Wednesday, September 3, 2008

Pejabat Tanah

Date : 03/09/2008
Route : Rumah-Jalan TunRazak-Jln Sg Besi-KL/Seremban Highway-ofis
Hari ini aku ada satu lg tugasan. Kena attend hearing kat Pejabat Tanah dan Daerah Ulu Langat di Bandar Baru Bangi. Keluar dari rumah sekitar 8.10 pg sebab hearing start pukul 9.30 pagi. Takut jem maa....tak sempat sampai naya....Dari rumah ikut jalan tun razak jalan clear cuma dekat wenworth hotel (atas jejantas after RHB bank) jalan agak merangkak sket. Opposite road usah cakap, nak masuk KL jem gila.
Ni kat Jln Sg Besi. Atas tu Jln Loke Yew nak ke Cheras area. Tgh Q ni. apahal lak, selalu clear jer jalan ni. Oo....rupa-rupanya, kereta q panjang nak masuk ke Jalan Mahameru (lalu depan istana negara)

Senario yang tak best di pagi hari, lori pengangkut sampah yang overloaded siap air sampah tu menjejeh atas jalan raya. Kesian kat penunggang motosikal. Sure bau sampah kat baju sebab terpercik. Aku ambil masa lebih kurang 40 min (jarak 30 km dari rumah aku) utk sampai ke bangi kalau tak disebabkan jem tadi mungkin kurang lagi. Kalau nak ke Pejabat Tanah aku nasihatkan korang exit kat Kajang interchange. Boleh gak exit kat Bangi Interchange, tapi macam kena patah balik dan toll dia mahal sket. Kajang RM1.80 aje.


Selepas tol, korang akan nampak belah kanan flyover, belah kiri macam jalan bawah. Haa...ikut jalan belah kiri tu. Flyover kanan terus p puchong n putrajaya. Masa belah kiri ader 2 jalan, 1 susur kiri ke kajang dan 1 lg susur ke bangi, ikut aje la jalan p bangi tu. Jalan terus sampai jumpa simpang 3. Belok kanan terus dan jumpa trafik light yang ke-2, susur ke kiri. Masa korang belok kanan akan nampak kiri kanan kedai 3 ke 4 tingkat dan masjid warna hijau. Selepas shell station belok kiri arr...

Ader signboard, mesti tak konfius nyer. Pejabat Tanah dan Daerah Ulu Langat ni terletak di Section 9 Bandar Baru Bangi.


Main entrance to Pejabat Tanah

Ni le bangunan nyer. Selain dari urusan berkenaan tanah seperti carian hakmilik, pindahmilik, harta pusaka, carian pelan, pengambilan balik tanah dan macam-macam lagi urusan. Semuanya berkaitan dengan tanah. nak bayar cukai tanah pun kat sini. Cukai pintu korang boleh bayar kat sini gak atau kat pejabat-pejabat pos berhampiran. Ader juga agensi kerajaan yang lain kat bangunan ni.

Pejabat Tanah Daerah mewakili setiap daerah di dalam sesebuah negeri. Berbanding dengan Pejabat Tanah Persekutuan (Registry of Title) ia mewakili seluruh negeri. Macam pejabat tanah daerah ulu langat, ia mewakili daerah ulu langat yg terdiri dari Mukim Ampang, Cheras, Kajang, Beranang, Pekan Balakong, Semenyih dan Ulu Langat sendiri. Kalau hakmilik (title) tu dia tulis EMR (Extract Mukim Registry), GM (Geran Mukim) or MG (Mukim Grant) or HSM (Hakmilik Sementara Mukim), korang kena cek kat sini. Kalau daerah lain just follow the district, cuma kena pastikan title tu apa. Kalau Geran, Grant, CT (Certificate Title), Pajakan Negeri (PN), HSD (Hakmilik Sementara Daerah), korang kena cek kat Selangor Registry of Title in Shah Alam. Kalau Wilayah Persekutuan ada satu saje iaitu di Federal House depan dayabumi.

Ada pejabat tanah dan daerah hulu selangor kat pekan kuala kubu, gombak kat bandar baru selayang, kuala langat kat bandar kuala langat, petaling kat Sect 16, Subang Jaya (pejabat daerah petaling akan berpindah ke area2 sungai buluh, kat Mah sing industrial estate), kuala selangor kat pekan kuala selangor dan sabak.

Untuk kes pengambilan balik tanah, apa2 hearing juga dibuat di sini atau di Shah Alam bergantung kepada warta kerajaan yang korang dapat. Pegawai daerah akan ditempatkan disetiap pejabat tanah dan daerah.




Photo kat atas tu development sekitar pejabat tanah.

Lepas habis hearing dalam pukul 11.30 pagi aku cuba smart tunnel utk balik ke ofis. Toll RM2.00. Sepatutnya masa pegi aku pakai ni boleh la elak jem kat jalan tun razak dan jalan sungai besi tu.

2 comments:

orangbukit said...

BBBangi ni mcm Shah Alam jg, byk sgt roundabout. Yelah, dah trademark PKNS. Kalau sesat jln, nak U-turn jauh lak tu..

fzy fuzzy said...

tak der sesat nyer cik kak oiii...signboard banyak. tp memang betul banyak roundabout, nak u turn seksa...tak pa kita buat mcm marry go round...pusing n terus pusing sampai pening...harhahrharhar