Tuesday, March 31, 2009

Batangsi

Arrrrr...korang jangan pikir bukan2 ek. Tempat ni tak de kena mengena dengan Batang Ai ye. Masih lagi dalam kawasan Selangor. Terletak di Jalan Sungai Lalang, Ulu Semenyih. Semalam aku melawat site utk pengambilan balik tanah. Terletak kira-kira 1 kilometer dari Jln Sg. Lalang melalui laterite road. Aku pun menukar keta ford kesayanganku menjadi 4 x 4. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan mau aku suruh client tu ganti drive shaft keta aku.

Well, Batangsi adalah sempena nama sungai kat bawah ni.


Semenyih Memorial Hills ni bukan tempat rekreasi tau. Kalau sesapa yang nak tempah tapak utk tempat tinggal...bole le pilih. Bungalow ada, terrace ada...apartment dgn flat pun ada. Facing hill pun ada. Tempat ini khas utk persemadian rakan-rakan kita yang bukan beragama islam. Sungguh luas kawasannya. Bersebelahan adalah Nirvana memorial park. Ok la tu...memeriahkan suasana dikawasan terpencil ni. Dengar cerita mahal gak satu lot. RM10,000 ade kot. Nak tau lebih lanjut, layari la laman web mereka.


Gua tak tipu maa...
memang nama tempat ni Batangsi.

No comments: