Wednesday, June 26, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai - Day 3 (Pengkalan Chepa)

Assalammualaikum,

Destinasi seterusnya dari Kuala Terengganu adalah ke Kelantan. Specifically di Pengkalan Chepa. Melawat anak bongsu yang bermastautin di situ bersama suami dan 2 orang anak lelakinya. Sekarang tengah sarat..inshallah bulan 8 melahirkan.


Anak bawak mak dan papanya ke Pantai Aor di area2 Bachok. Jauh juga kalau dari Pengkalan Chepa circa 45 to 50 minit. Hujan2 pun redah juga..hehehehehehe..





Banyak tempat ootd. Orang pun ramai..cuti sekolah kan.


Actually kawasan ni banyak nama pantai. 20 ke 30km ada rasanya..
kita pilih jer kat mana nak nak lepak.


Lepas solat maghrib, kami singgah makan di satu kedai ni. Macam2 ada..nasi khaumok la, daging harimau menangis la..ikan siakap tu win..fresh..kerang tak tau rasanya..sebab teman tak suka makan seafood yang kena kopek kulit macam ketam, udang, kerang dan seangkatan dengannya..kalau ada orang tolong bukakan teman makan..hehehehehe


Isnin pagi2 lagi kami dah gerak balik ke KL. Anak dan cucu ikut sekali.
Singgah di Kuala Lipis untuk makan tengahari dan solat.




Ikan Talapia tu sikit punya besar..goreng dgn kunyit jer..isinya fresh.


Kami singgah makan kat sini.

So..keluar dari Pengkalan Chepa pukul 7.30 pagi. Sampai Putrajaya 9.30 malam. Fuhh..14 jam...tobatttt..dari tol Bentong ke tol Gombak sahaja 4 jam..bukan jauh pun 59 km sahaja...gila...salute la orang Pantai Timur yang sanggup redah jem tu.

Next projek apa pulak...tunggu....


Friday, June 14, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai - Day 2 Kuala Terengganu

Assalammualaikum,

Kelana kami di Pantai Timur diteruskan ke Kuala Terengganu. Seawal 6.40 pagi dah checkout. Actually, teman nak juga tunggu sampai 7.30 pagi sebab ingat nak sarapan di Warung Kopi Roda...iskh..macam lambat pulak..lain kali la kalau ada rezeki mari sini. Kita sarapan la mana2 kedai makan yang buka..dan yang banyak kereta/motor singgah or pakcik2 balik dari masjid/surau....untuk outsider macam kami..itu la petanda yang kedai tu ok..tak kisah la kedai kampung ke..


Kita ikut jalan pantai.


Laksam sedap la..tak sama macam kat KL/Putrajaya..


Hujan dari malam membawa ke pagi..


Lokasi : Pantai Kemasik, Kemasik..(banyak kucing kat sini)




Lokasi : Area2 Dungun rasanya..



Tak perasan ada satu lagi masjid kat area2 Jerteh dimana lapan kubah macam kat Rusia bentuknya..


Ihsan : dari mr goooooogle..





Friday, June 7, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai (JJCP) - Day 1 di Kemaman

Assalammualaikum,

Sebenarnya semasa teman decide nak ke Pantai Timur pada pagi jumaat (lebih kepada impromptu)....teman memang tau cuti sekolah..so trafik akan agak sibuk..tetapi teman beranggapan dah hujung cuti sekolah so orang akan ramai dah balik..so kami akan balik ke KL pada hari isnin lah..maklumlah isnin kan ker dah start sekolah..sekali lupa daaa...isnin cuti lagi sempena harijadi Agong..so kami menghadapi jem yang agak tak boleh blah dari tol Bentong sampai ke tol Gombak...(3 hours stranded..luckly bukan giliran teman yang drive...balik sini Abang Gebu siap dapat pakej bisa2 badan dan deman..hehehehehe).

Ok...destinasi pertama adalah ke Cherating..tetapi semua hotel tepi pantai kat Cherating penuh..maklumlah cuti sekolah...travel pun last minit..


Memandangkan hari Jumaat, kami singgah dulu di Masjid Kg Sg Ular untuk AG solat Jumaat. Lepas tu..tentu ler kena cari makanan kan. Kami singgah satu kedai makan..ala lupa lak namanya..Sajian Bonda kut namanya...kami tengok ada beberapa kereta yang berhenti so lets try ler...sebenarnya banyak lauk yang dah abis..tinggal ada la beberapa ekor ikan bakar..ada juga gulai kawah dan sup tulang. Ikan talapia dia fresh and sedap. Pencicah yang sampai 4 jenis tu pun sedap. 


Lepas makan kami terus ke Kemaman..ala tidur kat hotel budget sahaja, Shafurah Hotel. Betul2 depan jalan besar dan dalam town. Dah tua2 ni kena ada stop by...Lepas bersih diri dan berehat dalam pukul 5.30 tu kami keluar.. konon2 nak cari pantai..tapi apasal jem..oooo rupa-rupanya ada food festival. Lps tu rajin ek orang situ bawak anak bini ke pantai..kalau la putrajaya tu ada pantai..mau petang2 lepak..tak pun cari rumah yang mengadap pantai terus.

Kami menghala ke Pantai Teluk Mak Nik. Sebelum tu pekena kopi dan UCP (makan ringan2 sahaja) kat Aziz Satar Celup Tepung (famous ek pakcik ni..merata2 branch kedai dia..tapi butternya tebal sangat..lepas tu terbiar atas tray..bila orang beli baru nak panaskan balik..tak fresh jadinya).

Tentu tertanya-tanya siapa yang naik basikal ni kan? Hehehehehe..yang pasti comel...

Actually kami ke pantai belah kiri..menghala ke kuala kemaman...lepas tu masuk celah2 lorong rumah orang untuk sampai ke pantai. Tapi tentu ler mintak izin kan nak park kereta...




Lepas lepak2 di pantai, kami singgah solat maghrib di Masjid As-Syakirin Kuala Kemaman. Then terus balik ke hotel...

Sebelah hotel kami ada satu cafe comel..Rumah Buruk Cafe namanya...



Kat sini kalau order roti bakar, memang pakai macam roti burger ek...masalahnya kenapa kaya tu sedap sangat. Lepas tu Abang Gebu kata, kopi dengan teh kat sini pun sedap. Teman siap tanya mana nak dapat kaya tu..kut2 la boleh beli..sekali katanya dia pun tak tau boss dia beli kat mana...adoiii...

End of Day 1

Thursday, June 6, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai (JJCP) -Teaser

Assalammualaikum,

Weekend baru ni travelling dari Putrajaya ke Pantai Timur.

Sajer..menjejaki pantai-pantai..berdua-duan dengan Abang Gebu..hehehehehe..


Lokasi : Pantai Kelapa Condong, Bachok, Kelantan