Tuesday, December 29, 2015

Cara mudah mencuci seat kereta anda

Assalammualaikum,

Wahhh...seronok yea uolls...cuti2 malaysia or cuti2 oversea...
Ahkak...cuti2 kat KL jer...
Hasrat hati mmg nak ke utara bawak mak n abah balik kmpg..
tetapi mengenangkan ahzab menempuh jem di lebuhraya..hasrat tu dilupakan sahaja
lagipun abah mana boleh duduk lama2 dlm kereta...daripada kena sumpah dari abah...so keputusan untuk stay di KL sempena 4 hari cuti adalah jalan terbaikkkk...

Apa yang ahkak buat masa cuti2 tu...ahaaaa....ahkak telah memodified..eh eh..bukan..telah membersihkan kusyen mr paus...
ahkak dapatkan servis dari themahers_cleanz (0143361391). bole lawat www.facebook.com/themaherscleanz...ig pun sama....
Tak payah antar kat car wash..kena tinggal kereta 2 3 hari...cabut kerusi bagai...
Cik adik dari mahers_cleanz akan datang ke rumah kita melakukan kerja2 pencucian..
Dalam masa 3 to 4 jam....kusyen kering..bersih dan bersilau...
bukan kusyen kereta sahaja...tepi2 pintu..plastik2 tu..tompok2 di bumbung kereta semua boleh kasi bersih...
Harga amat berpatutan...



Kusyen kereta ni dah la warna cream...ada la pulak makan aiskrim dalam kereta..tumpah..apa lagi macam tompok-tompok taik unta...iskh..iskh..iskh... arm tu pun dah kelabu..


Walaaaa....sudah bersih...

Thursday, December 17, 2015

Men Ate

Assalammualaikum,

As per request by our new RV, nak makan steak (dah boring asyik2 Puti Bungsu, makanan arab, nasi beriyani) sempena kelulusan dia menjadi registered valuer dan location of food specifically kat Me'nate Restaurant, Starpac Point Setapak (sebelah KL Festival Shopping Complex, Jalan Genting Klang) so semalam tengahari gerak la we olls semua satu department ke sana. Sebelum pegi ambik masa la dalam 2 hari pujuk boss...hehehehehe...maklumlah paymaster...kena la dapat persetujuan dia dulu.

Sebelum makan pilih dulu daging dlm freezer yea...harga berbeza-beza mengikut berat dan jenis. Sebab ahli rombongan ramai dalam 21 orang...ahkak dah suruh secretary senaraikan pilihan masing2. Actually diaorang tiada pilihan sebab ahkak dah letak benchmark...angus beef either striploin or ribeye...tu pun akak yg main ambik...cuma cara memasak ikut tekak masing2..medium, medium well done..etc



Selain dari steak samada kambing or beef...ada la side order lain...onion ring..garlic bread, romaine salmon salad, spagetti dan mushroom soup. Ada jugak dessert.. Air free flow yea...ambik ler berapa banyak jenis air pun..lattee, mocha..panas dan sejuk.


Yg duduk berdepan dengan ahkak tu la boss...nasib baik taik lalat pemanis atas bibir tak nampak..di apit oleh datin dan orang kanan dan kirinya...otai2 semua...hehehehehehe


This is what ahkak makan...angus striploin steak medium done...end up makan separuh jer..separuh lagi bagi orang sebelah...kenyang gila...



