Assalamualaikum,
Alhamdullilah hari ni masuk hari ke-5 kita berpuasa.
Dikesempatan ini rasanya masih belum terlambat untuk meminta maaf jika ada kata2 ahkak sepanjang berblog ni menyinggung perasaan sesiapa.
Apa-apa pun selamat menjalani ibadahNya dengan penuh tawaduk.
Hope kita tak membazir di bulan yang penuh barokah ini.
Akak ada terbaca dalam surat khabar bahawa lebih kurang 3,000 tan sisa makanan terbuang pada hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa.
Bersyukur la dengan apa rezeki yang ada...compare kawan2 kita kat syria berbuka puasa sambil mendongak langit takut2 ada kapal terbang lalu nak gugurkan bom...
serta Saudara sesama islam di bumi Afrika yang kebuluran tak cukup makanan...
Inshallah dengan izinNya bulan ini ahkak mengambil pendekatan dengan hanya berbuka dan bersahur dengan tamar yang di rendam di dalam susu rendah lemak bersama sedikit oat untuk lapik perut.
oooo...ahkak tak niat nak diet yea...selera makan belum datang lagi..mungkin sebab seminggu makan makanan korea dan followed by 2 weeks dengan makanan arab...
still bersyukur masih boleh makan...
Selamat menjalani ibadah puasa semua!!!!
Eh....tiba-tiba ahkak nampak macam kecik jer...(sila letak tangan atas bahu.. :))