Assalammualaikum,
Pepatah Melayu ada menyebut..'malang tidak berbau', samada kita bersikap berhati2 atau sebaliknya...pokoknya..itu semua ketentuan Yang Maha Esa...
Dua jumaat lepas...tak ada hujan, angin kuat apatah lagi ribut...tiba-tiba dalam pukul 11 lebih dengar mcm bunyi dentuman..tak ambik port sgt mungkin ada accident depan office...
Tetiba tengok staff wassap group up;load gambar pokok tumbang...ehhh..mcm familiar jer...
Laaaa...depan office rupanya...
Innilalillah wainna lilla hirojiiunnn...
Sebatang pokok telah tumbang dan menghempap 8 buah kenderaan berhadapan medan selera kg baru (dekat TPCA)...salah satu kereta adalah kereta anak boss saya...
Berkejar la kitaorang ke bawah....masyallah..
Ni la rupa pokoknya....setelah semua kenderaan terlibat di alihkan...Cer tengok..mana ada akar..semua dah mati...adakah berlaku kesilapan manusia di sini...MAYBE...sbb sekeliling pokok di tar...menyebabkan air tak dapat meresap ke dalam tanah...
Report polis telah di buat...aduan ke jabatan landskap dan rekreasi DBKL juga telah dibuat....boleh claim tak atas kerosakan ini...
Cuba tengok website DBKL...
Jikalau pokok yang tumbang bukan disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan atau ribut dan pokok tersebut adalah di bawah selenggaraan DBKL...maka boleh claim..sebab setiap pokok telah diinsurankan...tapi mungkin tak bayar semua...mungkin separuh..bergantung kepada jumlah kerosakan..kebetulan tempat tersebut adalah kawasan parking depan medan selera...
So kena cepat2 suruh adjuster estimate kerosakan sebelum pihak bengkel.
Sempat lagi berposing budak-budak ni...iskh..iskh..iskh...yang baju melayu kuning tuanpunya kereta...alhamdulilah tiada kemalangan jiwa...
since that phobia bila lalu bawah pokok2 yang rendang-rendang ni...