Our total damage...:)

Thursday, November 19, 2015

Dari Kg Baru ke Kg Sungai Buaya singgah di pantai Kelanang

Lama bebenor tak ke area-area Teluk Datuk, Banting, Jugra dan Morib...
Rasa-rasa dekat 8 tahun.
Hmmm...banyak membangun..tetapi dolu-dolu punya giant property masih ada lagi...
Pekan Jugra tak banyak berubah..ada la bangunan2 moden. Dulu deretan kedai2 kayu ajer ...maksud saya zaman2 90an...  
Nak tunggu staff baru masuk senin depan...client nak report 27hb ni...terpaksa lah ahkak berdrift ke Kuala Langat...
Ikut laluan MAX Highway..exit kat dengkil then proceed ke Pekan Banting dan Jugra. Property kat Kg Sungai Buaya (ladang sawit dalam 300 ekar)...Kalau dari Pulau Carey pun boleh ke site...termasuk SKVE..
Balik ikut Jalan Persekutuan...continue dengan KESAS Highway...hmmm better ikut laluan ke Putrajaya dan MEX klu nk balik...letihhhhh...dok bersaing dengan lori further distance jauh gila...

Balik dari tengok site konon2 nak makan tengahari di Morib...ikut la jalan dalam...sekali lalu Makam Sultan Abdul Samad ( rasanya la kut...ahkak memandu concentrate atas jalan jer)...lalu juga ke Bukit Jugra (tempat orang terjun paragliding) tapi kami tak pegi sini la..sebab misi adalah mencari pantai Morib...alih alih lalu Pasar Ikan Kelanang...ada pulak bot2 tengah lepak2 lepas tangkap ikan....ahkak tidak melepaskan peluang untuk memotret... 






Tetapi misi mencari Pantai Morib dibatalkan sebab kitaorang lepak kejap di Pantai Kelanang selepas menikmati makanan tenghari berupa ikan parang fresh masak lemak cili padi dengan belimbing buluh...pehhh..makcik tu masak memang terbaikkkk.... 
Faktor usia...cepat bebenor letih....

Tuesday, November 17, 2015

Kolam ikan di tengah bandar


Ni la fish pond ditengah bandar...Plaza Rakyat development
6 levels dipenuhi air...
Mana datang air tu...banjir ker????
Dak aihhh...dari air hujan ler..
Mana datang ikan...entahlah..mungkin benih diterbangkan oleh angin...
Kun fa ya kun...
Di khabarkan beribu-ribu ikan dalam ni...
Klu nak visit bole bawak jaring ikan...
Tu ikan..binatang lain tak tau ler...
anaconda ker...dragon fly ker... hehehehehehe...
camno nak value ni..banyak kerja nak fikir...basis must be right!!!!
client ada estimate value sendiri...
nak jer cakap dengan boss tak payah ambik job ni....



Both Photo : courtesy to The Star...

Thursday, November 12, 2015

Skyscrapers - sebahagian Jalan Raja Laut

Assalammualaikum,

Ini cerita 2 minggu lepas...semasa inspect Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut.
Highest floor at Level 19th..tapi guest rooms last sampai Level 18th jer...
Masuk Presidential Suite nampak lak cermin...
Owh! masa ni KL masih di landa jerebu lg...


Bangunan MARA, Pertama Kompleks, Sogo dan CIMB Bank HQ.


Boleh pulak lupa nama bangunan ni...suka-suka hati bg nama bangunan tun mat tahir...sekali Bangunan Tun Ismail Mohd Ali (ex-gabenor dan abang kepada Tun Hasmah Mohd Ali)

Wednesday, November 11, 2015

KL skyscrapers - Jalan Raja Chulan and Jalan Tengah

Assalammualaikum,

Pagi tadi ada meeting kat Menara KH (previously Menara Promet) at Jalan Sultan Ismail, Level 31.
Kalau dah level tinggi2 ni apa lagi tangkap ajer la gambor bangunan-bangunan sekeliling.  



Bangunan under construction yang tinggi melangit tu sited next to Bangunan Affin Bank Jalan Raja Chulan is Public Mutual tower, followed by Menara MIDF and Menara ING. The Weld tak nampak yea.


MAS bldg (tgh buat new tower), St Mary Residence and Menara Hap Seng 1 and 2.



