Assalammualaikum,
Pejam celik pejam celik cepat bebenor masa berlalu..dah setahun rupanya teman bermastautin di Kuala Terengganu ni.
Macam-macam benda jadi....redho jer la...
Dari sudut pekerjaan - benchmark or KPI..mana2 tempat mesti ada. Alhamdulillah so far managable. Cuma kena planning betul2 supaya continuity mesti ada. Amanah ni. Ada 20 staff kena jaga untuk 2 branch. Setelah setahun teman tengok, east coast state ni macam ada seasonally..sama macam musim monsoon. Ada lompong2 yang perlu diisi. So kena crack head sikit ler. Teman bertuah sebab ada beberapa staff dalam team yang saling support. Ada juga yg membawa masalah. Tu biasa ler...istilah..barang order tak sama macam yang sampai. Hehehehehehe..
Cuma kat sini lain sikit. Mungkin sebab salary wise tak tinggi sangat mcm kat Klang Valley...kadang2 kena pandai tackle. Kenapa teman cakap mcm tu. As head, monthly revenue vs cost kena betul2 budget. Mungkin ada yang tak faham tentang perjalanan syarikat..Contoh : Kalau cuti, mmg betul2 cuti..tahun ni kan ker banyak cuti bersambung...selalu kena ingatkan mereka supaya siapkan tugasan awal senang nak bill...well tak salahkan mereka..cuma kadang2 teman kena terangkan supaya sama2 sealiran. Sebab pergi la mana2..pattern akan sama. walaupun cuti dah 6/7 hari..the following day yang sepatutnya datang..on MC la..masuk lambat la..tiket bas/kapal terbang habis, dsbnya. then delay kerja..kita ni consultancy company......semua tu dalam pocket maa...hehehehehe...yg paling sensitif..knp takde increament, hidup ni keras beb!!!..20 orang vs 20 perangai. Tu macam mana la yang jaga sampai beratus-ratus orang...pening wooo..
Dari sudut kesihatan/kehidupan - sesuai dengan faktor usia la kan. Seperti semua sedia maklum, Abang Gebu kena stroke tetapi lebih kepada global aphasia (major dalam pertuturan dan permahaman). Sampai hari ni AG masih belum boleh bercakap lagi..ada la keluar beberapa word..seperti tak, belum, ok, bye..masih lagi mumbling ketika bercakap..masih lg struggle nak faham apa kehendak AG dengan main teka-teki..keluar la semua sentence..nak makan ke?, sakit perut ke?, tangan kebas ke? makanan tak sedap ke?, nak order A & W ke?, kencing berdarah ke? susah nak bernafas ke? nak pergi hospital..nak ke Mydin..dsbnya..
Pertambahan perjumpaan dengan doktor yg berlainan department; neuro (sawan), urology, rehab, speech, tindakan cara kerja, klinik kesihatan. Hampir setiap bulan ada appointment dengan doktor2 diatas. Belum lagi siri kemasukkan ke dalam wad.
Baru-baru ni teman kan ker masuk wad selang 2 hari dengan Abang Gebu due to chest pain sebelah kanan. Simptom seperti berpeluh tiba-tiba, heart beat lebih dari biasa (100 - 129) bila berjalan atau buat kerja rumah. selalu sakit urat belikat *cramp*. sakit kat leher belah kanan (ni masa mula2 teman pindah sini). Malam susah nak tidur..breathing tak berapa comel...Disebabkan arwah mak mmg pasang stent dan pacemaker serta abah yg jantung lemah...so doktor treat teman sebagai pesakit jantung walaupun ECG test 2/3 kali ok jer. Teman dah start makan ubat cair darah. Dibekalkan ubat bawah lidah juga...in case katanya. Kesahihan sakit jantung cuma boleh diconfirmkan melalui beberapa siri ujian lain. Well..nama pun hospital kerajaan..patient ramai so kena ikut giliran ler kan.....first ujian adalah untuk CT Scan jantung bulan 9 nanti..Doa la teman yea. nak buat stress test berlari atas treadmill tak boleh pulak..maklumlah teman kan ker sakit lutut..hehehehehe.
