Monday, November 21, 2022

Tunaikan tanggungjawab!

Assalammualaikum,

Hari ni kita berdebar lagi menunggu siapa yang akan menerajui mentadbir Malaysia.

Setelah kita semua menunaikan tanggungjawab masing2 pada tarikh keramat 19.11.2022 (Sabtu) memilih wakil kawasan masing2 dan membentuk kerajaan.


Demi negara tercinta, abah dan mak teman yang berkerusi roda sanggup datang berhujan dan berpanas serta menunggu giliran semata-mata nak tunaikan tanggungjawab.

Cuma teman rasa sedih bila teman dapat message macam ni...sekiranya benar apa yang tertulis....







Sunday, November 13, 2022

Town Hall

Assalammualaikum,

Selain dari technical meeting yang teman buat weekly (biasanya progress update staff technical utk existing, outstanding atau future works). Teman juga ada aging meeting dengan account department (nak tau progress fee collection) serta management meeting (ni dengan BB n the bosess kira sebulan sekali atau on urgency basis). 

Kitaorang juga ada town hall meeting. Kiranya dalam setahun mungkin ada 3 4 kali. BB akan officiate townhall kemudian MD akan ambil alih. Dalam town hall biasanya MD akan remind staff tentang polisi syarikat dsbnya. Mungkin ada polisi atau nak bagitahu hala tuju baru syarikat.

Dalam town hall juga staff diberi peluang untuk menyatakan ketidakpuasan tentang polisi syarikat dsbnya. Kira two way communication la.

Antara persoalan yang ditimbulkan adalah

1. Kenapa dah 3 tahun kerja takde bonus diberi.

2. Kenapa claim mileage kena tolak 15 km pertama.

3. Sekiranya kena pergi ke site atau kena datang ofis pada hari Sabtu atau Ahad (which consider sebagai rest day), tidak digantikan dengan annual leave atau dibayar elaun lebih masa. Ini juga termasuk pulang lewat malam sebab pada mereka waktu bekerja hanyalah bermula pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang.

4.  Kenapa syarikat tidak bayar some token/insentif kepada staff sekiranya mereka menyiapkan sesuatu kes. Teman tau ada sesetengah syarikat penilai ni membayar insentif per file.  Kira macam semangat untuk staff buat kerja dan siapkan cases sebanyak mungkin.

5. Kenapa mereka dibebankan lagi dengan kes yang berikutnya sedangkan mereka masih ada lagi existing case.

6. Banyak lagi la...

Ok..teman tolong jawabkan apa yang MD cakap.

1. Bonus tidak diberi kerana syarikat masih baru. Baru nak masuk 5 tahun. Buat masa ni profit dengan expenses seiring dan sejalan. Belum ada surplus yang besar untuk syarikat bayar bonus. Tetapi syarikat ada la bagi duit raya. Tu belum kira masa PKP hari tu. Syarikat lain potong gaji atau buang pekerja. Syarikat ni masih boleh bayar gaji penuh. Inshallah..sekiranya tahun depan syarikat ada profit, mungkin syarikat akan bayar bonus. Memorandum tentang ni pun dah dikeluarkan.

2. First 15 km kena tolak sebab syarikat dapati, pekerja ni ada yang tipu mileage...hehehehehe.. lepas tu tak rancang perjalanan. Contoh : 3 hari berturut2 pergi ke satu tempat, sebab tak tengok betul2 site tersebut semasa hari pertama pergi. Contoh satu lagi..katakan pekerja ni duduk Seremban dan site kat Nilai. Claim dari office ke Nilai dan balik office semula. Lepas tu tulis dalam borang claim tak detail kenapa kena pergi ke tempat tersebut. Tak bagitahu pun siapa yang bagi arahan. Teman memang kena check in detail setiap kali budak2 ni submit claim. 

Tapi in future untuk young valuer mungkin syarikat akan bagi fixed allowance. 

3 & 4. Kita ni consultant/service industry. Report yang dikeluarkan memang kena follow dateline. Sebab client bayar fee kita. Kadang2 instruction dapat hari Jumaat, report nak keluar Isnin atau Selasa berikutnya. Memang kena pegi site hari Sabtu atau Ahad la.

Kalau tetiba client nak report keesokkan harinya..memang kena balik lewat la. Ala bukan hari2 pun. Once in a blue moon. 

