Monday, November 17, 2008

Charity Drive 2 - Institut Taufiq Islami

Date : 16/11/2008
Venue : Institut Taufiq Islami, Jalan Kebun, Kelang, Selangor Darul Ehsan

Alhamdulillah, tahun ini aku dapat menunaikan aktiviti charity drive ke rumah anak2 yatim terpilih buat kali ke -2. Kali pertama semasa bulan puasa baru2 ni melalui kelab B6B8 killerbees. Kali ini melalui aktiviti yang dianjurkan oleh cik snowpeace aka wawa bersama2 rakan2 sephotopagesnya. Memandangkan aku dan cik snowpeace pernah satu opis dulu, so dia ajak la aku joint sekali.

Mungkin ni anjuran pertama kali oleh cik organizer kita, kami terpaksa memulakan majlis tanpa cik organizer sebab cik organizer kena jadi Fedex, AbX, Citilink dan Skynet merangkap courier service yg baru ajer ditubuhkan semata2 utk charity drive ni (cik organizer kena buat collection cup cake, baju, tudung dan makanan dari penderma2 yg lain...sian cik organizer kita...sampai kat sini, masa adik2 tu tengah menjamu selera)


Ni la sebahagian rakan2 cik organizer yg baru aku kenal. Kitaorang tak tau rumah anak yatim tu kat mana, so si Sue merangkap secretary cik organizer jadi group leader.

Kita orang sampai kat Institut Taufiq Islami Jalan Kebun sekitar jam 11.00 tengahari. Berbanding charity drive yg aku attend dulu, kali ini selain dari sumbangan wang ringgit (collection by cik organizer), kalau tak salah berjumlah lebih dari RM1,000, makanan yg telah disediakan oleh rakan se-fp, seperti mihun goreng, spagetti goreng (ni menu wajib dari aku), nugget, segala macam jenis kek, buah-buahan, air, biskut dan macam2 la lagi turut di bawa bersama.

Institut ni telah berdaftar dengan JAIS dan MAIS. Terletak di atas tapak seluas suku ekar atas tanah yang diwakafkan oleh tuan tanah. Institut ini menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Kebanyakkan pelajar adalah terdiri anak2 mualaf, termasuk anak2 yatim, fakir miskin, anak2 terbiar dan anak2 dari negara jiran seperti Kemboja dan Thailand. Pelajar2 ini diajar tahfiz Al-Quran, dimana tempoh pembelajaran adalah selama 3 tahun sebelum di hantar ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran akedemik ada juga diberikan. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 70 orang dan tidak termasuk anak2 dari penduduk sekitar. Jika di campur adalah lebih kurang 100 orang. Tiada sumbangan tetap cuma mengharap sumbangan dari orang perseorangan atau syarikat. Untuk anak2 mualaf, mereka merupakan anak angkat MAIS, maka secara automatik mereka akan menerima RM300 sebulan. Duit belanja adalah hanya untuk yuran dan tempat tinggal tidak termasuk makanan serta pakaian. Memang pihak institut mengenakan yuran tetapi memandangkan hampir keseluruhan pelajar2 adalah anak2 miskin dan yatim, yuran yang dikenakan adalah mengikut kemampuan penjaga pelajar2 ini. In directly, wakil institut ni memang mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi menampung kos2 makanan serta belanja2 terbabit bagi menguruskan institut ini.

Adik2 berkumpul di bangunan surau baru hasil dari sumbangan satu syarikat swasta. Ustaz tu cakap, bila di tanya kos berapa..mereka cuma cakap...bila dah siap...gunakan lah ajer....sigh..

Ni la salah seorang tenaga pengajar. Ustaz apa nama ntah...lupa lak nak tanya...sorry ek ustaz

Selepas sessi berkenalan, adik2 ni beratur utk sessi menjamu selera lak. Sumbangan makanan adalah dari pihak kami. Sian adik2 ni beratur tengah panas untuk masuk ke dalam dewan makan.

Ni la sebahagian makanan yg kami bawa...ada banyak lagi...cik snowpeace kita masa ni tengah on the way...sabar ek adik2 semua....

Tergambar kegembiraaan di wajah setiap adik2 ni, maklumlah menurut kata petugas di sini jarang mereka dapat merasa masakan yang di bawa oleh pelawat. Waktu bulan puasa memang la sentiasa dapat jemputan, tetapi biasanya akhir tahun dan awal tahun amat kurang sumbangan dari orang ramai...alahai...siannya adik2 ni semua.

Cup cake yang comel lote ni sekejap ajer sold out...seronok betul adik2 kat institut ni. Seperti yang diberi tahu, mereka jarang dapat makanan seumpama ini....
Ni lagi cup cake version lain lak, hasil sumbangan kak misliha...aku p amik kat rumah dia masa on the way nak ke sini.

Selain dari makanan, adik2 ini juga ada menerima sumbangan berupa pakaian dan buku2 sekolah. Murah rezeki adik2 ni semua.....alhamdulillah....
Selepas sessi makan2, sessi bergambar lak....

Aksi2 jurugambar tak bertauliah kami....hati2 arrrrr......

Ni la wajah2 penghuni Institut Taufiq Islami termasuk rakan se-fp.
Say...chesssszzzz......

6 comments:

Rush Murad said...

Alhamdulillah..... suka tengok aktiviti yg macam ni... dah lama tak mengikuti aktiviti ni... hopefully bila balik semenanjung nanti, dapat anjurkan lagi...

fzy fuzzy said...

Ala cik tepak, biasa2 jer aktiviti ni. Nak joint we all?..no problemo..kalau ada lagi kitaorg war-warkan ek...

Snow Peace a.k.a WaWa said...

Kak..syukur sesangat smua da selesai..walaupun cik organiser ni byk sgt rintangan yg perlu dihadapi..next time kita buat lg yer..

bahaso N9 said...

slm kak..
alhamdulillah program dh selesai..
seronok tgk adik2 ni seronok..
http://srsfeqah.fotopages.com/

fzy fuzzy said...

snowpeace - next visit..haa..cik organizer tu wajib n jemput akak jgn tak jemput ek..tambah2 cik tepak siap offerkan diri..harusss tu...

bahaso n9 - terima kasih kat ekau gak..pasal apa..sendiri mau ingat la...

PENDEKAR said...

Syukron jazillan, masih ada insan seperti kamu....teruskan sahabatku...mardhotillah