Monday, December 22, 2008

Kati

Venue : Pekan Kati dan Kg. Bendang Ujib

Orang kata bila ada yang baru, yang lama dilupakan. Sesuai dengan kewujudan hiway baru (jajaran jalan baru Kuala Kangsar - Gerik) bagi memudahkan pengguna jalan raya tiba ke destinasi pilihan masing2 dengan selamat, maka pekan2 kecil yang wujud sejak lama dahulu pun mula terbiar sepi. Ya la, dulu pekan2 ini la tempat persinggahan utk berhenti rehat samada menjamu selera dsbnya. Tetapi sesuai dengan status 'pekan koboi', lama kelamaan pekan2 seperti ini akan terus mati dan mungkin akan hilang dari peta-mungkin ye dan mungkin tidak.
Dulu kat padang yang kosong tu ader sekolah kayu. Sekarang dah tak ade dah.


Kedai-kedai papan pekan Kati ni tunggu masa je nak rebah.


Anak tokey kedai emas ni aku respek la. Still nak stay kat sini walaupun menurut bapaknya business biasa2 ajer. Pernah 4 tahun lepas kedai dia kena rompak. Tak sangka beb! pekan kecik pun ader orang nak datang rompak.

Simpang ni kalau ke kanan nak ke Chuor, Lenggong, Tasik Raban dan Grik. Ke kiri nak ke Changkat Jambu then sambung ke hiway baru menuju ke tol Kuala Kangsar.

Ni la rumah tempat mak aku dilahir dan dibesarkan. Rumah ni dibina oleh atuk aku. Design dia macam liang lahat. Rumah ini dah 20 tahun tak de sesapa yg duduk. Tiang seri masih kukuh lagi. Cuma dinding2 papan dah mula dimakan usia.

Ni rumah yg selalu kami singgah bila balik kampung. Terletak diseberang jalan dengan rumah mak kat atas tu. Tapi bila opah yang aku panggil "opah tangga" - (sebab rumah dia banyak tangga), meninggal 8 tahun lepas, jarang gak aku sekeluarga singgah bermalam kat sini. Kalau datang balik kampung pun, samada tido kat Ipoh atau tido rumah rehat kat Kuala Kangsar. Tak nak susahkan orang maaa.....

Haaa...ni rumah yang akan jadi persinggahan seterusnya kalau kami sekeluarga balik kampung nanti. Masih di dalam pembinaan dan terletak lebih kurang 200 meter dari rumah asal mak. Adik mak yang bongsu ambil keputusan nak stay kat kampung sementelah dia bekerja kat Lubuk Merbau. Insyallah, kalau mak dan maksu put teringin balik beraya di kampung, so semua adik-beradik dah confirm rumah ini akan jadi 'port' we all..

5 comments:

xiiinam751 said...

Aisey...."Kuala Kangsar satu nostalgia perih"....dulu pernah hampir-hampir jadi orang Ulu Kenas...tapi dia lembab sangat, orang Teluk Intan dah pinang dulu..hu..hu...

Saya dan suami ada kenangan lucu di Kati..JPJ ke tempat 'timbang' kenderaan gitulah...tak pasti tempatnya. Masa tu tengah cari-cari jalan ke Grik.,.nak ke Kelantan...ikuuuuut sangat peta di tangan, sedor-sedor dah berada kat tempat tu...kawasan dilarang masuk!!

orangbukit said...

Pekan Kati?? rase2nye teman tak pernah pegi..apa2 pun pekan kecik best juga..life at a slower pace, laidback compared to kota metropolis..

fzy fuzzy said...

xiinam751-
JPJ tu kat simpang antara KK to Sg Siput and KK to Kati.
Ulu Kenas tu bukan ker jalan nak p Manong n Parit. Sian org yg lembab tu ek. Masa balik kmpg baru ni abah tunjuk boypren lama mak kat sy. Dgr cerita dah jadi naib kadhi kat kampung tu. Harharharharhar
Beauty of Perak, penduduknya merata-rata duduk sampai kena duduk kat Lumut, Parit, Trong, Simpang Pulai, Kati, Changkat Jambu, dsbnya.

Orang Bukit -
Ate, nape dema tak tau kat mana pekan Kati tu. Kata orang Kuala Kangsor. Teman yg lahir dgn membesar kat KL pun tau semua tempat tu. Jgn maraa...arrrrr....

;-) said...

time kecik2x dulu ..rajin jugak teman lalu ke kati. maklum le..ikut arwah bapak teman yang ngajor di sekolah sauk.

Sekarang..dah tahu ape jadi ngan pekan kati...gamoknye...benor le kata mike...yang pekan kati nie..dah makin hauk..

fzy fuzzy said...

;-) -
1. Sauk tu lepas pekan Kati nak ke Tasik Raban kan. Kat situ bukan ke famous dengan ikan sungai. Abah sy ade sebut bole banyak dapat ikan tengalin (betul la kut-sebutannya) dan kinjing-rupa macam kepah, tp besar siket dan berwarna coklat perang.

2. Kat sauk tu pun tak salah ada jeti yg ala2 macam tempat gadis2 melayu dalam pilem melayu hitam putih dulu membasuh kain-kat situ port utk ke seberang - menyeberangi Sungai Perak utk ke Kg. Intan Suraya (dekat2 dengan empangan cenderoh and this area depa panggil Empang)

Nota kaki kerang - thanks for visiting this blog.