Friday, October 24, 2008

Episode 6 - Madinah/makkah/Dacca

Date : Hari2 terakhir di Makkah

Selepas pulang dari ziarah, mak tak berapa sihat. Mungkin cuaca yang terlalu panas. Malam tu mak demam. Jemaah yang lain nak buat umrah pukul 12.00 malam, tapi aku tak joint sebab menjaga mak yg demam. Mak cakap dia ok tinggal dalam bilik hotel sorang2. Tapi aku tak nak tanggung risiko, sebab masa kat malaysia mak pernah di serang demam sampai kena tahan seminggu dalam wad. Alhamdullilah, hari ke-3 mak beransur2 pulih, selepas aku paksa mak minum air zam2 banyak2. Itu la sebab kitaorang posa sunat 3 hari jer. Abah dan jemaah lelaki lain sempat la posa 4 hari...last2 semua surrender sebab batuk menyerang tiba2. Lepas mak, seorang demi seorang rakan sebilik aku kena demam. Aku...sampai kat KLIA baru demam....
Ni minuman yg aku minum sepanjang kat sini. Air zam2, laban dan jus mangga....sedapnyaaaaa...

Commercial hub near to masjidil haram. Sibuk memanjang.
Bunyi hon kenderaan bertalu-talu every second.
Lepas solat subuh kawasan ni dipenuhi penjaja tidak berlesen (aku guess la...sbb ader one time sorang pun tak muncul kat sini...bila perati betul2 ade radio car (pak polisi) lepak dekat2 situ).

Barang2nya standard 10 rial setiap satu.

Kat sini pun ade kedai 2 rial tau (ala macam kedai 2 ringgit kat malaysia ni).

Kawasan penempatan Bani Hashim.

Ni bukan trafalgar square k. Ni dekat dengan Masjid Kuching atau dikenali dengan Masjid Bendera @ Ar-Ryan. Masjid ni nabi singgah sebelum sampai ke dalam kawasan Kaabah dari Madinah

Masa hari terakhir di Mekah, macam biasa Biman Airline ni buat hal lagi. Flight 7 pagi, delay sampai 12.30 tengahari. Nasib baik depa bagi sarapan. Muka jemaah aku semua macam tension jer. Ada satu tahap abah tanya, kalau nak beli tiket MAS kat mana ek...ALAHAI....

No comments: