Monday, September 22, 2008

Outing

Date : 20/09/2008
Venue : Section 20 & 18, Shah Alam

Lama dah tak ketemu rakan yang seorang ni dengan panggilan manja ayang. Kalau ikut budak2 P7 masa kat UITM Manjung (1992) yang saling contact mengontact hanya kami bertiga la, ayong, ayang, aku dan kadang2 angah, uteh, kak sue n alang. Adik beradik lain tak tau p mana, macam anjang (dengar cerita dari sains computer tukar profession jadi pegawai polis - fuyooo...tabik spring), busu, ferra, ateh, andak, mek, ishh...sapa lagi la ni...macam mana mak buleh lupa nama anak2 lain....

Ayang ni bukan lama tak jumpa pun ader la dalam 3 4 bulan....cuma selalu jumpa di alam maya aje...

Memandangkan tahun lepas kami tak berkesempatan berbuka bersama2, so tahun ni kena gagah la jugak sebab aku nak p jauh....mana tau...tak jumpa lak lepas ni.....

Kitaorg tak decide utk makan kat hotel or restaurant mewah....SEBAB...sorry ek...ayong cakap macam membazir (aku pun sokong).....satu kepala sampai RM65 to RM100....kalau duit tu bagi kat anak yatim or org yg lebih memerlukan betapa bertuahnya mereka....ye la...kalau tahun2 sebelum ni mungkin tak kisah. Tapi kalau client belanja or syarikat tempat kita kerja yg keluarkan duit (itu...lain cerita arrr....maksud aku kalau kita sendiri kena keluarkan duit okay, bukan kedekut, cuma rasa macam tak berbaloi)- aku rasa la rakyat malaysia ni macam suka membazir...termasuk la aku dalam bab2 makan ni terutama di bulan Ramadhan). Azam pose tahun ni tak nak jamah nasi plus segala macam dish yg tinggi kolestrol and gula....crash diet maaaa...harharharharhar....(hope aku boleh bertahan sampai bulan Syawal dan bulan2 seterusnya...Aminnn.....)


Untuk bertiga makan termasuk minuman RM53/- sahaja. Dan yg paling best ayong belanja. Yeee...ha...)

Selesai berbuka pose, singgah sat kat rumah ayang. Ayang ni peminat fanatik kepada RIMAU. Apa2 barang yg ader corak rimau semua dia beli....kusyen, handbag, cadar, belt, etc...asal nampak corak rimau sure beli nyer la....kereta pun penuh dengan barang rimau.....nasib baik la orang nyer kecik ajer...harharharharharharharhar.....

Dalam pada tu aku dok terpandang benda kat bawah ni, nampak unik....apakah itu...jeng2....

Aku ingat paip rupa-rupanya bekas astray.

3 comments:

Rush Murad said...

makanan tu nampak sedap dan murah pula.... i pun dah tak saabr nak balik semenanjung jumpa kawan2 lama... nak jumpa setahun sekali pun susah... nice to meet them, bertukar2 cerita...

fzy fuzzy said...

yes...yg simple tu la yg sedap...
Betul la...kekangan dari kesibukan kita semua membuatkan bila dah dapat berjumpa semula, segala kenangan pahit manis, payau, masin akan terungkai dan menjadi satu lagi episod untuk dikenangkan. Peace

orangbukit said...

Good friend is hard to find, once found, treasure it till death. Persahabatan itu spt tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. Saat air mata mengalir, tangan mengusapnya...