Thursday, November 10, 2016

Family Dayout

Assalammualaikum,

Dah basi pun cerita ni..bulan September hari tu so sudden nak buat family day untuk keluarga Yusof dan Zaadiah..
Kami 5 beradik anak beranak..ada la dlm 34 orang..
Jenuh juga nak cari places within 1 month..last last decide ke PD
Satu hal lagi nak cari tempat yg bole masuk semua orang...facing pantai, ada kolam renang lagi, ada dapur untuk memasak..banyak bebenor syarat yang dikenakan oleh ahli majlis..
Bungalow banyak tp bole muat dlm 10 ke 20 orang sahaja..
Klu nak sewa kena sewa 2 bungalow
Mana la nak cari yang sebelah2..further banyak yang scary jer bungalow2 tu..
Sebab konsepnya adalah pot luck..plus nak buat barbeque..ala 2D1N jerrr...
So dapat la kat Zee Villa bungalow kat Pantai Purnama, sebiji bungalow plus 4 bilik extra..
Zee Villa ni ada 2 bilik di bahagian bawah dan 2 bilik lagi di bahagian atas serta family area yang bole convert jadi tempat tidur...okay la tu...

 Ni la Zee Villa..redup sket sebab ada pokok...





Kitaorang check-in pukul 10 pagi (dapat awal sbb klu takde orang tempah malam sebelumnya)..mak dah masak nasi lemak sebelum subuh kat rumah..bawak datang sini..makan dengan sambal udang petai dan sambal ikan bilis mata biru yang akak beli masa pegi Manjung inspect janakuasa elektrik..


Ni la chef d mission...yeop sipan aka abang sulung akak..dia in-charge makanan dengan telematch.. dapur balik grill tu..


See... nampak tak bungkus2 dalam kotak dengan beg biru ikea tu..tu hadiah dari mak untuk anak-anak dan menantu-menantu.



Awat la laki den..terngaga tu...owh..abang gebu ada tugas rasmi..kaut daun yang jatuh dalam kolam renang dengan jaring..


Tengahari buta pun depa mandi kolam..


Malam lps jemaah maghrib tunggu isyak, kami ada sessi baca al-fatihah..mak betulkan tajwid makraj..semua kena..dari yang anak2, menantu2 termasuk la cucu-cucu..tu yg dapat hadiah..okay la..yg pompuan dapat kain batik..yang lelaki kain pelikat..

Lepas isyak baru buat BBQ...yeop yang sediakan bahan2nya..kami bakar sama2..makan sama2..kemas sama2..


Owhhh...Zee Villa ni nak ke pantai within walking distance...ala jalan kaki dalam 5 minit gitu..klu akak yang sakit lutut ada la dalam 5 ke 10 minit..

Keesokkan harinya kitaorang check out lambat sket dlm pkl 2 gitu..ingat nak sampai pkl 5 tapi malas fikir jalan jem..gerak jer la..kira ok la tempat ni..Mr shankar yg kitaorang deal tu bole tolak ansur..

Kira misi tercapai..next family day samada di selatan juga atau ke utara..nanti ahli jemaah mesyuarat tingkap decide..

Pulang

Assalammualaikum,

Perjalanan hidup ini pusing2 akan tiba ke penghujungnya..
Hari ini kita bertanya khabar
Esok lusa dan hari-hari berikutnya tiada khabar dari kita
Laluan mana yang dipilih...
Jazakallah...



Seperti kapal yang belayar pulang ke pelabuhan..


Bila senja melabuhkan tirainya.....

Wednesday, October 26, 2016

Kuala Perlis

Assalammualaikum,

Ini cerita pertengahan bulan lepas..
Attend wedding anak angkat abang gebu aka adik angkat akak..
Yea la..dia panggil akak kak fzy, manakala abang gebu as uncle...(see...seee..nampak sangat akak muda di situ..hehehehehe...) tho my age 18 years older than her...
Wedding nya nun jauh ke negeri paling utara semenanjung malaysia..Kangar, Perlis.
Well takde apa nak di kongsi..wedding dah selalu nengok kannn..
Perancangan ingat nak ke Langkawi..sekali lupa daaa..that week ramai rakyat Malaysia ke sini maklumlah cuti sekolah merangkap Raya Korban merangkap Hari Malaysia...memang jem giler tahap gaban...owhhh...akak mengambil langkah separa bijak..
Kenapa separa..sebab bijak bila menggunakan kenderaan awan..yang kurang bijak sebab jadikan bas express untuk balik KL...kan senang naik kapal terbang...(well...last minute decession..tu pun nasib baik ada tiket)

Selain ronda2 pekan Kangar yang setengah jam pusing bole habis kitaorang ke Kuala Perlis...ingat nak cari Laksa Kak Lina yg famous tu...sekali tutup daa....end up kitaorang makan kat restoran seafood...lupa lak nama...