Monday, November 9, 2015

Selamat bercuti

Assalammualaikum,

Yahooo...esok cuti...sempena rakan-rakan yang beragama Hindu menyambut hari kebesaran mereka. Dengar cerita ada sekolah cuti sampai 3 hari..dari isnin sampai rabu..
Hari ni kena ke hospital mata..tukar tarikh appointment abah...ada ker tulis esok..esok kan ker cuti...dari minggu lepas dail no telefon yang diberikan kat kad tu, hampeh,,,hari2 call pun operator hospital dah sambungkan tak angkat pun....dema busy bebenor kot...tu yg tak angkat telepon.



Kolum ni terletak di KLIA2...level ketibaan...lama bebenor tak ke sini...travelator pun dah berfungsi..

Busker pun ada...sambil makan2 sambil mendengar alunan suara cik adik tu...sedap suaranya nyanyi lagu omputih...international airport khennnn...

Monday, November 2, 2015

Sunshine again -

Assalammualaikum,

Subhanallah..maha suci allah...
pagi ni matahari bersinar gembira..
umat manusia pun bergembira setelah berapa lama tidak melihat matahari akibat JEREBU...



Taken photo dari balik tingkap ofis...sinar mentari memancor-mancor terangnya....



This photo was taken sabtu lepas...matahari nak melabuhkan tirainya...langit terbahagi dua...yang kiri kuning yang kanan awan hitam mula bergumpul2...lepas bang maghrib hujan turun dengan selebatnya-lebatnya menyebabkan pesta 'last kopek' karaoke final di bawah tenda putih tu dibatalkan...owh hujan lebat berserta angin kencang menderu-deru...hampir2 nak tercabut la khemah...

Friday, October 30, 2015

The Atmosphere

Assalammualaikum,

Tadi ada meeting kat sini, The Atmosphere off Jalan Putra Permai.
Landmark development next to Gergasi Hypermarket and stone away dari Pasar Borong Selangor and AEON Taman Equine.

Rasanya dah lama dah commercial development ni...tapi occupancy less than 50% i think. Might b saya salah..tapi nampak banyak unit yang kosong.

On overall, parking ok and nampak macam ada basement level parking.




Diva meletoppsss pun ada kat sini...


Dimana-mana nowdays banyak this kind of mural....





Roti canai banjir bubuh telur setengah masak satu!!!!!!

Wednesday, October 21, 2015

Makan@Asian Street, Nikah@Masjid Wilayah dan Kepulangan@HomeSweetHome

Assalammualaikum semua,

Panjang bebenor tajuk.
Malas nak buat sampai 3 entry.
Buat semua dalam satu...sonanggggg....


Cerita 1 : Makan@Asian Street, Sunway Putra Mall

Semalam, lps inspect quality hotel jalan raja laut kebetulan dah pukul satu...laporrrr...nak makan kat situ ramai pulak beserta seminar kat coffee house...
Tanya bebudak intern...nak makan apa..depa cakap ikut saya ler...
Ingat nak makan food court sogo for sure ramai orang...
So kita orang gerak ke sunway putra mall...kebetulan lak baca entri orang bukit pasal seoul garden, tapi kitaorang tak ler makan kat situ...terus naik tingkat 4..food asian...
Usha la apa yang patut....
Sekali bebudak intern nak minum atau makan benda yang light2..so kitaorang ke gerai2 asian street..
Minum ler teh tarik dengan cendol serta makan rojak serta asam laksa...
Cendol sedapppp....food tekak masing2..





Cerita 2 : Nikah@ Masjid Wilayah

Ahad lepas..anak sedara abang gebu nikah kat situ. Owh...Anak sedara dia pengantin perempuan...saje jer duduk belah pengantin lelaki...sambil jeling2 akak bila kadhi baca teks tanggungjawab suami dan isteri...hehehehehehe..



Cerita 3 : Kepulangan @ homesweethome..

