Assalammualaikum,
Sabtu dan Ahad adalah hari di mana teman explore kawasan. Nature pekerjaan sebagai penilai berdaftar kena sentiasa pastikan diri kita sentiasa up to-date. Salah bagi estimated amount boleh diimbal balik sebab common excuses..subject to inspection and further information. Kalau silap value property..hmmm..menjawab la nampaknya..
Lokasi pertama adalah di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Jalan Enam Kaki, Beranang. Bukan jalan tu berkelebaran enam kaki sahaja yea menyebabkan dinamakan seperti itu..dilanjakkan pula melihat satu township di kawasan Nismilan. Baru ingat nak lajak ke depan lagi sampai Seremban....sekali AG kata macam dah jauh jer..kita patah balik lah....bosan la tu sebab tak nampak durian tepi jalan. Cheh!
Masa lalu pekan Beranang ni ternampak deretan rumah kedai lama..Eh! macam ada kedai kopi la..jom bang kita singgah. AG tanya ni kedai type C atau M..nampak macam M..jom la kita..
Nama cafe ni Kafe Inchum & Aziz.
Jodoh kami disini tak panjang..baru nak order makanan sekali ada dapat call dari anak sulung..nak jumpa katanya..datang dengan cucu sekali...Tok pa aka Abang Gebu dengar cucu nak datang, kelam kabut nak balik rumah.
Ahad pula tengok dua site di belakang Kg Kemensah. Agri land. Malay Reserve status. Hilly in terrain. Nak jual ..tengok harga....uish gila mahal..takpe la tuan..simpan dulu yea. First impression saya kata nilai yang diminta far beyond...mungkin valuer yang indicate kat you earlier tu tak tengok kut lagi kawasan ni..Wallahualam...
Nampak macam best kan kalau rendam kaki kat sini kan.
Sekali terbaca signboard dari satu jabatan menyatakan air sungai mungkin tercemar oleh bakteria...etecera..eh!..lupa pulak snap gambar signboard tu.
Teman ni kalau berendam dalam sungai mudah dapat jangkitan dalam telinga.
Bagi mengubat hati yang kechewa tak dapat lepak tepi sungai..kita lepak tepi tasik ampang jer lah.
Hampa juga. Order lempeng pisang..sekali datang lempeng tepung dibubuh beberapa slice pisang atasnya...Tahun lepas makan kat sini helok jer kejadian lempengnya..