Alhamdullilah, impian mak untuk menjejakkan kaki ke Singapura setelah sekian lama, telah selamat aku tunaikan minggu lepas. Kali ini hanya kami bertiga sahaja ke sana (aku, mak n abah). Budak tembam 2 orang tu tak ikut seperti selalu. Maklumlah, si luqman baru lepas bersunat.
Seperti biasa, kalau ke Johor Bharu, destinasi penginapan adalah di rumah kak sue. Suka bebenor dia bila tahu mak n abah nak datang. Awal-awal lagi makanan kegemaran mak iaitu botok2 ikan telah disediakan.
Khamis pagi, semua sudah bersiap sedia untuk memasuki negara orang. Aku memandu kereta kak sue sebab kereta dia dah ada autopass. Senang sikit katanya. Hanya anak sulung kak sue yang ikut kami, yang seorang lagi tinggal di rumah bersama sepupunya. Kak Sue bertindak sebagai jurupandu berdasarkan peta singapura sediada. No GPS okeyyy....it all based on guts n feeling...hehehehehehe...berpeluh gak nak cari kepala singa tu. Sekali jurupandu migrain daa...sbb cuaca panas.
Agak sedikit sesat n berpusing-pusing, gara2 aku nak mencari kawasan untuk memarkir kereta. Finally, aku decide masuk ke dalam bangunan UOB. Mahal pun mahal la...sbb kereta Kak Sue manual lps tu tak de power stereng. Penat beb! Valuer katakan, ikut gerak hati dan jangan malu bertanya. Guard di bangunan tu cakap, keluar ajer, susur ikut tepi sungai dan akan nampak kepala singa.
Alhamdullilah, kesesatan kami menyebabkan aku jumpa few scuplture yang aku tengok dalam blog orang lain. Well, memang tidak dapat di nafikan, ada sahaja idea yang di implement by the singapore government to attract people. Means setiap sudut ada sesuatu yang enhance value to the area. Good. I wish if tourist spot di antara Sg. Kelang dan Sg. Gombak di upgradekan. Tak payah le p jauh2, contoh dekat pun ada.
Abah bagi nasihat kat bebudak ni suruh balik.
Jangan mandi sungai lama-lama!!!
Batu bersurat singapura.
Batu peringatan by the first president, sama nama lak tu dgn abah
Lepas sessi bergambar di kepala singa, kami ke Arab Street. Mengisi perut yang berkeroncong. Menjamu selera di restoran zam-zam pekena nasi briani kambing dan murtabak. Singgah solat di masjid sultan. Pergerakan agak terbatas sebab hujan lebat. Kami hanya berlegar2 di Busurroh Street (mak membeli-belah), pekena teh tarik dan menengok kain-kain ela d Arab Street.
Lepas maghrib, kami terus bertolak balik ke Woodlands. Hujan masih turun. Instead of using highway, aku ikut jalan lama and stuck in traffic jem. Hehehehehe. Bila dah nak sampai di checkpoint, aku tengok lori dah berbaris panjang. Pusing-pusing dan terjumpa lak destinasi membeli-belah di woodland town centre. Mak cakap, orang dulu2 bila ke singapura, beli tuala kat woodlands ni. Murah!!!! Tu dulu mak...sekarang seringgit duit kita, dua ringgit empat puluh sen duit depa....Sambil2 tu mencari asam katuk kiriman maksu put. Puas bertanya dengan peniaga kat situ, diaorang pun tak pernah dengar pasal asam katuk ni...Adoiiii...mana lak nak cari...aku bila drive malam2 mata dah kurang awas...maklumlah...seiring dengan pertambahan usia> Hehehehehehe.
Balik aku ikut TUAS, sbb woodlands checkpoint banyak jem wooo....makan n Sampai rumah kak sue dah pukul 12 malam. Tengok dalam boot kereta, banyak gak beg plastik...yang d borong oleh mak n abah. Aku???? sekadar beg kamera jenama lowepro sbb si faizin dok berkenan beg kamera sony aku ala-ala big belly pouch tu. Senang nak tukar lens katanya.
Hari Jumaat, tak kemana-mana. Kak sue ajak meronda ke The Zon dan Plaza Angsana. Abah tak ikut sbb tak larat gara-gara berjalan di Kota Singa.
Mee Rebus tulang kat ZZ corner
Hari Sabtu ingat nak balik KL, tapi mak cakap dia nak masuk Singapore balik. Sbb mak rasa tak puas jalan lagi. Kak sue tak dapat ikut sbb anak dia demam. Sapa pulak aku nak mintak tolong jadi guide ni. Aha!!!! aku teringat kat seorang member aku..hehehehehe...sorry la beb terpaksa susahkan u. Bila aku sms kalau2 dia free that day n he replied. Yahooo...selamat la aku. Ye la, dah la kak sue tak ikut, aku la nak kena drive n aku la nak kena baca map. Tak kan nak suruh abah dgn mak kut. HEHEHE....
Kali ini aku bawak masuk keta Ford tu ke dalam. Senang....auto katakan....Tak sia-sia la aku mintak tolong kat member aku ni. Since dia yang drive, so...segala ceruk jalan dan tempat dia bawak. Siap jadi photographer lagi n tourist guide. Banyak info pasal singapura ni yang dicelotehkannya sepanjang berada di dalam kereta. Hehehehehe. Mak cakap ari tu mak mmg puas jalan....Syukurrr....
Ahad petang bertolak balik ke KL.
Tinggallah Kota Singa
Tinggallah bandar JB
Panjang umur, aku bawak mak lagi