Thursday, July 30, 2020

Kg baru + ikan patin = terbaikkk

Assalammualaikum,

Memandangkan hari Selasa kena ambik darah lepas tu bersambung pulak dengan sessi jumpa doktor di unit pembedahan am HKL...by 12.15 tghari semua settle...lapar n dahaga mmg tak tau nak cakap la sbb kena puasa dari pukul 8 malam day before.

Bila call AG katanya baru jer lps makan...aduss hancur kechewa...beli la kuewtiau goreng n tart telur kat kedai serbaneka pusat pakar tu. Sekali dalam kereta AG kata nak makan kat mana. Eh! bukan baru lps makan ker???.. well teman sayang makan ler... ok lah...makan kat mana yea...apa kata kita pegi kat warung che senah along Jalan Raja Abdullah...betul2 lps trafic light nak ke Jalan Dewan Sultan Sulaiman. Iskh..sekali terlajak lak. Masuk Jalan Khatib Khoyan. Immediate nampak bangunan ni...Patin?????? Jommmm...park kat sebelah dia aka basuh kereta sekali. Lepas abis makan n masuk Jalan Istana, rintik2 mula turun. Lps toll sg besi hujan selebat2 nya sampai la ke ofis...hehehehehe..terbang RM15...


Hehehehe...gambar sumber dari google...nak ambik gambar rumah kayu ni..tapi tangan penuh kiri kanan dgn plastik makanan n handbag...tongkat lagi...lagipun AG p block lak depan entrance tu.
Nama resto ni Samudra@anjung patin ville.

Menu mesti la ikan patin kan serta ikan2 sungai yang lain. Ikan talapia, karai etc. Semua datang dari Sungai Pahang... Tapi dia kira pakai berat yea. Jangan terperanjat lak bila tgk bil nanti...hehehehehe.
Side dish mcm sayur-sayuran, udang masak petai, ulam-ulaman...mmg terbaik la...macam makan kat rumah dan macam mak masak...
Bayangkan AG yang dah makan tadi boleh nak makan lagi sekali...oh myyyyy....

Suka la ambience dalam rumah kayu ni....








Apasal lak gambar ni boleh terbalik. 

Menu kami adalah ikan patin masak tempoyak, ikan talapia goreng (konon2 nak makan situ then sekor lg tapau bawak balik..last2 dua2 bawah balik sbb ada rezeki orang lain rupanya salah seekor tu..hehehehe), pucuk paku goreng biasa, ulam-ulaman dan sambal tempoyak.
Yang take-away adalah talapia 2 ekor, sambal udang petai, sayur terung goreng cili dan puding diraja.


Jagung float ni mmg sedap. tak manis sangat. just nice.


Patin masak tempoyak. saya suka style macam ni..macam rasa manis..mungkin rasa durian, masam sikit, nampak macam tak berapa pedas...dah 3 4 kali letak kuah baru rasa pedas cili api...perghhh...
Total semua adalah RM133. Talapia rasanya sekilo RM60. Sbb AG request ikan besor so dapat la dalam 500gm se ekor. Patin dlm RM38 sekilo. Ni patin sangkar. Kalau liar lagi mahal.
Kalau ada kesempatan  dan rezeki nak try ikan lain pulak la.
 

Wednesday, July 29, 2020

Holiday in Kuala Lumpur

Assalammualaikum,

Takde maknanya holiday dalam town...hehehehehe..
Selasa ada ambik darah kat KKKL. Kebetulan isnin petang ada jumpa somebody in KL. Mcm malas nak redah jem balik Putrajaya. Further keesokan paginya kena redah jem lagi ke KL.
Boleh jer tido rumah mak n abah atau rumah ena...well tangan gatal dok browse booking,com. 
Sekali tgk eh ada yg dlm seratus la...ok la..cari2 nampak bangunan ni..Expressionz located off Jalan Tun Razak. Ala..sebelah Bernama dengan Perpustakaan Negara.
Ini la peluang nak tengok development tu camno...selalu klu ikut jalan semarak nampak bangunan tinggi colour grey macam gotham city...

So lepas jumpa orang check-in la kat sini. Not bad la walaupun petang2 n pagi2 hazebedah ngadap jem kat Jalan Tun Razak tu.



Both gambar atas sumber dari mr. gogg...tak berkesempatan nak ambik gambak bangunan n facilities. Buzy n rushing maaa,,,,

Bawah semua suasana didalam bilik. Kami dapat level 13. Not bad. Ada bilik kiri dan kanan. Sama entrance tapi kunci lain2. Macam ada foyer in between. Rasanya asal adalah satu unit besar. Tapi sub-divide kepada dua. Boleh lah..kebetulan bilik sebelah takde orang sewa.
Well quite place..mmg takkan dengar la orang atas tarik kerusi bagai...
Cuma parking agak sempit...nak manuover...and limited.
maklumlah kat conezion parking sebesar2 alam...ramp jer ramai bersagat...hehehehehe.. 
In-suite accommodation semua ada. Mini kitchen, oven, fridge dua pintu yea, iron, iron board, mesin basuh, pinggan mangkuk, tv, wifi, android box, towel, sabun etc. 



















