Monday, March 30, 2009

Bandar Ikan Patin

Ujung minggu baru2 ni aku ke Temerloh. Ada keja sket. Bandar Temerloh, masih sama macam masa aku datang 8 tahun dulu. Cuma yang berubah, signboard baru TEMERLOH yg dipasang di seberang sungai Pahang. Bandar Temerloh terkenal dengan hasil sungainya, terutama ikan patin. Macam2 jenis patin - ada patin buah, patin muncung, etc. Orang kat sini cakap hati2 kalau makan di gerai yg menyediakan lauk ikan patin. Kena tanya dulu - patin sungai ker patin sangkar.
Patin sungai ni maksudnya ditangkap sendiri samada gunakan jala atau pancing. Reganya mahal sket. Kalau tak silap seketul aje mau dekat RM30 atau mungkin lebih. Seketul ye, bukan seekor, sbb ia boleh mencecah RM200 utk seekor ikan patin. Patin sangkar adalah ikan yg diternak didalam sangkar di sepanjang sungai pahang. Teramatlah murah harganya seketul.





Sodap kalau dimasak dengan tempoyak, masak asam pedas, singgang etc.
Rasanya........ cuba la sendiri......
>
>
>
>
>
Ni bukan le ikan patin, cuma seekor kerbau bernama Minah.
Maklumlah, kat KL tu mana ada kerbau,
tu yg jakun sket...
Harharharharhar

2 comments:

orangbukit said...

Posing baik si Minah tu..

fzy fuzzy said...

posing maut tu. harharharhar