entry kali ini bersifat ilmiah sket
walaupun aku bukan org yg selayaknya
cuma memberikan pandangan
korang tau ker ada pameran hartanah bumiputera kat pwtc pd 14 dan 15hb Julai (semalam dan hari ini)
metro ahad hari ini dalm salah satu kolum
lebih 3,800 unit hartanah ditawarkan bernilai RM1.5billion di sekitar lembah kelang
banyak tu
persoalannya disini adakah harga yang ditawarkan itu mampu dimiliki
iskh tentu la mampu kan
bumiputera sekarang teutamanya orang melayu ramai yang kaya raya
peratusan statistik...hmmmm aku kurang pasti
yer la mana tak kaya
tengok dlm suratkhabar atau risalah2 yang diedarkan kerumah rumah
semua bergaya dgn kereta2 mewah
siap cakap pendapatan mencecah 5 ke 7 angka, melancong ker luar negara
kaya la tu kan?????????
Sekarang harga rumah bukan macam dulu-dulu yer
kalau dulu masa zaman mak ayah kita (40 tahun dulu)
aku ambik contoh KL la..sbb aku duduk KL
rumah teres setingkat (20 x 75) harga 15k ke 30k
or bawah 50k boleh dapat semi-d.
ini untuk yang gaji 150 ke 800 kut
dah nak dekat pencen baru abis bayar (kalau keja gomen)
atau lps anak2 dah start kerja...ansuran rumah lebih cepat dilangsaikan
sekarang rumah yg sama..sub-sale ada yang mencecah 300k ke 500k
itu tengok kawasan ye, dgn renovation etc
dulu gaji banyak tu cukup..bole beli rumah..boleh sekolahkan anak sampai masuk U, bole pegi piknik, jenjalan, etc
itu dulu..cuba tengok sekarang
condominium kat pandan dengan keluasan 1,050 kaki persegi harga setengah juta
siapa yang layak untuk membelinya???
yang gaji kasar RM1,500 ke????
tu belum kira belanja lain..kereta..gadjet..etc
abis kalau nak beli rumah
kena tanya berapa yang kita mampu
atau masih mengekalkan menyewa adalah jalan terbaik
abis..anak2 kita mcm mana...
iskh..pandai2 le dema nak idup kan
kalau yang bergaji 4k ke atas sure tak de masalah kan
or ada masalah gak.....
oleh itu adik-adik yg baru keluar U, yg baru merasa gaji 2k ke 3k..bawak-bawak la menyimpan
lepas 3 tahun kerja..cuba beli rumah yg mampu untuk kita
sbb selepas 10 tahun kerja...mungkin kita tak mampu nak beli
1. harga rumah makin mencanak naik
2. faktor umur
3. banyak kekangan..bini bersalin tiap tahun la, tukar kereta baru la..anak nak sekolah la..etc
Sekian....