Friday, December 15, 2023

Port Kari Kepala Ikan di Kajang/Bangi

Assalammualaikum,

Kami jumpa port kari kepala ikan yang baru di Bangi. To be exact kawasan kedai Taman Putra Kajang, kira dekat2 dengan Seksyen 8 BB Bangi. (sebelah toll plaza Sg. Ramal). Kalau dari rumah teman dalam 13 minit jer.

Nama restoran ni D'Rumbia Bangi (kari kepala ikan malaya). Sederet dengan klinik As-Salam dan woodfire.







Memang niat asal nak makan kari kepala ikan..sekali tengok besar gila kepalanya..price dalam RM70 ke RM100..ada discount RM5 kata adik tu...yang makan kepala ikan AG sorang jer..dia sendiri cakap..kita makan ikan lain...nampak pulak ikan lampam goreng garing. Seekor tu RM12. Lala masak lemak satu pinggan tu dalam RM10. Sambal belacan dengan sambal kicap sedap.

10 comments:

Ammi said...

uhhh mahalnya harga seketul kepala..

ammi kalau gi kedai nampak ada terung belado camtu mesti itu yg 1st jadi pilihan

nohas said...

banyak betul pilihan lauk-pauk...harga sampai RM100, mesti besar kepala ikan tu..

Carneyz said...

Sepanjang travel luar negara hari tu, terbayang2 lauk-pauk kat Malaysia. Makanan kat Malaysia jugak sedap huhu. Weekend ni nak pegi pasar beli terung, buat terung balado la. Sedapnya...

Abam Kie said...

harga mahal gak tu. tp rasanya sedap kan? sy x kisah byr mahal asalkan rasanya sedap...

mrhanafi said...

harga agak keras juga tapi iti memang harga semasa

uncle gedek said...

banyaknya pilihan...!

Cuya said...

Hidup ni keras roy.. harga manyak keras

fzy fuzzy said...

Ammi : Betul..tapi tengok besar2 kepala ikannya. Kos beli + rencah masakan + upah masak + sewa kedai. Terung untuk yg ada masalah perut tidak digalakkan makan..tinggi histamin.

Nohas : Yes. banyak jenis lauk. memang besar2 kepalanya. Kalau berdua datang memang tak termakan..tapi kalau 4 ke 5 orang..memang berbaloi.

Carneyz : Hehehehe..tekak orang kita. Kalau travel ada sesetengah mesti nak cari kalau2 ada restoran Malaysia kan?

Abam Kie : Kalau tengok saiz kepala rasanya berbaloi harga tu..tetapi tentang rasa tak tau pulak sbb masa datang tengok saiz kepala ikan terus tak jadi order..

Mr Hanafi : Tu la..hidup zaman sekarang mana ada yang murah kan? Yang murah jauh pulak. Tu belum kira kos minyak dan tol.

Uncle : Yes, banyak pilihan.

Cuya : Hidup memang keras. so kita redho jer la.

Time Traveller said...

Lampam goreng garing pun sedap.. RM100 ke RM12 tu byk beza tu hihihii

fanny_dcatqueen said...

Kalo kepala ikan yg suka suami saya. Saya tak sentuh 😅. Makanya kalo ketemu restoran seperti ini, dia akan pilih size yg kecil, karena takut tak bisa menghabiskan 😂.

Lumayan juga harganya yaaa bisa cecah 100rm. Besar sangat pasti 👍