Tuesday, November 30, 2010

Kama Kama Cameron - Cameron Highlands, Pahang

Masuk kali ni dah 5 kali le aku ke tanah tinggi Cameron. Apa ada di sana...hmmmm...selain cuaca yg sejuk especially nak dekat-dekat musim tengkujuh ni, disana kita disajikan dengan pemandangan yang indah. Bunga-bunga yang berkembang, panorama yg memukau mata memandang. Cuma aku rimas bila malam minggu. Gara-gara pasar malam di Brinchang, jem gila sepanjang jalan samada dari Tanah Rata atau dari Kea Farm. Masa ni bole la tengok tahap kesabaran pemandu dan skil pemanduan. Gila betul mereka....sanggup overtake or potong "q". Nasib baik tak bertembung dengan lori sayur dari arah bertentangan.
Kenapa aku kesana lagi? Well, atas jemputan temerloh branch actually. Yer la..masa aku d sana selain dari Kuala Gandah mmg kitaorang nak outing samada ke Cameron atau Taman Negara. Tapi tak sempat...sebab aku kena transfer ke Ipoh. So...hujung bulan Oktober aku ke Temerloh. Dari Temerloh kami ke Kg. Paya Sok, Jerantut. Tido semalam dan keesokkan paginya berkonvoi ke Cameron Highland. Laluan yang diikuti Jerantut-Kuala Lipis-Felda Chef Wan-Pos Betau-Ringlet dan akhirnya tiba di Brinchang. Kami stay disini. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di sini. Membawa ke malam menyebabkan ramai yang memborong stokin n sarung tangan...sejukkkkk gilaaaa.



Double rainbow at Kea Farm



First time bawak anak kesayangan jalan jauh
Joyfull moment


Teropong apa dik???


4 dara



Kaktus for sale at pasar malam brinchang



Coklat strawberi




Jem strawberri.
Yang ni dari pengusaha melayu





Pokok berbunga topi.
Hehehehehe


Merempit ke mana kita malam ni????











Ni la keluarga Temerloh office
Thanks a lot geng kerana tak lupakan saya.
Panjang umur..kalau p tempat lain..jemput le ye...

Melangkah ke alam dewasa

20hb November 2010 bersamaan hari Ahad, anak sedara aku telah memulakan langkah ke alam dewasa. Apa lagi acara bersunat ler.....hehehehehehe. Baru nak masuk darjah 5, tapi badan...humanggg aihhhh....tengok ler mak sedara dia...harharharhar.



Maksu put masukkan nama Luqman dalam senarai anak kakitangan utusan.
Kira bersunat beramai-ramai la...tak la si luqman ni ketaq.

Mula-mula acara berarak sambil diiringi bunga manggar n paluan kompang. Tengok tu badan orang lain semua kecik-kecik, dia ajer yg besorrrr...dah sama saiz dgn tuan pengerusi badan keluarga utusan malaysia berbaju batik pink. Hehehehehehe.


Sessi penerangan. Masa ni tengok muka masing2 kecuttttt ajer.


Pancutan air bomba n kerdipan flash photographer.


Nasib baik ada geng.
Depa berdua ni ajer badan besorrrrr...


18 sxxxxxx...


Alhamdullilah. Selesai
3 hari dah boleh berlari kesana sini
Siap tengok wayang lagi n pegi shopping lagi

Saturday, November 13, 2010

Wings Biarkan Berlalu

Lagu ni masa aku umur 15 tahun (1987), tgh ambik SRP kat ARGS. Rock kapakkkk....rambut ada jambul, kain baju kurung atas sket dari buku lali, pakai celak...hehehehehehe...kenangan zaman sekolah menengah paling best!!!!!

Monday, November 1, 2010

Tugu Negara dan Muzium Negara

Dulu masa kami kecil-kecil, mak n abah rajin bawak kami berjalan-jalan ke tempat2 macam ni. Walaupun masa tu, kami tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi abah gunakan kenderaan awam sediada. Seronok sangat walaupun penat berjalan kaki. Rasanya ada photo ke muzium kami semua adik-beradik dalam sulaimanakhlaken@fotopages.com . Kalau tak ada nanti aku selongkar gambar lama. Then aku post kat sini ek. Hujung minggu lepas aku bawak dua anak sedara dan mak ke dua tempat ini. Tugu dan muzium negara. Kira mak mengimbas nostalgia lama heh! Hehehehehehe.
Bagus gak matapelajaran sejarah jadi matapelajaran dalam SPM. Sebab kita selalu lupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Ye la, aku tengok kalau orang lain kalau ke luar negeri atau negara lain sure akan masukkan agenda melawat muzium dalam siri lawatan tetapi muzium di negeri sendiri ade ke kita lawat?


Orang kata tak elok kita memuja monumen semacam ini.
Kalau bergambar tanpa niat. Salah juga ker?






Macam mana la mamat ni bole ada kat sini?
Masih lagikah sinonim pepatah itu dengan kehidupan kita sekarang?