Wednesday, October 11, 2023

Orang Pergi Hatyai...Kita Pergi Danok Sahaja...

Assalammualaikum,

Alang-alang kita ke Perthlis...apa kata kita melangkah ke negara jiran..Thailand..land of smiles.

Cadang memang nak pergi Hatyai...apakan daya..ahli rombongan ada yang sakit kaki la..penat masa kenduri la...ok..kita pergi town yang dekat sempadan sahaja iaitu Danok..jadi la..buat chop passport..

Ada kejadian masa kami ke sini. Kami naik 2 kereta.

1. Masa otw ke sini, papa zul boleh pulak tertinggal passport kat homestay walaupun teman dah ingatkan malam sebelumnya..dah 3/4 perjalanan pulak tu. So kami sampai ke Bukit Kayu Hitam CIQ, chop passport dulu kemudian bawak papa ke pejabat di situ..konon2 nak buat passport sempadan jer..sekali kena buat kat Alor Setar sahaja...so patah la balik ke homestay ambik passport. Kereta yang satu lagi proceed ke sempadan Thai.

2. Masa kat sempadan Thai ni, bila giliran teman..sekali pegawai tu cakap..passport teman tak chop sempadan Malaysia..lorr..abis dibelek setiap helai kertas..takde..rupa-rupanya memang tak chop...dah la letih kena jalan kaki dari parking ke imegresen sinun. Malas nak jalan kaki..teman sewa motor (orang sinun yang bawak sbb teman mana reti bawak motor..hehehehe..lagipun Abang Gebu kena jaga anak2 dara..nanti orang sinun bawak lari payah nak menjawab dengan mak abah diaorang.)..sampai imegresen malaysia..chop..patah balik dengan motor yang sama..then ke kaunter sebelah sinun. Moral of the story, kalau kita yang drive kereta..terutama kat imegresen kita....sebelum gerak pastikan tengok passport kita berchop atau tidak jangan main pass kat penumpang sebelah..terutama dalam kereta tu ada 4/5 orang. Check satu2 passport dulu. We are human kay...

Ok sementara tunggu papa n sorang lagi sampai..kita tukar duit dalam RM200 jer..ala..nak makan2 and beli barang sikit2...


Muka ada senyummm...dapat passport..



7E ni wajib bebenor orang Malaysia singgah..












Memang berhantu 7E ni..hehehehehe









Penat tunggu budak2 ni shopping dalam 7E tu..


Ingat nak naik ni..ronda2 jauh sikit..sekali lupa daaa...tren pukul 5 petang..masa ni dah 1.00 tghari...
lagipun hujan dah start gerimis..nak kemas barang lagi..moh la kita balik ke pangkal jalan..