Memandangkan kami berdua sahaja..so setiap kali AG masuk ke dalam wad, teman akan hire caregiver. Lelaki atau perempuan..tak kisah sangat..asalkan mereka boleh start bertugas semasa hari pertama AG masuk ke dalam wad sampai discharge. Uish..teman no longer boleh tunggu atau jaga orang sakit. Kita pun tak larat kan.
Sehinggalah teman ambil keputusan untuk hire helper di rumah (waktu siang sahaja). Tugas helper ni adalah memantau AG dirumah, tolong masak makanan yang berkhasiat serta create exercise samada dari segi fizikal atau minda (untuk merangsang saraf sebelah yang rosak tu) serta pastikan saraf tak stiff.
Helper yang pertama, seorang wanita berumur 59 tahun. Interview masa dia datang bersihkan ofis. Kesian..dah 4 bulan takde kerja tetap. Katanya dah biasa jaga orang sakit (bedridden), boleh memasak ikut menu yang sesuai dengan diet pesakit, buat kerja rumah sikit2 (teman ni duduk berdua jer..bukan bersepah pun..request untuk sapu atau mop di ruang tamu. yea la...duduk dekat dengan kawasan pantai..habuk banyak ler..). Waktu bekerja dari pukul 8 pg sampai 5 petang. Jumaat dan Sabtu cuti. Cuma katanya dia tak boleh la nak angkat AG kalau AG jatuh (ni kita faham ler). Kalau AG masuk wad, katanya boleh jaga siang sahaja. Malam kena upah orang lain. OK lah..teman pun ambil la dia bekerja..mahal juga kena bayar (ikut standard rate yg homecare bagi..lagi mahal dari gaji staff admin teman).
Minggu pertama dan kedua ok lagi..memasak untuk tengahari dan petang. Kejut AG untuk makan dan solat. Masuk minggu ke tiga dan keempat..dah start lupa nak hidang makanan AG sebelum dia balik..macam mana nak hidang bila makanan takde pun..terlupa nak goreng lah...itu la ini la...so terpaksa la teman balik kerja tu order grab. Anak angkat yang kerja nurse di HSNZ kata, kadang2 lepas kerja pukul 2 dia singgah tengok AG, katanya makcik tu tidur...ah..sudah...ni siapa tengok siapa ni...Lepas tu teman notis kalau bawak untuk appointment AG, dia main phone..bukan nak papah AG jumpa nurse bagai. Exercise langsung tak ajar (tak pandai). Katanya lagi tak reti buka TV..tetapi bila teman tengok CCTV..kalau AG tidur dalam bilik..dia tengah tengok TV kat ruang tamu layan drama kat IQY....apooo...Yang lagi teman hangin...kalau teman balik KL..off course la dia tak perlu datang rumah. So teman suruh datang hari sekian2 katakan pukul 12 sbb teman singgah/bermalam di ofis Kemaman. Dah sampai K.Trg..teman dah kelam kabut order food untuk AG dan makcik tu makan tengahari sebelum berkejar ke ofis. Petang bila teman balik kerja awal....makcik tu takde..tak datang guyss..... So kira AG tinggal sorang kat rumah. Macam2 alasan dia bagi..tertidur lepas siang ikan lah..lepas tu pergi sekolah anak dia la...memang menyirap teman..tapi teman takde la marah..esok bila dia datang..teman terus cakap...acik..hari ni last day kerja yea. with reasonable excuse knp dia kena berhenti kerja...
So sekarang, ada helper yang kedua. Perempuan juga tetapi muda..umur 25 tahun. Baru habis belajar. Katanya sementara tunggu dapat kerja kat KL, dia nak buat la kerja2 seperti diatas. Cuma syarat teman kali ni mesti tinggal sekali (bermalam)..yea la bila teman dah sakit2 dada ni..risau pulak apa2 jadi..teman concern dengan AG jer..syarat tambahan..kena kerja sampai hujung tahun. Iskh..malas teman memikir nak kena mencari2 orang..
So far, AG boleh la blend..mungkin muka pun lebih kurang, berkulit cerah..muda lagi..macam pangkat anak2.




2 comments:
dah setahun ye...kejap je masa berlalu..semoga dipermudahkan urusan semuanya...semoga AG cepat sembuh seperti dulu...take care, jaga kesihatan! selalu order apa kt A & W?..hehe..
Berat dugaannya tu, semoga tabah dan banyak bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu.
Post a Comment