Cheecak dah balik seminggu yang lepas...alhamdulilah...kurus bebenor...maklumlah 10 hari hilang..bila peluk dok senyap jer...sekarang nak peluk...hmmmm...meronta2 macam biasa..boleh peluk sekejap2..datang balik sombong nyer....tapi perangai tidur kat kaki abah dan mak tetap tak boleh tinggal. Lagi2 dia nyenyak tidur atas selimut busuk maknya....


Berpisah tiada...

Tuesday, October 6, 2015

Kehilangan dan kerinduan

Assalammualaikum,

Sudah lebih 31 jam cheecak hilang...tanpa dapat di kesan!!!!!
Kronologi kehilangan...
1. Klu abah dia bangun (abg gebu ler) sebelum subuh cheecak akan berguling2 depan pintu nak keluar..so bukak pintu dia pun keluar la..
2. Normally by the time abah dia balik dari surau cheecak akan bergolek-golek manja depan pintu grill then loncat masuk rumah bila abah nyer bukak pintu. Begitu lah routinenya...kadang2 abah dia tak bg keluar tapi dia buat muka kesian kat mak nye (saya la...), bukak ler pintu..loncat keluar...lari-lari then balik...
3. Semalam lepas subuh cheecak tak muncul2 balik...panggil panggil pun tak datang...abah nyer siap turun tangga setiap tingkat...pun takde sign dia...sampai pukul 8 pun tak balik so we off to work dengan harapan cheecak akan pulang.
4. Tengahari..abahnya balik pun tak de...kali ni naik sampai tingkat 12...pun tak ada...
5. Petang balik dari kerja pun takde...penat weh mak panjat tangga cari kat blok lain...
6. Adiknya si hitam dok mengiau-ngiau cari abangnya...

Saya suspect cheecak being taken by somebody else (jiran rumah ujung)...sebab tak mungkin dia kena kejar dengan kucing lain...menyebabkan hilang sense rumah kami...
Takpe la doa yg terbaik. Klu betul di ambil orang hope orang tu akan jaga dengan baik cheecak sebagaimana kami jaganya..
 


Last photo berdua..cheecak dengan hitam...taken last 2 weeks...



Monday, October 5, 2015

Malang tidak berbau

Assalammualaikum,

Pepatah Melayu ada menyebut..'malang tidak berbau', samada kita bersikap berhati2 atau sebaliknya...pokoknya..itu semua ketentuan Yang Maha Esa...
Dua jumaat lepas...tak ada hujan, angin kuat apatah lagi ribut...tiba-tiba dalam pukul 11 lebih dengar mcm bunyi dentuman..tak ambik port sgt mungkin ada accident depan office...
Tetiba tengok staff wassap group up;load gambar pokok tumbang...ehhh..mcm familiar jer...
Laaaa...depan office rupanya...
Innilalillah wainna lilla hirojiiunnn...
Sebatang pokok telah tumbang dan menghempap 8 buah kenderaan berhadapan medan selera kg baru (dekat TPCA)...salah satu kereta adalah kereta anak boss saya...
Berkejar la kitaorang ke bawah....masyallah..


Ni la rupa pokoknya....setelah semua kenderaan terlibat di alihkan...Cer tengok..mana ada akar..semua dah mati...adakah berlaku kesilapan manusia di sini...MAYBE...sbb sekeliling pokok di tar...menyebabkan air tak dapat meresap ke dalam tanah...


Report polis telah di buat...aduan ke jabatan landskap dan rekreasi DBKL juga telah dibuat....boleh claim tak atas kerosakan ini...
Cuba tengok website DBKL...
Jikalau pokok yang tumbang bukan disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan atau ribut dan pokok tersebut adalah di bawah selenggaraan DBKL...maka boleh claim..sebab setiap pokok telah diinsurankan...tapi mungkin tak bayar semua...mungkin separuh..bergantung kepada jumlah kerosakan..kebetulan tempat tersebut adalah kawasan parking depan medan selera...
So kena cepat2 suruh adjuster estimate kerosakan sebelum pihak bengkel.


