Sunday, May 17, 2009

Sessi Rendam Kaki

Venue : Kolam Air Panas Selayang
Lokasi : Berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Gombak. Kira-kira 13km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Kitaorang ke sini sebab minggu lepas tak jadi datang. Tujuan utama mak nak rendam kaki dan tangan dalam air panas untuk hilangkan lenguh-lenguh. Dah lama sebenarnya tak datang, aku dengar cerita dah up-grade banyak. Hmmm...macam sama jer, cuma ada kemudahan tandas, gerai-gerai makan serta tempat letak kereta. Cuma kalau dulu kawasan bersebelahan merupakan hutan tapi sekarang ni banyak pembangunan. Bukit2 tu habis ditarah untuk projek perumahan. Tak tau la air panas ni boleh bertahan atau tidak.....


Nampak tak bahagian belakang yang telah diratakan.


Kolam ke-3 yg paling panas airnya

Kolam ke-4 ni tak up-grade pun..

Kolam pertama yg keruh airnya.
Banyak belerang


Kolam Ke-2 panas dan paling besar.

Nampak tak rumah yg kat belakang tu.
Dulu mana ada....

Budak 2 orang ni ambik sample bacaan kepanasan air
serta belerang untuk kajian

Nak masuk sini kena bayar parking
Kereta RM2, motosikal RM0.50
Lebih kurang setengah jam kat sini kita orang pun membelahkan diri.
Panas terik mentari lagi dan panas air lagi....

4 comments:

nohas said...

Siap check surrounding lagi..2-3 thn lagi mesti dah lain..itu budak posing baik punya..

Minister Of Mind said...

Dulu..pegi pagi2x buta..
orang....fuh..ramai giler....

tengah lepak2x rendam kaki kat tempat port paling panas..

Ntah ..tetiba je ada mamat sorang tue..berdebush dalam port paling panas tue...

hushh..kulit jenis ape brother tue...

ganas...3x

fzy fuzzy said...

nohas - budak tu model terbaru kolam air panas..harharhar

minister of mind - kulit kura2 kut or konon2 dia ingat dgn terjun ke dlm kolam boleh mati virus influenza...tapi masa tu tak de lagi selsema babi ni kan.

Minister Of Mind said...

a'ah belum timbul selsema babi..

tapi mmg respek abes ar....