Wednesday, May 9, 2018

Mengundi untuk kali yang ke 5

Asalammualaikum,

Hari ini bersamaan 9hb Mei 2018, seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi keluar untuk menunaikan tanggubgjawab pada PRU14 bagi menentukan kerajaan yang akan mentadbir bumi bertuah ini.

Ya..aku salah seorang diantara mereka. Berbanding PRU13 aku terpaksa beratur panjang..tapi kali ini sebab bawak abah yang berkerusi roda dapat masuk fast lane tapi bukan saluran yang sama. Abah dan mak saluran 1 manakala aku saluran 4. Saluran 2 panjang gila quenya..begitu juga saluran 8. Saluran 8 ni untuk anak2 muda. Well done people!!!! demi masa depan kamu..

Malam ini dan esok apa pun keputusannya..aku sebagai rakyat Malaysia..terima seadanya..waima main kotor ke atau tidak jawap la nanti yea..samada biru gelap, biru muda atau hijau...i have done my part...majoriti yang akan menentukannya..

Kepada yang diamanahkan untuk memerintah..jalankan tanggungjawab anda..kamu bekerja untuk rakyat..bukan rakyat bekerja untuk mengkayakan kamu dan kroni2 kamu...

Hidup perlu ada landasan...

Wasalam.

No comments: