Friday, May 1, 2009

Dragonball

Dragonball - Mutiara Naga. Komik yg menjadi kegemaranku satu waktu dulu, kini dan selamanya. Dulu aku ada koleksi buku komik dragonball dari episode satu sampai la beratus episode. Tapi semuanya entah ke mana bila berlaku proses perpindahan rumah dari rumah lama hinggalah rumah sekarang. Sayang..........
Sebenarnya, aku dan adik-beradik lelaki yg lain memang minat gila kat kartun ni since abang sulung aku balik dari Jepun. Macam2 karektur kartun yg dia bawak balik. Bila aku dah mula bekerja tugas membeli komik tergalas dibahukan. Adik-beradik lelaki yg lain tau membaca aje..hmmmmmmm....
Dragonball adalah cerita berkisar tentang 7 biji mutiara naga. Kalau mutiara naga ini digabungkan dan naga tersebut keluar, segala permintaan akan dipenuhi. Kira kalau nak kuasai alam semesta ni bole lak. (iskh...nama pun katun jepun, agama pun tau la kan...so sebagai umat islam kena la kita buat judgement sendiri dan memberitahu adik2 yg tgk katun ni siapa pencipta alam semesta ini dan makhluk2).
Ok. sambung balik. Selepas permintaan tersebut dipenuhi, ke-tujuh2 mutiara itu akan berpecah keserata alam. So....adventure bermula dalam pencarian ke-tujuh-tujuh biji mutiara ini. Watak2 seperti Goku, Gohan, Bulma, Karin dan banyak lagi ditonjolkan. Bermula dari Goku semasa kecil bila dia tercampak ke bumi akibat pergaduhan antara puak Saiya menyebabkan planet Saiya musnah. Puak Saiya ni bila bulan mengambang akan bertukar menjadi gorilla ganas serta memiliki kuasa luarbiasa menjadi super saiya. Tu yang warna rambut boleh tukar jadi kuning dan biru. Kira biru tu tahap gaban la kuasanya. Cabaran2 yang dihadapi dalam mempertahankan bumi dari diceroboh makhluk asing...etc..




Ada satu part tu ekor kaum Saiya ni boleh dicabut untuk elak jadi gorilla ganas

Gabungan kuasa super saiya

Rambut dan aura sekeliling bertukar jadi kuning



Sekarang depa buat filem tentang dragonball ni
Aku tak tengok le lagi.
Baca komen, macam tak best je sinematografi dia.
Nanti la aku cari DVD dia.

No comments: