, teman yang handle. Hopefully pengganti teman boleh buat lagi terbaik.

Jumaat lepas company ada buat farewell...Muka semua macam sedih...tetapi nak buat macam mana..hidup perlu diteruskan. Orang lain notis nak berhenti sebulan atau paling lewat 3 bulan. Teman 6 bulan..eh! setahun setengah..hehehehehe..

Simple..as long kita ni makan gaji..always remember that we are replaceable. Even on paper kita designated as partner (without any share yea)....kita sebenarnya masih lagi sebagai pekerja istilah..bahasa kasarnya.."this is my company..company money is my money'...kita hai hai bye bye jer la yea...




Sayang juga anak2 buah teman kat teman yea..touching dapat hadiah..dari skincare, tudung, telekung, tumbler, kopi, bantal, beg dsbnya..

Hidup ni jangan cari musuh..buat musuh pun jangan..kita adapt..
Kalau tak boleh adapt kita angkat kaki..bukan lari..cuma tak nak asyik memujuk hati yang terluka..






Friday, June 13, 2025

Hafiz dalam masa setahun

Assalammualaikum,

Bertempat di Bangi Convention Centre, Bangi Avenue, teman dan Abang Gebu menghadiri konvokesyen pertauliahan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menghafal dan mengingati ayat2 suci Al-Quran kurang dari setahun. Kami berdua ni datang untuk bagi sokongan kepada Aneesa. Berumur 15 tahun. Anak kepada adik bongsu teman. Maklumlah babah dia kena kerja..so mama dia yang hanya dapat teman. Kakak dan adik2 yang lain semua kena tinggal kat rumah. Anessa ni anak nombor 2. Well...biasanya anak nombor 2 ni bijak2 belaka..macam teman..hehehehehehehe.







Antara beratus2 pelajar ni ada juga yang hafiz kurang dari 2 bulan. 
Masyallah..macam mana la budak tu belajar. 
Ada yang umur 9 tahun pun ambik masa 4 bulan jer...
Kita yang tua2 ni asyik tunggang langgang, allah hu akhbar..
Arwah mak mesti bangga sbb ada cucu yang teruskan legasi bacaan Quran.
Dalam beratus-ratus Al-hafiz, para mudir, VVIP....masa solat zohor, Abang Gebu juga yang kena tarik ke depan jadi imam.  Owhhh..Abang Gebu ku..hehehehehehe..


Monday, June 9, 2025

An area called 'Pulau'

Assalammualaikum,

Dulu2 sebelum projek MRT, tempat ni kami panggil 'Pulau'. Dulu ada sederet rumah kedai 4/5 tingkat dan rumah kayu tak salah restoran dan bengkel motor. Kat situ juga kami selalu beli sate. Sedap pada rasa tekak teman.

Lokasi berhampiran dengan Menara Celcom, Bangunan Marinara dan Menara Perkeso..tak lupa Bangunan TH. Sekarang Menara Celcom dan Marinara tu diduduki oleh agensi2 kerajaan dan pentadbiran hospital swasta..nama bangunan pun dah di tukar.

Awal tahun bila pagar2 biru dibuka baru nampak..eh ada bangunan la..bangunan setingkat.  Ada 2 retail outlet. Bayang & Co dan Q Bistro. Cuma parking agak limited..tapi boleh la park..jangan parking tepi Jalan Tun Razak dengan Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) sudah....kalau nak rasa kena sondol atau disaman atau apa2 lah...

Gigih tau teman pusing 2 kali nak ambil gambar masa datang kerja pagi tadi.





Friday, June 6, 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Assalammualaikum semua,

Esok kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Mana2 tak pergi Haji kalau boleh berpuasa ler. Semalam dan hari ini insyallah dapat berpuasa...Abah dari Sabtu dah berpuasa.

Tahun ni di tempat teman tinggal, lebih kurang 7 ekor lembu dan 1 ekor kambing akan dikorbankan esok. 

Bercakap tentang korban. Selain dari menunjukkan pengorbanan kita kepada Allah SAW dengan menjalankan ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing atau unta mengikut kemampuan masing-masing. Tahun ini teman juga berkorban. Bukan dengan binatang tetapi berkorban dari sudut diri sendiri.

