Assalammualaikum,
Ramadhan tahun ni, Allah..susah nak cakap.
Assalammualaikum,
Ramadhan tahun ni, Allah..susah nak cakap.
Assalammualaikum,
Teman ni bukan majikan atau pemilik syarikat. Tetapi perantara antara majikan dan pekerja.
Hujung minggu depan kita dah nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Syarikat tempat teman bekerja telah mewarkan bahawa bermula 21/4 ofis tutup sehingga 25/4. Maksudnya pekerja tak perlu tolak cuti sebab ofis declare hari tu sebagai ganti cuti peristiwa semasa PRU dulu dan cuti Wesak walaupun Wesak jatuh minggu yang berikutnya.Seandainya ada yang nak cuti lama di kampung, mereka perlu ambil cuti pada 20/4, 26/4, 27/4 dan 28/4. 1/5 cuti lagi Hari Pekerja which jatuh pada hari Isnin.
Seandainya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat maka penutupan ofis juga berubah. So minggu lepas HR dah war-warkan kepada semua pekerja supaya submit borang cuti. Tetapi kelulusan cuti adalah tertakluk kepada boss besar. Disini terdengar keluhan dari pekerja. Terutama mereka yang mengambil cuti panjang.
Teman simple jer, sesiapa yang nak ambil cuti panjang...slow talk la dengan boss besar.
Kenapa teman cakap begitu. Sebab kita boleh tengok pattern kedatangan pekerja.
Contoh 1 : Pekerja A mengambil cuti 2 hari sebelum Hari Raya dan mula bertugas pada hari Rabu 26/4. Tendancy untuk mereka berada sepenuhnya didalam ofis seharian adalah 50%. Kenapa? Bila majoriti pekerja lain masih bercuti (80%), biasanya kedatangan adalah lambat sedikit. Selepas lunch tiba-tiba hilang...(ni terpakai untuk marketing team atau teknikal team). 27/4 bila peratus kedatangan mungkin bertambah ke 50% atau lebih 60%. Still same thing will happen. Unless boss besar nak buat meeting pada hari Jumaat tu. Hehehehe...raya mood maaa...
Contoh 2 : Pekerja B mengambil cuti 2 hari sebelum Hari Raya dan 3 hari selepas Hari Raya. Tendency untuk mereka masuk pada hari Selasa 2/5 adalah 50%. Masuk lambat atau paling parah MC sebab terlebih makan lemang dan rendang maybe. Atau alasan sampai rumah lewat pagi sebab jem tahap gaban balik dari kampung ke KL.
Contoh 3 : Pekerja C yang tidak mengambil cuti sebelum Hari Raya tetapi mengambil cuti 3 hari selepas hari Raya. Apa yang terjadi kepada Pekerja B diatas mungkin juga berlaku kepada mereka. Atau ada yang balik awal untuk mengelak jem di jalan raya.
Contoh 4 : Pekerja D yang cuma bergantung kepada cuti umum dan cuti ihsan syarikat. Pekerja macam ni mungkin hidup bujang dan tiada mak ayah atau adik beradik untuk sambut Hari Raya. Juga untuk pekerja yang memang kampung dia ambik masa 20 minit jer nak sampai..(teman la tu..)
Persoalan sekarang, bila cuti kita kena hadap benda berikut ;
1. Meeting online. Kepada pekerja yang diluluskan bercuti maka tiada alasan untuk mereka tidak memunculkan diri. Cuma kena pastikan line tip top waima tengah makan ketupat rendang dengan ahli keluarga.
2. Dateline : Bila kerja ada dateline. Nak siapkan sebelum raya tak sempat. So masa cuti raya tu kena la pulun kerja. Tu gamaknya ada yang bawak file, tab, laptop n printer bagai..
So cuti ni kepunyaan siapa???
Assalammualaikum,
Bila dah menginjak ke petang....mata mula la kuyu...hehehehehe...
Sajer nak cerita ni...kadang2 kita ni sebagai manusia banyak bebenor imajinasinya...
Abang Gebu kalau subuh memang ke masjid/surau la dia..
Dah dekat 2 minggu dia membebel sebab lampu kat parking blackout...satu floor!!!!
Teraba-raba...luckly parking lot sebelah dengan lift sahaja...
Teman dah komplen kat management minggu lepas dan isnin baru ni...hari ni masih tak dibetulkan lagi...tak tau apa masalahnya...timer kut...
Abang Gebu kata maklumlah pangsapuri khidmat yang kita duduk ni kan ker banyak foreigner...macam2 negara ada...mana la tau..tiba-tiba kena sergah ke?...ada yang niat tak baik ke?....kita bersangka baik jer la bang....
Assalammualaikum,
Dah masuk hari ke-13 kita berpuasa...cepat betul masa berlalu kan...
Dari Ramadhan ke-2, mak duduk dengan teman selepas discharge dari Hospital Serdang. (10 hari kat situ due to sesak nafas dan sakit perut tahap gaban)
Bior ler mak ambik angin Putrajaya, penat dan kesian mak keluar masuk hospital.
Sebelum tu discuss dan mintak izin dengan abah supaya mak duduk dengan teman. Bagi mak betul2 kuat.
So far nampak ok..walaupun mak masih lagi tak berapa nak lalu makan nasi...tetapi sebagai matron yang tidak bertauliah..macam2 teman masak..bubur lah..asam pedas ikan jenahak la..daging masak lemak dengan belimbing buluh lah...daging kering la..rendang minang lah...alih2..mak cakap mak teringin nak makan taufufa...lorrr...(tu yang kena tersinggah di Param..hehehehe..kalau tak memang takde la...). Param sini tak sama macam di Pasar Keramat atau Jalan Raja Alang. Selain harga masih mampu milik..tang rasa tu yang penting...
Param yang teman singgah adalah di Uniten dan sebelah masjid besi, Putrajaya.
Ahad mak balik keramat...abah suruh balik..katanya tak rindu kat cucu ke? Eleh..abah yang rindu tu sebenarnya...
Hari ni anak sedara call..cakap opah sakit perut dan tak boleh tidur malam tadi....hmmm..mak stress la kut duduk sana...hehehehehe..
Nampak gayanya kena duduk Putrajaya balik ni...