The seafood fresh gila...

Sambil2 makan kita nikmati kuala sungai ni...sekali sekala ada la bot2 kecil lalu..ntah mana gambar bot..lain kali la taruk kat sini...





Jadi la nampak sunset sikit2. Langit mendung sebenarnya...


Bot2 kecil datang dari arah sini...

Sekian

Tuesday, October 25, 2016

Sunset from the point view of PWTC

Assalammualaikum,

Bak kata blogger 'vysyds' recently - rongtaim rongples...
Hahahaha..wording tu ingat hapa..sekali 'wrongtime wrongplace' daaaa...
Well cerita pasal caption tu lebih kurang sebulan yang lepas...akak akui akak berada di masa yang salah dan tempat yang salah...
Kenapa 'wrong time' - First, sebab time tu nak maghrib..tau la maghrib sekarang cepat..lps tu isyak..iskh iskh..silap2 bole terlepas waktu tu..
Second, sebab kereta akak rosak..tak bole start (well abang gebu yg bawak sebab he meet somebody kat situ..), bole lak pomen tu silap beli alternator..sooo annoying you have to wait and wait..
Third, sebab my blood go upstair for so many reason yg biar akak jer la yg tau,...Betul pun orang tua2 cakap..maghrib2 jgn keluar rumah..banyak setan berkeliaran..maka mereka akan meniupkan api kemarahan kepada orang2 yg alpa..allahu...
Wrong place - actually takde la wrong place...Allah balas dengan satu scenery yang sukar akak gambarkan...so beautiful the sunset...abaikan kan la gambar yg akak tangkap sbb handphone biasa jer...serius..jika ada kesempatan..pegi la kat port ni... bawak la tripod bagai...eh! sapa ada iphone tu sure cantik gila gambar khen...maklumlah henpon mahal...:)




Serius apa yg being captured by lens tak sama dgn mata ini sebagai saksi ciptaan yang maha esa...

Sekian..

Friday, October 21, 2016

Lenggong with love

Assalammualaikum,

Lamanya tak hupdate blog ni...
Last week misi mencari site kat Kg Chepor
Client kata nak pegi site ni dari Kuala Kangsar
Tengok google ada satu Kampung Chepor kat Lenggong..
Bila tanya client dia kata betul la tu...
Sekali miscommunication daaa...
Jalan nak ke Kuala Kangsar dari Ipoh...means....di Chemor...
Adoiiii....Kg Chepor di Chemor hokey...dekat2 dgn Ipoh



Macam biasa akak suka ambik gambar masjid......insaf sbb byk buat dosa...ngeee...





Ikan bakar kat sini besttttt.......




Nun jauh di sana resort tasik raban...

Ok ciaou...

Tuesday, August 30, 2016

Time travel

Assalammualaikum,

Lama dah cerita ni..
Bulan syawal ari tu nak tengok site di behrang along the highway...then decide la singgah ke Kuala Kangsar...konon2 nak beraya ke rumah pak2 and mak2 sedara di Kg Bendang Ujib dan Kati.
Alih2 semua takde kat rumah..
End up membetulkan cangkuk rantai di pekan Kati dan makan ikan kelabow di pekan Kuale..
Oh! jam kat bawah di kedai emas pekan Kati..
Dah dekat 80 tahun umurnya..masih berfungsi...and still in good condition...
Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 59 tahun...




Sunday, August 7, 2016

Mangkuk sia

Assalammualaikum,

Wah!wah!wah! seronok beraya yea..
Dah masuk 3 Zulkaedah pun jamuan raya masih diadakan.
Ramai lagi yang buat 'open house'.
Sajer jer nak kongsi cerita..
Setelah 3 tahun berturut2 akan malas menghadirkan diri ke jamuan raya yang dianjurkan oleh client..
tup-tup tahun ni hambik sekali 6 jamuan raya dok pegi..tu pun banyak lagi jemputan tapi demi menjaga kilogram yang turut sebanyak 6 kilo gara2 berpuasa..akak tabahkan hati makan makanan yang berkolestrol dan berkabohidrat tinggi tu...
Yang best ada dapat ole-ole dari client..
Taraaaaa..........

Mangkuk sia..atau mangkuk tingkat..
Bole le isi jemput2 pisang...