Tuesday, March 24, 2009

Kuala Terengganu

Hujung minggu sebelum ini, aku menyertai satu road tour ke Kuala Terengganu. Sebuah bas persiaran dan beberapa biji kereta. Macam biasa memandu sendiri lebih "thrill" compare kalau sama2 menyertai rakan2 lain naik bas. Bole suka-suka hati berhenti maa dan bole suka-suka hati gerak kemana-mana. Tak menyusahkan orang lain.

Kami berhenti di Marang sambil menikmati puputan bayu laut di waktu petang.








Sampai di Kuala Terengganu, kami semua ditempatkan di Sumai Suite & Apartment beralamat di Lot 4479, Jalan Persinggahan. Adjacent to Primula Beach Hotel and near to Pantai Batu Burok.


Keesokkan harinya, kami dibawa melawat ke Taman Tamadun Islam. Sebelum ke sana kami dibawa bersiar-siar dengan bas antik sekitar bandar Kuala Terengganu.






Istana Kristal



Selepas menikmati hidangan tenghari di Taman Tamadun Islam, kami semua dibawa ke Mydin Mall untuk acara utama disana.

Do all of u look's family with this guy especially his action. Famous with tagline "i will follow uuuu..." Cuba teka...harharharharhar


Sementara tunggu acara berlangsung, kitaorang siap bole karaoke lagi dalam bas persiaran ni. Maklumlah 2 tingkat, tingkat bawah menempatkan pemandu, dapur dan ruang santai serta karaoke. Tingkat atas baru menempatkan seat utk penumpang. Sape2 nak rent this bas go to www.sinarmastravel.com.
Acara selesai dalam 7pm. Masing2 keletihan tambahan pulak hujan turun since tengahari sampai ke maghrib. Malam pulak we all semua ada jemputan utk supper kat Wakaf Mempelam. Makanan mewah pelbagai, ada nasi dagang (pure punye-ikan tongkol besar gedabak), nasi minyak, gulai daging, ayam goreng dan pelbagai lagi. Kira kami semua terbuntang kekenyangan.
Dalam 11 mlm, aku n the geng telah dibawa ke satu tempat bernama Kg. Paloh utk melihat hasil tenunan songket warisan Terengganu. kami berjumpa dgn Encik Samsuddin yg telah lama melibatkan diri dalam perniagaan ini. Memang, hasil tenunannya halus, signature, kombinasi warna superb...Harganya...usah cakap la...paling murah RM1900...paling mahal...paham-paham ajer la...well, sesuai dengan hasil kerjanya yang mendapat tempahan dari kerabat diraja, pembesar negeri, syarikat korporat, etc. Aku diberitahu songket buatannya masih lagi terdapat di ruang legar Hotel Istana.


Keesokan paginya hujan masih lagi membasahi bumi. Tapi kami ada acara lain sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Acaranya adalah melawat ke rumah orang-orang tua. Maksudnya disini dalam keglamouran keperihatinan terhadap orang yang kurang upaya juga tidak dilupakan.




Selesai acara lebih kurang 1 petang, masing2 bergerak balik ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Kuala Terengganu. Kat sini banyak memori sebenarnya...biarlah jadi rahsia. Harharharhar...well...aku suka tengok laut kat sini, biru dan hijau. Begitu mendamaikan....

1 comment:

orangbukit said...

Alahai..takde ke beli songket tuu, buat2 preparation..harharhar..