Assalammualaikum,
Owh..hari ni Selangor cuti. Birthday Sultan...tapi macam biasa teman kerja..biasa la hujung2 tahun..kes banyak masuk...
Ada 2 benda jadi hari ni.
Pertama : Pagi tadi timbang berat...3 digit dah jadi 2 digit...99.6kg. 118kg - 99.6kg = 18.4kg. So....... adakah teman kena lompat bintang...opsss..belum boleh lagi. So tanya AG sekiranya teman boleh continue program diet ni sampai hujung tahun depan. AG ok sahaja..TAPI ada syaratnya pula...jangan terlalu kurus sangat. Tak sedap nak peluk katanya...hahahahahaha...
Kedua : Teman dah lama fikir benda ni. Dah 5 tahun bermastautin di Putrajaya ni. Setiap weekend teman memang stay di KL...kecuali out station atau ada kerja kena buat. Minggu lepas teman tengok kesihatan mak dan abah tak berapa ok sangat. Terutama mak.
Teman ada berbincang dengan AG. AG macam biasa mana pernah tak sokong bini dia. Hehehehehe..
Ada juga discuss dengan Papa Zul. Papa zul sokong keputusan teman seandainya itu yang teman putuskan. Sebab dia dah cakap 5 tahun lepas lagi.
So apa benda yang kami nak buat tu. Teman ingat nak pindah balik KL. Maksudnya..teman akan berulang-ulang alik antara KL-Putrajaya-KL.Cik B pula bila dengar teman dah nak pindah, dia pun nak pindah juga..mungkin area2 Cyberjaya...katanya rumah dia sekarang sewa makin naik..lepas tu kecil sahaja..kat cyber sewa murah dan rumah besar.
Bila nak pindah tu? Kalau awal bulan 1 teman bagitau tuan rumah..maksudnya teman akan ada sampai hujung bulan 2 sahaja..kena bagi tau 2 bulan in advance maaa...pertengahan bulan 3 kan ker dah start puasa. Iskh...rasa macam terkejar2 nak balik KL untuk berbuka...dah tua2 ni..rasa macam tak berbaloi nak mengadap jem dan berbuka puasa dalam kereta. macam AG kalau di KL dia tak kisah sangat..sebab dia boleh berbuka puasa di surau..ehh..kan ker diet..apadehal kan.
Kalau pindah lepas raya pun ok. Rasanya lah...tapi AG kata better awal...so teman cakap dia dah start kena packing barang dan bawak yang kecil2 balik ke rumah KL..perabot yang besar termasuk peti ais serta mesin basuh mungkin boleh offer kat tuan rumah. Kalau bawak nak letak mana pulak..rumah KL tu dah ada semua. Kalau tuan rumah tak nak kita jual jer la.
Boss besar tak bagi tau lagi. Mesti dia tak bagi punya. Dia mesti suspect teman nak tinggalkan dia..Tapi boleh jer bagi jawapan...'i tak nak pegang kunci ofis lagi boss'..hehehehehe..