Wednesday, July 5, 2023

Paktam Laksa Johor@Taman Melawati

Assalammualaikum,

Cuti raya macam biasa banyak kedai tutup. Kali ini untuk sarapan lajak ke Taman Melawati. Sedang lalu celah-celah lorong/jalan kat commercial hub Taman Melawati tu ternampak la satu kedai. Buka!!!! 

Comel jer kedainya. Paktam Laksa Johor, an authentic johor cuisine gitew...Terletak di Lorong Perak. Google jer..inshallah sampai.

Memandangkan kedai comel..so kalau datang satu bas sekolah memang takde la tempatnya. Seating adalah limited. Mungkin untuk 10 orang sahaja. Seating luar tu ada 2 meja sahaja, so kalau matahari dah start naik..tengah2 makan apasal rasa panas..jemur la kat situ kejap..dapat vitamin D...tak pun pakai kacamata hitam.

Kebanyakkan yang datang bungkus dan bawak balik. 

Kalau makan situ and you aspect ada air panas, sorry yea. Air adalah dalam tin atau air kotak seperti yang ada didalam chiller. Tapi kalau nak air panas, ada!!! cafe sebelah jer...tapi takde la teh tarik, kopi o, nescaffe or milo o.  Cafe hipster sooo..kena order americano, capuccino, latte...kerlasss kan. Makan laksa johor/lontong dengan capuccino and hot chocolate.









4 comments:

uncle gedek said...

Aik? Tapi tak macam laksa johor pun?

Cuya said...

Dah lama tak merasa ke kedai gini...tepi jalan je

fzy fuzzy said...

Uncle : Entah la uncle..saya makan jer..hehehehehe.

Cuya : Betul..dah jarang jumpa.

nohas said...

boleh cuba ni..feveret laksa johor..