Sempat lagi berposing budak-budak ni...iskh..iskh..iskh...yang baju melayu kuning tuanpunya kereta...alhamdulilah tiada kemalangan jiwa...
since that phobia bila lalu bawah pokok2 yang rendang-rendang ni...

Friday, September 25, 2015

Puncak Bogor

Dua minggu lepas ke Jakarta dgn abg gebu.
Ada mission sket..
No sight seeing sesangat...
Bandara-Taman Mas Era Jakarta Selatan(kitaorang stay sini)-Jakarta Golf Club(JGC)-Kuningan business centre-JGC-Bogor-Grand Central Plaza-Bandara
Ada la ke Tanah Abang (konon2 nk la tengok apa yg best kat sini)..nan hadooo...setelah 3 kali pusing tak jumpa jalan masuk parking plus macet yg super heavy...ahhh..lupakan sajer...maklumlah walaupun hati melonjak nak juga masuk ke sini...isteri mithali kena la patuh cakap suami khenn...bahahahahaha..
Camno boleh ke Bogor sedangkan Bogor dlm 45 min to 1 hour perjalanan dari Jakarta...
Don't be surprise..kitaorang pegi Bogor untuk lunch jer...
Tuan rumah yang kitaorang duduk tu ajak pegi jumpa adik-beradik dia...ala ikutkan saja..
Lepas makan saya di tanya samada nak naik ke puncak...
My husband tanya jauh and macet tak, maklumlah nk naik bukit...
To reach the peak dlm 30 minit klu tak macet la....
Tengok gaya macam macet so my husband ckp tak payah la..so balik le kitaorang
Immediate nak sampai toll masuk highway ke jakarta sy nampak signboard Puncak. Tanya la tuanpunya kereta masjid ada ker kat atas tu...dia kata berlambak...owh ye kerrr..then ok la yuk kita ke sana...hehehehehehe..poyo betul kitaorang...


Perjalanan ke puncak ala macam naik ke cameron cuma jalan takde la pusing2 straight jer ke atas...


Paragliders ramai...


Hati melonjak2 nak berhenti di tepi2 jalan mencapture ciptaan tuhan yang maha indah...well tak berapa nak kesampaian la juga sbb tuanpunya kereta keep saying the peak view dia lagi stunning...ikutkan sajorrr....


Setelah solat kami berehat pekena teh o panas dan sup ayam kat one of restaurant...view tak boleh layan sangat sebab jerebu plus tiupan angin yang agak dingin n worst thing bateri hp tinggal 2%...

Wednesday, September 23, 2015

WW - Malas


Bestnya kalau hari ini cuti....
Purrrrr....Selamat menyambut hari raya aidiladha esok...
Selamat berbuka puasa untuk mereka2 yg berpuasa sunat Arafah hari ni...
Assalammualaikum.....

Tuesday, September 22, 2015

Kenali kereta anda

Assalammualaikum uolls,

Hari ini saya nak bercerita pasal kereta. Well..bukan nak tunjuk pandai sebab saya bukan pomen bertauliah jauh sekali expert tentang kereta CUMA berkongsi pengalaman mana tau boleh di manafaatkan.

Rentetan dari kereta yang overheat sebab salah satu paip ke radiator bocor masa cuti hari kebangsaan baru-baru ni telah membantutkan angan-angan konon2 nak pegi somewhere maklumlah cuti kan 3 hari. Terdampar la kereta tak kemana-mana maklumlah mana ada workshop yang bukak. Cuma short distance ke Chowkit or Keramat mencari makanan.  Hari Selasa baru dapat dibaiki.

Berganti la dua tiga barang termasuk spark plug. No wonder kereta sometimes semput...well salah satu penyebabnya la... Okey kereta dah tip top balik...