Berkira sangat budak2 ni. Yang teman ni takde pun berkira sangat. Contoh : Ada staff yang submit cuti hari Isnin dan Selasa tetapi hari Jumaat dah ambil tiket kapal terbang/bus pukul 4 petang. Masuk ofis sekejap lps pukul 12 dah takde. Kenapa tak ambil cuti hari Jumaat tu. Alasan..owh nanti cuti habis. Cuti ni bukan privelage. Kalau kamu nak cuti tetiba tetapi tugasan yang diberi tak siap lagi syarikat berhak untuk tolak cuti tersebut...kadang2 alasan cuti sebab nak hantar adik ke asrama la...nak teman mak pergi outstation la...teman tunang cabut gigi la...haih..urut dada jer....

Belum lagi yang selalu lewat masuk ofis. Pukul 10 ke 10.30 baru datang. Pukul 3 dah hilang. In between tu hilang pegi berasap la..minum la..makan tengahari la. Ada sesetengah company mungkin dah potong gaji kut.

Tu yang datang hari malas, wassap ke VC...kata ada urusan bank la...itu la..ini la..tapi sampai sudah tak masuk ofis.

Tentang kenapa tak bayar insentif. Staff ni kena bagitau. Kita ada threshold untuk setiap staff. They thought kerja dah banyak sangat tetapi tak boleh nak cover pun threshold masing2. Company pun banyak expenses nak kena cover.  Mereka ni dibayar gaji..bukan elaun base.

5. Terbeban apanya kalau mereka sendiri tak siapkan kerja ikut dateline yang disediakan. Kes nak masuk bukan nak tunggu kita ni free n easy. Kadang-kadang ada kes yang datang macam tsunami. Tu sebab kena ada teamwork. Tapi kalau kita selfish...dah la kerja tak siap..lepas tu cuti atau MC..last2 staff lain kena cover. So bila staff yang cover you cuti, cuti demand pulak...sikap macam ni pun ada...haih....

Budak-budak millenial.......

 



Thursday, November 10, 2022

Bananabro!!!

Assalammualaikum,

Semalam lps office hour kitaorang ke IOI...

Sejak dapat panel, banyak bebenor enquiry call...so semua nak release tension jap...

Niat asal nak makan aiskrim...eh! tetiba tersinggah makan nasi atas daun pisang.

Hari ni tangan masih bau kari lagi..hehehehehehe





Spendar

Assalammulaikum,

Dah 10 tahun kahwin, spendar, singlet, kain pelikat serta jubah untuk Abang Gebu selalunya teman yang belikan. Tapi off course ler guna duit dia. Kadang-kadang ader la teman beli sebagai hadiah. Orang perempuan ni kan tau mana kualiti kain yang tahan lama. Hehehehehe..sebab kalau AG beli..sekejap jer getah spendar longgar lah, singlet labuh sampai lutut la...maklumlah orang lelaki ni main ambik jer kotak atau plastik kat rak tu tanpa refer kat display atau tanya sales person kat situ. 

Rasanya spendar lelaki ada dua tiga jenis jer..samada boxer, spendar biasa atau brief yg kecil/tight...tapi tak tau la sekarang ni spendar lelaki ada bermacam2 jenis..mengalahkan spendar orang perempuan....

Yang musykil tu kenapa bahagian bontot belakang tu terbuka seperti kat bawah ni...



Wednesday, November 9, 2022

WW : Bahang

Assalammualaikum,

Eh..kebetulan....mentang-mentang ler pilihanraya dah nak dekat ni.


Monday, November 7, 2022

Roticanai+kaki ayam @Warong Lapor Ler

Assalammualaikum,

Untuk peminat roti canai cicah kari kaki ayam di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, selain dari Warung Pak Hassan, Jalan Raja Abdullah (depan pejabat DBKL). Boleh ler terjah ke satu warung kecil terletak di Batu 3/4, Jalan Gombak. (Selepas Pasar Besar Gombak). Nama warung tu Warong Lapor Ler..

Orang Perak komerrrr....hehehehehehe...

Kedei takde ler besor bebenor..kecik jer...limited sarapan..roti canai, beehon goreng, nasi lemak dan few lauk. 

Tapi roti canai dengan kari kaki ayam dia sedap...request kasi garing sikit roti tu. Itu pada tekak kami ler..tekak orang lain kami tak tau...




Dua piring kari kaki ayam AG makan...laki siapa la ni..iskh..iskh..iskh..

 

Friday, November 4, 2022

Breakfast at RM7 sahaja

Assalammualaikum,

Port sarapan pada harga RM7 per pax sahaja...tapi minuman harga lain yea.

Tak jauh pun..kat AU5C@Naan Corner.

Menu pun ok jer...

Buffet style. Menu antaranya nasi putih dan lauk-lauknya, laksa, rojak, mee goreng, roti nan, 4 jenis bubur, biskut-biskutan, roti dan pilihan jem, karipap dll.










Wednesday, November 2, 2022