Assalammualaikum,
Berkali-kali cakap dengan Abang Gebu yang teman nak start diet balik. Macam biasa jawapan dia adalah.....(sila isi tempat kosong). Hehehehehe...
Ok..salah satu tempat pastry yang teman nak pergi adalah ke KLCG@Dataran Merdeka. Selalu tak kesampaian. Samada tak lalu disitu atau mengenang kena beratur panjang.
Kebetulan teman ke satu site service apartment di Jalan Delima, Off Jalan Bukit Bintang. Ternampak la satu colonial building ni. Levain Boulangerie & Patisserie. Wow..pastry. Apa ada dalam ni..moh kiter...
Hmmm...tak banyak selection. Mungkin dah pukul 2.45 pm. Lagipun cafe ni tutup pukul 5.30..so dah after lunch hour..tak perlu replanish rasanya..so pukul berapa yang semua pastry ada..kata salah seorang staff kat situ antara jam 9 ke 12 tengahari. So sesiapa yang nak datang ke sini..pastikan dalam waktu ni yea..tetapi selection of other menu still ada lagi kut. Pastry sahaja.