Thursday, September 18, 2008

Suka dan Duka

Date: 17/09/2008

Suka

Suka, sebab hari ini aku berkesempatan meraikan majlis berbuka puasa bersama-sama banker's di citi cafe, cititel hotel, midvalley. Memang tiap2 tahun, opis aku meraikan banker-banker yg memberi sokongan kepada kami dalam memberikan job2. (bukan rasuah....sudah jadi fitrah manusia...suka dihargai....tak salah kan....ni pun kira one of the marketing strategi). Sementara tunggu waktu berbuka, aku mengambil kesempatan berwindow shopping. Tak beli apa2 pun, sekadar tengok gelagat orang ramai.


Decoration suasana kampung by midvalley management di kawasan centre court.

Duka

Duka, sebab hari yg sama kereta aku masuk workshop akibat dari keterperasan aku ke atas meter tempreature. Naik lebih dari yg sepatutnya. Memandangkan aku pernah ada pengalaman yg sama akibat hose pecah, marabahaya dan tanpa lengah2 lg terus hantar kat pomen. Kereta tu aku ambil selepas selesai majlis berbuka puasa. Kesian pomen tu sebab kena tunggu sampai 9 malam. Abih aku ni lg kesian, terbang 5 6 rat. aduhhh.....dah la nak raya ni....

Aku dinasihati utk tukar paip saliran gas aircond sebab ada leaking, sekaligus menyebabkan aku komplen ada bau seakan2 bau minyak didalam kereta. Tapi masalahnya kereta aku species rare, mana nak cari alatan lengkap, solution kena potong sket, welding then sambung dgn paip.

Punca utama air dlm radiator kering sebab benda ni la...water pump. sesuai dengan usia kereta aku yg sama baya dgn budak darjah enam, memang masa la kena tukar...dah bocor rupanya... aduiii.......
Kesan dari kekaratan tahap melampau. Nak keluarkannya, kerjanya renyah sebab kena bukak timing belt dulu... etc...kalau tak tukar pun boleh, tapi sebab aku nak jalan jauh, takut2 orang yg guna kereta aku masa raya nanti, tak tau masalah kereta ni, sekaligus jika berlaku masalah kereta berasap dan memungkin aku menanggung kerugian yg lebih besar, baik aku tukar....depa selamat...aku lg selamat....

4 comments:

orangbukit said...

Suka dan duka lumrah kehidupan..Bila nak tukar keta baru?

fzy fuzzy said...

Tunggu orang bagi sy rm2.5M bole? harharharharhar

orangbukit said...

Banyakkk tuu...boleh beli 2 3 bijik beemers, mercedih, etc...

fzy fuzzy said...

kalau beli kereta susut nilai tinggi sangat. baik beli property, buat pelaburan, rasa2 terlebih mampu baru la nak beli beemer ker, mercedez kar, bmw kar, buat sementara pakai apa yg ader dulu. rosak kalu kasi baik, body ok, jantung jer kadang2 semput...harharharharhar..