Kebetulan hari khamis pagi dapat khabar berita yang adik abah tenat di Hospital Taiping. Mintak izin boss lepas lunch off tu Taiping dengan mak n my sister. Abang gebu jadi pilot separuh jalan then saya pulak sampai la ke Taiping. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Sampai hospital dalam pkl 6. alhamdulillilah adik abah dah bukak mata. Semua adik beradik abah balik except abah la...Abah saya partly bedridden...so jadi la kami sebagai wakil. Lps misi mencari mee udang di kuala sepetang dan pisang abu di pasar malam air kuning dalam 9.30 mlm kami pun pulang ke KL. Tak bole overnight sebab abah tinggal seorang. Lately saya tak bole drive malam...silau agak tinggi..kami selamat sampai ke rumah lagi 15 minit pkl 12mlm.

Jumaat rehat satu hari sbb hari Sabtu kena ke Jakarta. Since saya akan berada di Jakarta sampai hari Rabu so kereta telah diserahkan kepada my brother yang duduk di Senawang. Senang sket untuk dia bawakkan barang2 niaganya. Maka our nightmare pun bermula.....

On Sunday my brother ke Bangi mengambil anaknya yang belajar di GMI. Menerima wassap darinya kereta kami tak boleh nak start. Macam bunyi angin or macam minyak tak sampai. My brother cuba his best untuk bagi kereta tu start (tengok air filter la, throttle body la..battery la..fius box) tak mau gak. Then mintak tolong my fren..kira mobile pomen la...pun tak boleh walaupun dia cuba bypass wayar...last choice kena panggil carrier untuk bwk kereta ke workshop. Worst thing AIG tak cover untuk benda2 mcm ni..Hampeh betul..working hour Monday to Friday..9 to 5pm.., maksudnya upah carrier tu kena sendiri bayar..(Bila godek2 website dia utk auto assist kena bayar additional mcm saya bayar extra utk cover insurance cermin. Untuk next year nak tukar insurance lain..Lonpac ker..)

Rupa-rupanya wayar yang sambungkan segala mak nenek telah terbakar...apa la bangang manufacturer letakkan wayar dekat dengan salur minyak..and enjin..kalau ada spark...innalilahirojiiun la kereta..bole terbakor beb...


Workshop yang kita orang pegi hari Selasa tu dah cuak2 sbb kereta jadi macam tu..depa ingat salah depa..further kena marah dengan pomen lain...sepatutnya bila dia betulkan kereta kami dia dah bole tengok wayar-wayar tu semua hampir nak terbakar...well... benda nak jadi..lagipun bukan kereta dia pun..kita pemilik kereta yang kena peka..means kena start la mengenali kereta anda dan aware dengan perubahan pada kereta kita...lagi satu kalau keluar simbol2 kat papan pemuka jangan la buat donno jer...cepat2 la rectify..kereta sekarang banyak elektronik mak nenek compare dengan kereta dolu dolu...





Dah buat wiring balik...tak boleh start gak...sekali ECU problem.. kena tukar. harga seketul  cinonit yang tengah2 tu dah 1.8k....letak tangan atas dahi...melayang la dkt 3k untuk setel semua..


Ingat dah bole bergembira...sekali tak bole start lagi masa last thursday...saya suruh abang gebu ambik kat KL Sentral sbb ngantor boss n orang rumah ke KLIA untuk menunaikan ibadah haji. kena antor balik ke workshop...ingat fuel pump masalah sbb the day before aka cuti hari malaysia kitaorang misi mencari durian sampai ke batu 12 jalan gombak..minyak masa tu dah keluar signal merah mintak untuk di isi...saya cakap ala sampai rumah kita isi la...last2 pagi khamis baru isi...i've been made to understand yg kita tak bole selalu membiarkan kereta kita dalam keadaan minyak E=empty menyebabkan fuel pump bole jem...ni berdasarkan kepada pengalaman kawan2 yg pakai bmw, mitsubhisi, honda..etc...jangan la buat pasal nak tengok berapa jauh km kereta kita bole pergi dlm keadaan kereta signal minyak tu keluar...

