Tuesday, December 2, 2008

Misi Membeli Periuk

Venue : Negeri Cik Siti Wan Kembang
Date : 30/11 & 1/12

Perancangan asal hanya mak n abah jer yg mengikuti rombongan cik kiah ke negeri cik siti wan kembang. Malangnya pada hari yg sama, kakak abah yg sulung ader lak buat majlis kenduri kahwin kat kuala kangsar. Memandangkan mak diwakilkan oleh mak pengantin dlm rombongan cik kiah tu, kira mak kena compulsory la pegi sana. So aku diberi watikah oleh abah utk menemankan mak ke negeri cik siti wan kembang.
Malam sabtu lebih kurang jam 11.00 malam, kami bertolak menaiki bas persiaran yg disewakan oleh mak pengantin (utk pengetahuan mak pengantin adalah bernama rokiah, so kena la rombongan ini dinamakan rombongan cik kiah). Sepanjang perjalanan hujan turun mencurah-curah. Aku tak boleh tidur langsung termasuklah sebahagian penumpang di dalam bas tu. Kenapa? Haaa...aku tak tau la mungkin utk hilangkan mengantuk pemandu bas tu siap boleh karaoke lagi sambil menepuk2 stereng, mengangkat2 tangannya especially kalau lagu2 rock kapak yg rancak n irama syahdu termasuk la irama 60an dan 70an. Fuyooo...ngeri aku rasa, dah la aku duduk second seat. Kalau hiway utara selatan tu ok la gak, lu nak angkat tangan ker, nak angkat kaki ker...ni jalan persekutuan maaa...dah la sempit, lori besar2 bagak satu-satu dia potong, lepas tu hujan beb!..jalan digenangi air...apa2 hal sempat ker brek..HAMPEH betul...
.

Hujan lebat yg menyebabkan jalan di kuala krai tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.
Alhamdullilah, sekitar jam 6.30 pagi we all sampai kat dataran berhadapan masjid negeri kota bharu. Solat subuh...tapi masa tu hujan masih lagi turun. Dalam 7.15 pagi we all decide ke Rantau Panjang sebab nak check in hotel pun tak boleh lagi. Nak jalan2 sekitar kota bharu pun tak boleh...hujan...
Day 1
Sampai kat Rantau Panjang dalam 8.00 pagi. Kat sini pun hujan turun renyai2. Memandangkan sebahagian besar kedai tak bukak lagi, so we all bersarapan la dulu.

Sarapan di mana? Kat sini la kitaorang menikmatinya. Nasi kerabu, nasi dagang, satay 2 cucuk n nasi himpit, nasi berlauk, kuih muih dan macam2 lagi sudah dibungkus siap2. Sebungkus RM2. Pilih jer la mana satu.
Pili bomba. Apa yg istimewanya...korang sendiri la menginterprasi gambor ni.
Tak boleh nak jalan2 sangat sebab hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sekitar jam 12.00 kami bertolak balik ke Kota Bharu. Lepas check-in, aku n mak jalan2 ke pasar khadijah walaupun ketika itu hujan masih lagi turun. Alang2 dah kena hujan kat rantau panjang, kat sini pun berhujan la juga. Hehehehehe...bila lagi nak main hujan.
Hujan masih lagi membasahi bumi sehingga ke lewat malam. Malam tu utk dinner seorang sahabat disana telah membawa aku ke food village di Jalan Pengkalan Chepa. Kitaorang pekena ala-ala steamboat bakar gitu. Sapa yg pernah ke Bangkok, situasi seperti dibawah ini adalah biasa kan!
Lemak haiwan (ayam ek..) diletakkan ditengah2 utk mengelak makanan melekat semasa sessi pembakaran

Bara arang digunakan utk memanaskan periuk ni.

Mr. H menunjukkan demonstrasi cara2 memasak menggunakan peralatan ini

Day 2
Tak banyak aktiviti cuma Mr. H membawa aku dan mak bersarapan di Kg Bayam. Pekena nasi dagang. Aku rasa jauh lebih sedap dari nasi dagang cik yah kat K. Terengganu yg havoc 2 tahun lepas sebab mengenakan charge RM50 utk nasi dagang berlaukan seketul ikan tenggiri dan yg kat pasar khatijah.
Lepas sarapan aku suruh Mr. H drop both of us kat depan pasar khatijah, saje nak menjamu mata buat kali terakhir sebelum bersiap utk ke majlis kenduri kawin di mana tah...heheheheh aku tak ambik port pun lokasinya. Tapi kalau tak salah kat Kubang Kerian dekat2 dgn USM.
Masa jalan2 depan pasar, aku dengar la bunyi burung keluar dari mikrofon. La...di tengah2 bandar pun ader orang menjalankan perniagaan menyediakan sarang utk burung layang2 di premis perniagaan. Ishk...tak kan orang majlis benarkan. Tak paham aku...

Ni ler bangunan nya.

Terletak betul2 depan signboard ni.

Selesai kenduri di rumah pengantin, lebih kurang pukul 3.00pm, we all bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sampai di km70 jalan Kuala Krai ader kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan unser. Korang boleh tengok dalam Utusan Malaysia hari isnin. Kiranya2 kami lalu lebih kurang 20 minit kejadian itu berlaku.
Kami sampai di KL sekitar jam 12.00 tengah malam. Kenapa ambil masa 9 jam sebab banyak sangat persinggahan akibat dari nature's call (sessi membuang air kecil dan besar maa...) maklumlah la bukan ader banyak proper Rawat dan Rehat. Kalau pegi stesen minyak just imagine sebuah bas yg mempunyai 43 penumpang. Kalau sorang ambil masa 5 minit kali ler 40. We all berenti 3 kali..haaa...kira jer la...
Ni ler misi membeli periuk. Periuk besar berukuran lilit 80 cm.
Boleh muat seorang dewasa dan seorang kanak2 kecil.
Kalau masak nasi lebih dari 17 gantang.
Nasib baik bas yg bawak, kalau naik kereta mau ader yg duduk dalam ni . harhahrahrahrharharharhar
TAMAT

3 comments:

orangbukit said...

Besaqnye periuk...bisnes kencang ni..bila le yg membelinye nak guna pulak..hihihi

fzy fuzzy said...

Abah punye business maaa...tak der maknanya kak. harharhahrahrharharhar

Snow Peace a.k.a WaWa said...

kak...abes la penuh dapur umah tu ngan periuk besau2 tu...hehehehehe