Wednesday, July 22, 2020

Kenali Payudara Anda - part 1

Assalammualaikum,

Kisah semalam....
Pagi menemankan mak ke HKL untuk mammogram test. Owh...mak saya adalah pesakit kanser payudara..sudah hampir 12 tahun. Buang sebelah payudara...so setiap 3 ke 4 tahun sekali mak ada appointment untuk mammogram test and ultrasound scan. Nak tengok ada abnormal thing tak kat payudara sebelah lg..

Kebetulan..semalam salah satu mesin mammogram kat HKL rosak lak..so patient yg low risk mereka divert ke Pusat Kanser Negara, Jalan Raja Muda Abdul Aziz.  Petugas tanya nak bawak mak pegi sendiri atau tunggu van hospital. Eh!..takpe saya boleh bawak mak...kebetulan mmg ahkak ada appointment untuk mammogram test kat situ...tapi pukul 12. Takpe lah..settle yang mak punya dulu. Sekali boleh buat sekali..tak payah tunggu pukul 12. By 11.00 semua settle...



Sebenarnya immediate bila mak diagnose cancer..kami anak perempuan doktor suruh buat test gak. So 2008, 2010 dan 2015 ada buat test mammogram...so far keputusan ok. Cuma 2016 or 2017 (lupa tahun) ada buat ultrasound scan sbb ada mcm biji dekat dgn nipple belah kiri...doctor kata mcm padat,,tak de nampak liquid thing...tak ingat sangat doktor kata apa..tapi mcm dia kata tak bahaya..unless the following year buat test lg..then klu membesar kena go for another step...well.....
walaupun pusat kanser tu across office..tapi those year bz tahap gaban...lps tu nak buat appointment asyik la tertangguh...hish...sampai la semalam.

Semalam buat test atas tiket boucher lppkn...ahkak tak tau lak yg lppkn ada bg baucher free untuk test mammogram untuk wanita umur 40 tahun ke atas...saya adalah seorang netizen yang tak ambik tahu sangat program yang ditawarkan oleh kerajaan...well...ingat sihat sentiasa kan...
Yea la..nak buat mamogram kena RM150..belum ultrasound scan another RM150...pap smear lg...RM150 to RM300.
Klu pegi klinik kerajaan....pap smear free jer...

Hasil dari test semalam...


BI-RADs category 4b. Kena buat biopsy...haish...



Nanti update...yea...doakan saya sihat selalu...terima kasih...

Saturday, July 18, 2020

Site visit - kilang

Assalammualaikum,

For almost 2 years tak ikut mana2 VE pegi site visit property.
Semua based on their photo, description or discussion.
Kalau tak familiar area situ macam biasa, one nice weekend akak meronda kawasan.
Semalam, ada kick off meeting dgn client......ala dalam 30 to 45 minit jer..
Kebetulan bawak dua team. Maklumlah dua property. Kilang besor lepas tu nak cepat lak.
Abis meeting terus shoot p site.

Yea, yea..orr..jer client kata site dah 90% completed. Sekali...nan hado...
Kena pakai safety boot, safety helmet bagai dan vest.
Yang penting keselamatan diri perlu diutamakan. Malang tak berbau kaedahnya...
Aterrr... working minggle around, rancah berselirat, lorry concrete tengah load concrete lagi, belum crane dok angkut segala mak nenek besi...
Gambar pun tangkap pakai drone jer...
Bertabahlah budak2 ni masuk site.
Ahkak macam biasa duduk dalam kereta jer...
Observe from outside boundary...hehehehehehe...


See....kak long kawasan pantau kerja budak2 ni pakai kereta staff ...tak kuasa nak jalan...jauh tu between two building dalam 600 metres gak..ngeee....


Ni ok la dah nak hampir siap...


Yang ni bukan 90% gitu....

Wednesday, July 1, 2020

Weight loss challenge

Assalammualaikum,

Bermula hari ini lebih kurang 15 orang dalam company yang rasa samada obes and terlebih obes telah memulakan challenge untuk mengurangkan berat badan selama 1 BULAN.

Asalnya..siapa paling banyak loss weight akan dapat RM150 (sponsored by me).
Sekali we oulls semua racun boss besar...makan boss besar participate sekali..
Hadiahnya adalah untuk 3 orang  tertinggi yang dapat mengurang berat seperti berikut ada imbuhan

a) Turun berat 5%, gaji naik 5%
b) Turun berat 10%, gaji naik 10%
c) Turun berat 50%, gaji naik 50%

Wah!..syoknya..syoknya..syoknya...

Evolution Slimming men, cartoon illustration of three men of ...