Tuesday, July 31, 2012

Raya Photoshoot


Sempena Hari Raya yg bakal menjelang tak lama lagi
Hari ni, Department kitaorg ada sessi photoshoot
Ingat nak tangkap guna kamera biasa
Tapi bila si Faizin free during lunch time untuk shoot photo we all semua...
Apalagi.......
Macam-macam aksi...gila babas sampai 941 shutter count
Boss aku siap gelak besor
Ingat apa..rupa-rupa dia rasa macam glem sesangat
Dah la sampai 3 photographer
lepas tu bunyi snap picture berdesup desap...lime light flash lagi...
hehehehehehehehe


konon-konon group photo for all the directors mcm kita selalu tengok dalm annual report public listed company...hehehehehehehehehe..

Friday, July 27, 2012

Gadget : for attention of Tuan Syed


Rentetan dari pertanyaan oleh Tuan Syed ari tu...

Additional lens yang saya letak dihadapan lens asal bagi menghasilkan effect  bulatan hitam sekeliling gambar apabila kedudukan jarak pada 18mm.




Triple lens actually.
No. 1 : lens asal 18 - 55mm
No. 2 : optic plus lens utk Hi-d and wide angle (seperti yang d habaq oleh penjual. Serius sampai sekarang sy masih tak reti function sy membeli lens ini)
No. 3 : UV lens or to protect lens No. 2 dari pecah.

Lens No. 1 beli kat M"sia manakala lens No. 2 dan 3 kat Singapore (beli kat Kg Glam). Rasanya kat sini pun ada jual or sekarang dah jadi outdated. Hehehehehe.



gini le ghupanye. bila dah diceraikan dari lens asal.
Tapi mana bole lawan gadget Tuan Syed dan Dr. Singa
Ngeeeeeeeee........

Thursday, July 26, 2012

Juadah


kalau bulan ramadhan, kuih ni mesti mak buat
orang perak panggil Limas or kuih sampan
bapak gedabak 
peberet..tak nak manis..kurangkan gula


ni paru goreng masak kicap
goreng jgn garing sangat
pheh!..terbaikkkkk....

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan


yey, hari ini dah 1 Ramadhan
bermulalah perjuangan...bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
tetapi menahan hawa nafsu yg lain
especially..juadah berbuka puasa..hehehehehehe



bro n sis! condition kereta dah tip top..maklumlah nak beraya di kampung halaman
tak semestinya lagi 2 3 hari nak raya baru nak check segala
masa tu dah kelam kabut..further..ramai orang
elok lah ke workshop yg terdekat ye....


yang berkeluarga tu kena la tabah ek!
maklumlah budget nak balik beraya, budget baju raya utk anak2, budget kuih raya
yang paling utama budget DUIT RAYA!!!!!!!


apa-apahal pun...
gua nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
Selamat menjalani ibadah dgn jayanya
Semoga kita bertemu malam lailatul qadar..insyallah
Ampun maaf jika ada kekhilafan diri ini
Assalammualaikum.....


Sunday, July 15, 2012

Menyewa atau memiliki

entry kali ini bersifat ilmiah sket
walaupun aku bukan org yg selayaknya
cuma memberikan pandangan
korang tau ker ada pameran hartanah bumiputera kat pwtc pd 14 dan 15hb Julai (semalam dan hari ini)

metro ahad hari ini dalm salah satu kolum
lebih 3,800 unit hartanah ditawarkan bernilai RM1.5billion di sekitar lembah kelang
banyak tu
persoalannya disini adakah harga yang ditawarkan itu mampu dimiliki
iskh tentu la mampu kan
bumiputera sekarang teutamanya orang melayu ramai yang kaya raya
peratusan statistik...hmmmm aku kurang pasti
yer la mana tak kaya
tengok dlm suratkhabar atau risalah2 yang diedarkan kerumah rumah
semua bergaya dgn kereta2 mewah
siap cakap pendapatan mencecah 5 ke 7 angka, melancong ker luar negara
kaya la tu kan?????????

Sekarang harga rumah bukan macam dulu-dulu yer
kalau dulu masa zaman mak ayah kita (40 tahun dulu)
aku ambik contoh KL la..sbb aku duduk KL
rumah teres setingkat (20 x 75) harga 15k ke 30k
or bawah 50k boleh dapat semi-d.
ini untuk yang gaji 150 ke 800 kut
dah nak dekat pencen baru abis bayar (kalau keja gomen)
atau lps anak2 dah start kerja...ansuran rumah lebih cepat dilangsaikan
sekarang rumah yg sama..sub-sale ada yang mencecah 300k ke 500k
itu tengok kawasan ye, dgn renovation etc
dulu gaji banyak tu cukup..bole beli rumah..boleh sekolahkan anak sampai masuk U, bole pegi piknik, jenjalan, etc


itu dulu..cuba tengok sekarang
condominium kat pandan dengan keluasan 1,050 kaki persegi harga setengah juta
siapa yang layak untuk membelinya???
yang gaji kasar RM1,500 ke????
tu belum kira belanja lain..kereta..gadjet..etc
abis kalau nak beli rumah
kena tanya berapa yang kita mampu
atau masih mengekalkan menyewa adalah jalan terbaik
abis..anak2 kita mcm mana...
iskh..pandai2 le dema nak idup kan
kalau yang bergaji 4k ke atas sure tak de masalah kan
or ada masalah gak.....

oleh itu adik-adik yg baru keluar U, yg baru merasa gaji 2k ke 3k..bawak-bawak la menyimpan
lepas 3 tahun kerja..cuba beli rumah yg mampu untuk kita
sbb selepas 10 tahun kerja...mungkin kita tak mampu nak beli
1. harga rumah makin mencanak naik
2. faktor umur
3. banyak kekangan..bini bersalin tiap tahun la, tukar kereta baru la..anak nak sekolah la..etc

Sekian....



Sunday, July 8, 2012

Kuning


ada yang kembang


ada yg kuncup

walaupun begitu warnanya begitu menyerlah

dok cari bunga teratai lak....

Sunday, July 1, 2012

Laluan




Setiap perjalanan/laluan
kita disajikan dengan bermacam pemandangan
adakah garis lurus ini yang kita ikuti
atau laluan berliku
sebelum sampai ke penghujung
Wallahualam....