Insyallah, Teman akan bermastautin di tempat lain. Dimana tu..nanti teman update yea.


Kami sudah sampai ke tempat ini pada 31hb May 2024.
30hb May 2025, teman menerima satu perkabaran tentang hala tuju perjalanan teman.
 Alhamdulillah. 
Jadi 1hb Julai 2025, kita mulakan di tempat yang baru. Doakan semoga semua dipermudahkan.


Tuesday, June 3, 2025

Wedding lagi

 Assalammualaikum,

Kali ini lokasi majlis di Magica Hall, PICC.

Mak dan bapak pengantin perempuan orang real estate. Ni adik beradik dengan yang buat kerja kahwin kat Melaka bulan lepas.





Abang Gebu dengan cucu yang ke 12. geng mata sepet.


Wednesday, May 28, 2025

Masala or Masalah?

Assalammualaikum,

Lemau jer..sekali tengok kedai bawah ofis bukak pulak..eh! ada menu chai masala...settle masalah..



Tuesday, May 20, 2025

Masjid viral Bandar Sri Damansara

Assalammualaikum,

Gigih tu lepas sarapan di Masjid India masa cuti wesak baru2 ni ke Bandar Sri Damansara ikut Penchala link semata2 nak tengok masjid viral atas bukit.

So sampai la kami ke sini, Masjid Al-Mukarramah. Tapi rasanya sebelum tu nama lain sebab teman referring to batu asas kat depan masjid. Nama yang tertulis adalah Masjid Al-Muhajirin yang dirasmikan oleh mantan TPM masa tu sekitar Ogos 1996.

Kalau nak bergambar kat dinding rubble masjid tu..kena la naik tangga..hahahahaha..idok ler teman. Kalau pergi masjid jangan nak ber OOTD jer..masuk masjid dan solat sunatul masjid sambung dengan solat dhuha..lagi afdal..pahala pun dapat.










Wednesday, May 14, 2025

TerPERSONA

Assalammualaikum,

Terpersona tak?



Makan Nasi Lemak di UK (Bukan United Kingdom tetapi Ulu Kelang)

Assalammualaikum,

Kalau lalu area2 MRR2..selalu dok perati satu tempat ni..awat banyak sangat kereta..workshop ke kat situ..

Sekali orang ramai sarapan daa...Nama kedai tu Nasi Lemak Kari Kambing UK. Berhadapan dengan Masjid Al-Ridhuan, Kg Pasir, Ulu Kelang.

Sini jual nasi lemak dan roti canai..speciality dia kari kambing..ada la juga orang jual cakoi...






Ni kedai sebelah..sesiapa nak cari ukiran kayu boleh la singgah.

 

Monday, May 5, 2025

Apa view anda??

Assalammualaikum,

Pemandangan ini bila pulang kerja...



Rasa-rasa boleh tukar tak view ni dengan suasana pokok2 hutan..sawah padi, bukit bukau, gunung ganang or laut dan pantai...

ATAUUUUU...yang ini


Al-Fatihah untuk arwah mak, farid dan mak andak


Tuesday, April 29, 2025

Kenduri Kahwin x Mee Kari x Highway Jem

Assalammualaikum,

Sabtu baru ni ada jemputan kenduri kahwin belah Abang Gebu di Homestay Mak Kita, Pengkalan Balak, Melaka.

Perjalanan awal pagi dalam pukul 9. Exit kat Pedas/Linggi..pakai jer la gmaps ke tempat kenduri..teman bukan biasa jalan situ takut sesat barat. Sampai situ dekat pukul 11.00. Panas lit2.



Kepanasan la pengantin..khemah pengantin transparent..hehehehehe..


Yang perempuan tu anak sedara Abang Gebu.


Saje jer lalu pantai ni..masa ni dalam pukul 1.30..tak boleh buka mata..




Singgah beli pisang..AG nak sedekah kat monyet2 tepi jalan nanti.katanya...



Kitaorang singgah sini sebelum masuk highway balik. Masa mula2 nak ke kenduri dah nampak..dekat2 area toll Pedas.


Tak abis pun makan. 


Ni baru cucur udang..nampak udangnya..


Masakan lain pun ada


3 jam setengah baru sampai rumah...jemmmmmm...