Assalammualaikum,
Semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ni, Terengganu cuti 7 hari. Bermula dari 26/5 (Selasa), diikuti dengan 2 hari Hari Raya, sambung dengan Wesak dan birthday rasmi YDPA (1/6). Kalau balik ke KL mestilah best kan sebab cuti panjang. Tetapi teman ambil keputusan untuk tidak pulang. Memikirkan jalan mungkin sesak sbb cuti sekolah kan.
Berhari raya lah kami berdua di Kuala Terengganu. Kebetulan adik sepupu yang belajar di UMT pun tak balik ke Taiping, so dia lepak dirumah teman. So jadi bertiga lah kami. Teman ni memang takde masak apa2 pun, ketupat waima rendang. Abis-abis pun makan kat luar....Hmmmm...masa raya SEMUA kedai makan di Terengganu tutup gais....ada la satu dua yang buka. Tu pun mujur..kalau tak memang kena masak la teman...
Sunyi betul suasana..pelik pulak teman..then baru tahu yang Kuala Terengganu menjadi meriah selepas raya, sbb kebanyakkan perantau baru balik...dibandor jem gila....kawasan Pasar Payang usah cerita..di Mayang Mall, KTCC...meriah dengan manusia. Staff yang duduk di Bukit Payung, nak datang rumah teman pun stuck..kereta banyak..20 minit jadi 45/50 minit....
Sebenarnya, ada hikmah teman tak balik ke KL. 30 May 2026..pukul 4 pagi, Abang Gebu dimasukkan ke dalam wad, di rumah tinggi (Hospital Sultanah Nur Zahirah), akibat air banyak dalam paru-paru. Doktor suspect masa keluar wad bulan 4 dan mereka pun stop beberapa ubat darah tinggi, so menyebabkan tekanan darah agak tinggi dan air mula memasuki paru-paru. Entahlah..yea la kut..kita ni bukan doktor. Percentage oksigen agak tinggi so kena la pakai topeng CIPAP (macam mencarut kan..mungkin betul..hehehehehe)




8 comments:
Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Laaa sis pun sama warded ke. Take care, stay strong, sihat and sweet selalu.
Hah... baru nak tanya pasal baju hospital tu....
Aminn...
Saya warded 2 hari lepas AG masuk wad. Chest pain sebelah kanan.
Tu la uncle. Orang lain bertahun jaga orang sakit. Saya baru 10 bulan. Redho jer la..inshayallah
Moga semuanya baik2 aje Kak Fyz. Dengar cerita kat Threads 8 billion rakyat Malaysia ke Terengganu cuti raya haji yang panjang tu 😆 (nak menunjukkan betapa sesaknya kawasan2 yg menjadi tumpuan pelancong kat sana)
Syukurlah akak n abang sudah boleh keluar wad. Semoga kembali sihat mcm dulu ye...
Inshallah...aminnn...
8 billion!!!! hehehehehe..mana maunyeee...
Kena keluar Abam Kie..sehari lps kami discharged to KT kecoh ttg pelarian R yang ramai kat hospital kena malaria..
Post a Comment