Assalammualaikum,
Jumaat ni masih ramai yang bercuti kan? Isnin depan jem balik la KL..hehehehe.
Teman sepatutnya cuti seminggu..tetapi ada urusan kerja yang perlu diuruskan + budget yang tak dapat direalisasikan (biasa la..bila berurusan dengan manusia lidah tak bertulang kan...).
Yang paling ketara hilang seri raya bila mak dah takde. Tahun lepas dan tahun2 sebelum masih ada ruang untuk beraya dengan mak. Kesihatan abah pun lately kurang memberangsangkan. So kami beraya ala kadar sahaja.
Semua juadah di pagi raya, adik teman yang masak..sakit2 lutut pun gagah juga memasak. Ada lontong (ni juadah yang selalu mak sediakan), rendang ayam, kari kambing dan nasi arab. Biskut2 raya adik ipar yang supply..termasuk cheese cake, puding dan red valvet kek.
Teman??? Beli kurta untuk abah dgn Amin, baju, tudung dan kasut raya untuk Nurul (gigih kami berdua hari Ahad tu pergi jalan TAR tinggalkan abah kejap..hehehehehe), carpet raya untuk rumah abah, jubah untuk AG, duit raya untuk abah dan anak2 sedara/sepupu dan mak saudara.
Rumah teman cukup biskut raya 3/4 balang. Tu pun singgah beli di depan Masjidut.
Selamat Hari Raya untuk semua teman2. Minal aidil walfaizin..
11 comments:
Selamat Hari Raya Kak..maaf zahir batin..sama la kiih raya kita 4 botol je...itupun dh settle...abis dh...kalau tetamu datang masak apa ada je.kami raya seadanya je..lagipun SA di duga x sihat sebulan ni..
Maaf jika ada terkasar bahasa ye... Selamat hari raya!
Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.
sedapnya kari kambing & nasi arab! salam aidilfitri & ana mohon maaf segala salah silap ye :)
Selamat hari raya kaaak 🎉. Minal Aidin walfaizin , saya juga minta maaf jika ada komentar yg mengguris hati di blog yaa ☺️
Selamat hari raya..hahahaha..gimifive biskut raya 4 botol jer..sekarang tinggal serdak sahaja..GWS sis
Sama la kita uncle..Maaf dipinta jika tulisan saya menyinggung perasaan.
Selamat Hari Raya..maaf zahir batin juga
Peminat kambing memang suka la apa2 masakan..kita ni jer yg kadang2 rasa loya bila makan..ahkak dah tua..hehehehehe. Slmt Hari Raya..maaf zahir batin
Selamat Hari Raya fanny. Ampun dan maaf juga jika ada tulisan yang menyinggung perasaan...
ISNIN semalam di highway memang banyak kereta especially menuju ke KL.
Taqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.
Post a Comment