So pagi jumaat terpaksa la kami menapak ke stesen bas yang jaraknya lebih kurang 1.5km dan menaikki bas awam ke tempat kerja...ingat nak naik basikal jer...
Sblm jumaat kereta dah siap..well ingat dah ok..kena lagi mlm tu...pomen datang la rescue..sekali takde apa-apa..dia bukak fius box goyang2 wayar bawah dah bole start...what the fishhhh....akak abang kena tukar fius box ni..katanya pomen tu..berapa rm??? dlm 1.5k....gilooooo....weng kepala sket...kira nak bagi tip top dlm 3k la....muhasabah muhasabah muhasabah....la illa hailla anta kuntum minazzolimin....

Sabtu ke TUDM Subang..ada jemputan perkahwinan...nak balik tak boleh start macam bunyi kaputtt...abang gebu bukak fius box goyang goyang wayar...dah bole start kereta sampai la kami selamat sampai rumah...saya do wonder...kalau goyang2 wayar bawah fius box tu tak kan nak kena tukar fius box...sapa la ada kawan2 yang pandai bab2 wiring kereta ni..nak mintak pencerahan sket...

Fuhhh....sekiannnn......

Tuesday, September 15, 2015

Mee perahu@publica

Sebelum minggu lepas, ada meeting kat sini.
Being suggest by my colleaugue since dia baru ajer pegi 2 days before.
Ok..kita try..since tekak kering sbb jadi lecturer bidan terjun dengan client
Plus ada la terbaca review dari few famous bloggers....



Hmmmm....my comment.
Service : Tahap maha lembab (tengok menu bukan banyak pun...klu air nak sampai lebih setengah jam apa cer...klu tau ambik jer sendirian berhad dalam kolkas...air dalam botol pun..)
Makanan pun sama..klu order 2 mangkuk pun dekat sejam sampai...iskh iskh..tak der la..tu pun order mcm popia ke pau tak sampai2 (well tak ingat pasal makanan sbb tekak kering air lmbt sampai)..tapi tang bayar masukkan lak..bila mintak refund kata dah buat..tunggu dlm 15 min gak nk dpt...hampeh...)
Price : bole lah..mee tu jer murah yg lain pricey rasanya..
Environment / susun atur meja : tempat penuh tp meja besar couple duduk bajet ala-ala romantik...yg dtg in group kena kongsi meja kecik...
Rasa : entah! minum air..rasa la sikit mee tu..maaf..biasa jer kat tekak saya..
Waiter : Majoriti rakyat asing...bukan buat kerja pun ala-ala LLB (look's like busy)...

Saya di beritahu kalau malam pengunjung sanggup beratur panjang...(idak ler teman..)
Pandangan saya mcm mana org tak beratur panjang sbb yg existing nk dapat makanan pun dekat sejam...
Simple dish macam tu should ambik port pasal volume
Service cepat = masa menunggu makanan + makan akn kurang = orang ramai = turnover profit tinggi = dapat la bayar sewa RM30k sebulan + untug banyak sket.

Sekian

Sunday, September 13, 2015

Night at Dataran Merdeka

Semalam, before jemput abang gebu di KL Sentral. Flight dia dari Jakarta sampai lewat pukul 10.10 instead 9.45pm . Then bus dari KLIA bertolak pukul 11.30 mlm, Mau 45 min sampai KL.   So to kill the time (waiting), saya ke Dataran Merdeka. Tiga kali pusing baru dapat parking, tu pun belakang kelab.


Ada pertunjukan Suara Kuala Lumpur. Adik-adik ni main gendang dari tempat simpan air ........bagussss...




Ramai gak orang malam-malam ni. Siap ada yang bentang tikar ala-ala piknik gitu, kanak-kanak main bola, bulu tangkis terbang, etc...Saya...hmmmm..termenung sambil menahan ngantuk...hehehehehe