Thursday, December 11, 2008

Melakar Sejarah di Bukit Malawati dan Ronda-Ronda di Pantai Remis

Venue : Bukit Malawati, Kuala Selangor and Pantai Remis, Selangor Darul Ehsan

Aku tengah pening kepala memikirkan sapa la yg nak tolong aku buat traffic count utk site kat Kuala Selangor. Finally, ader la sekumpulan kontraktor kecil a.k.a merangkap student Uitm yg mewilllingkan diri menolong kakak mereka ni yg terkapai-kapai utk menyiapkan last job out of six site. Baguih dok ada depa ni.
Macam biasa sambil menyelam sambil minum air kan, sambil tengok site sambil tengok hot's spot kat sini. Aku tanya mamat tu, kamu pernah naik tak Bukit Malawati ni. Dia cakap mana pernah kak!. Since kamu 'orang ganu kita', anggap la perjalanan hari ini merupakan cuti-cuti malaysia dan sempena hari keputeraan Sultan Selangor. So let's celebrate.
Untuk pengetahuan anda semua hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kenderaan awam tidak dibenarkan dibawa naik ke atas. Korang kena naik macam trem kat bawah ni. Tiket masuk adalah RM2 utk dewasa dan RM1 utk kanak-kanak.
Kereta Perdana tu tak der kena mengena dalam ini cerite
cuma suka2 hati jer park sebelah trem tu. Rasa macam nak masuk ke zoo lak.

Monumen batu peringatan pemberitahuan tentang sejarah Bukit Malawati.

Kalau korang naik trem tu turun, instead of berjalan kaki, dia bawak p ronda2 ke Taman Alam which sited at the foot hill of Bukit Malawati. Apa ada kat situ, aku tak tau la pulak, sebab tak turun tengok pun. Tapi nampak macam ader kolam ikan ayer tawar dan taman burung.

Pandangan Selat Melaka dari atas Bukit Malawati

Siamang yg mengelilingi pengunjung kalau makanan dihulurkan. Jinak beb! Tapi hati2 ader yang akan kena panjat dan sekaligus dikerumuni oleh sekempulan siamang especially kalau depa nampak akan kewujudan makanan di tangan anda. Bijak maaa......


Ni Muzium Sejarah. Menceritakan tentang sejarah kewujudan Selangor dan susur galur pemerintahan di Selangor.

Pump Air yang digunakan oleh anggota bomba pada zaman dahulu

Sang Siamang yang bergayutan di pokok sambil melepak memerhati gelagat pengunjung dan standby utk menerkam pengunjung yg menghulurkan makanan.

Rumah Api yang dibina sekitar 1907.

Sang Siamang tengah standy meneropong kut2 ader Pirate of Carribean yg cuba utk menceroboh perairan Selat Melaka. Kalau nak merasa penangan meriam besi ni, cuba la rapat. Agaknya tu yang dia tengah pikir kut...

Layout Plan of Bukit Malawati

Trem berlatarbelakangkan Rumah Api

Batu Hampar...depa kata dulu Sultan pancung orang kat atas batu ni...ngerinya.....
Kitaorang bukan lama2 pun atas bukit ni, sebenarnya banyak benda lain boleh tengok such as perigi beracun, makan sultan, busut malawati, etc...nama pun kerja kan...ada la dalam setengah jam kat atas ni...cukup la sekadar melihat sejarah negeri Selangor.
On the way balik utk menghantar kontraktor kecil aku ni, kami singgah satu lagi tempat yg aku rasa ramai orang Selangor tak tau. Nama dia Pantai Remis. Tempat ni bukan kat Negeri Perak aje yang ader ek...kat sini pun ado. Terletak diantara pekan Sungai Buluh (ni pun bukan dekat ada lagi yg sama nama tapi terletak dekat2 dengan Subang dan Kepong) dan Sungai Sembilang, ada satu kawasan pantai yg aktiviti di situ selain dari mandi-manda (tak kuasa aku nak mandi kat sini, air keruh maa....berselut) dan bermain layang-layang, ader juga aktiviti mencari kerang. Korang boleh kutip sendiri atau beli yang sudah siap. Selonggok RM2.50.
The main entrance - Jalan Maharajalela

The beach

Kedai2 makanan kerang rebus


Ni la mamat kontraktor kecil tu, Mr. Syafira. Beria-ia dia mintak address blog aku.
Nanti-nanti la dik, lepas koa siapkan kerja kamu, baru akak bagi.
ADIOS

3 comments:

nohas said...

Ooo..gi Pantai Remis, mengimbau kenangan lama..hehehe..tempat bersejarah memang seronok dilawati...

fzy fuzzy said...

kenangan lama!!!!!apakah itu?????biarlah jadi lipatan sejarah ek...
bila lak orang bukit nak buat cerita pantai remis dengan pantai segari(perak darul ridzuan)...dah lama rasanya tak ke segari..last 10 years bila jengah site kat sana

Cheritera Kami said...

Akak..mkn seafood kat pantai remis tu besttt...