Friday, March 20, 2020

Work from home

Assalammualaikum,

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan partial lockdown bermula dari 18/3/2020 hingga 31/3/2020. disebabkan penularan wabak CV19.
Semua penduduk yang diarahkan bekerja untuk bekerja dari rumah kecuali sektor2 yang terpilih.
Dilarang sama sekali untuk berkumpul atau menghadiri sebarang majlis keramaian sepanjang tempoh lockdown..
Banyak lagi..tapi info tu boleh dapat dari media2, instra, fb etc..
Cuma untuk catatan..ahkak pun work from home..dari rumah tekan lift dah sampai ofis.
Owh..company mmg tutup.... IT staff kena sentiasa on standby..sebab nama pun work from home..bila masuk server hang la bagai..cloud tak boleh access...so dia kena troubleshoot..
Masuk ofis sembur la segala anti septic, use hand sanitizer bagai..
Klu ada staff yang nak datang buat kerja dia..boleh jer datang..tapi tak boleh ramai2..(harap ada jawapan yang konkrit sekiranya ditahan oleh pihak polis semasa roadblock..jangan cakap majikan paksa datang pulak)
Untuk urgent case, boleh datang and discuss tapi dalam jarak 3 meter lah..(di balik cermin..hehehehehe)..akak akan batuk klu aircond sejuk sgt. Client pun work from home maaa....so mmg interact dgn depa la..Bukan semua staff ada laptop kat rumah..kebanyakkan kerja guna desktop kat ofis..
Semua urusan adalah melalui email atau wassap.
Sebab ada case yang perlukan letterhead...tu yang kena masuk ofis.
Once report or CV dah ready and print then akak akan datang, signed dan boleh balik.
Apa-apa stay safe...banyakkan mengadu dengan Allah..
Kalau takut overweight during partial lockdown ni...belajar2 la berpuasa..
Inshallah, all went well..


P/S : Cabaran work from home ni..day 1 and day 2
a. Selalunya pukul 9.00 dah ada dalam ofis..check-in dalam Covid wassap group tapi masih baju kelawar lagi..silap2 tak mandi lagi..hehehehehe
b. Tengah jawab email/reply wassap/call client.. tertengok lantai rumah tak sapu lagi...ambik penyapu..ambik vacuum..dan tak lupa mop bagai..aduss...
c. Masuk bilik tengok ada baju kerja dan jubah yg belum gosok..krik..krik..krik..
d. Bila basuh kain..kain sebelum tu for sure dah kering kan..kena lipat pulak....iskh..iskh..iskh..
e. Dok fikir lauk apa nak masak untuk berbuka..sebelum2 ni beli or dinner kat luar jer..masak only on weekend..
f. Abang gebu dok tengok youtube wrestling...kadang2 terjoint sekali..ngeeee...
g. Lps zohor nampak katil memanggil-manggil...parahhhhh...

So hari ke-3 masuk la ofis jap..settle apa yang patut..

4 comments:

nohas said...

byk dugaan kerja dr rumah..hihi..kurang produktif..tapi kerja ofis siap, x pe..

fzy fuzzy said...

hehehehe..itu semestinya kak..
deadline tetap deadline..

Siti Yang Menaip said...

banyak cabaran keje dari rumah. godaan sama hehe..
semoga cepat ujian ni berlalu..

Unknown said...

inshallah SYM..sama2 kita berdoa..