Tuesday, March 31, 2020

Amal jariah

Assalammualaikum,

Selalumya tangan memberi lebih mulia dari yang menerima dan setiap pemberian tidak perlu dihebahkan...yea..untuk tidak jatuh riak dan untuk menjaga aib orang yang menerimanya.

Dikala situasi PKP atau RM0 ni...semua orang terkesan..
Ada orang terkesan 6 bulan selepas RMO berakhir
Ada orang terkesan 3 bulan selepas RMO berakhir
Ada orang terkesan 1 bulan selepas RMO berakhir
Ada orang terkesan selepas RMO berakhir
Ada orang terkesan selepas RMO dilanjutkan dari 14 hari ke 14 hari berikutnya
Ada orang terkesan 7 hari selepas RMO diumumkan
Ada orang terkesan 5 hari selepas RMO diumumkan
Ada orang terkesan 3 hari selepas RMO diumumkan
Ada orang terkesan pada hari RMO diumumkan

Ya...kita semua merasakannya...
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
Melalui Yayasan Budi Ihsan Malaysia, kami bersama-sama memikul tanggungjawab selagi mampu untuk menyediakan apa yang patut samada barang keperluan untuk frontliner, asnaf, golongan yang diberhentikan kerja serta merta tak kira bangsa atau agama yang tidak ada duit unutk membeli makanan, susu untuk anak2, pampers sepanjang RMO ini..dan pelbagai lagi..
Layarilah website ybim.org.my
Sumbangan anda dapat mengubah segala-galanya...
Owh..setiap derma yang disalurkan akan dapat pelepasan cukai..







Jazakallah....

Friday, March 20, 2020

Work from home

Assalammualaikum,

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan partial lockdown bermula dari 18/3/2020 hingga 31/3/2020. disebabkan penularan wabak CV19.
Semua penduduk yang diarahkan bekerja untuk bekerja dari rumah kecuali sektor2 yang terpilih.
Dilarang sama sekali untuk berkumpul atau menghadiri sebarang majlis keramaian sepanjang tempoh lockdown..
Banyak lagi..tapi info tu boleh dapat dari media2, instra, fb etc..
Cuma untuk catatan..ahkak pun work from home..dari rumah tekan lift dah sampai ofis.
Owh..company mmg tutup.... IT staff kena sentiasa on standby..sebab nama pun work from home..bila masuk server hang la bagai..cloud tak boleh access...so dia kena troubleshoot..
Masuk ofis sembur la segala anti septic, use hand sanitizer bagai..
Klu ada staff yang nak datang buat kerja dia..boleh jer datang..tapi tak boleh ramai2..(harap ada jawapan yang konkrit sekiranya ditahan oleh pihak polis semasa roadblock..jangan cakap majikan paksa datang pulak)
Untuk urgent case, boleh datang and discuss tapi dalam jarak 3 meter lah..(di balik cermin..hehehehehe)..akak akan batuk klu aircond sejuk sgt. Client pun work from home maaa....so mmg interact dgn depa la..Bukan semua staff ada laptop kat rumah..kebanyakkan kerja guna desktop kat ofis..
Semua urusan adalah melalui email atau wassap.
Sebab ada case yang perlukan letterhead...tu yang kena masuk ofis.
Once report or CV dah ready and print then akak akan datang, signed dan boleh balik.
Apa-apa stay safe...banyakkan mengadu dengan Allah..
Kalau takut overweight during partial lockdown ni...belajar2 la berpuasa..
Inshallah, all went well..


P/S : Cabaran work from home ni..day 1 and day 2
a. Selalunya pukul 9.00 dah ada dalam ofis..check-in dalam Covid wassap group tapi masih baju kelawar lagi..silap2 tak mandi lagi..hehehehehe
b. Tengah jawab email/reply wassap/call client.. tertengok lantai rumah tak sapu lagi...ambik penyapu..ambik vacuum..dan tak lupa mop bagai..aduss...
c. Masuk bilik tengok ada baju kerja dan jubah yg belum gosok..krik..krik..krik..
d. Bila basuh kain..kain sebelum tu for sure dah kering kan..kena lipat pulak....iskh..iskh..iskh..
e. Dok fikir lauk apa nak masak untuk berbuka..sebelum2 ni beli or dinner kat luar jer..masak only on weekend..
f. Abang gebu dok tengok youtube wrestling...kadang2 terjoint sekali..ngeeee...
g. Lps zohor nampak katil memanggil-manggil...parahhhhh...

So hari ke-3 masuk la ofis jap..settle apa yang patut..

Tuesday, March 3, 2020

Towards ISO

Assalammualaikum,

End of February until April will be busy months.
Kenapa busy????
Sebab management decide untuk dapatkan ISO Cert...
Tau jer la...nak create QMS, procedure, process, forms...etc...
Uish...dengan kerja hakiki dan bukan hakiki lagi...
Redho jer la..for the benefit of everybody...
Long term investment gitu...