Sunday, October 16, 2011

Bila Gastrik Datang Menyerang

Malam Jumaat hari tu, lepas balik kerja perut aku mula meragam...mencucuk-cucuk. Nak kata cirit-birit tak juga walaupun aku kerap ke tandas. Iskh ape kebenda la yang aku dah makan.kalau tengok kronologi pemakanan aku hari tu, Pagi makan spagetti yang kak nor bawa, tengahari aku makan mangga yang dibubuh serbuk asam dgn ciku, lps tu makan seketul roti bun dgn teh kat ofis klien. Dlm pukul 6 makan mee kari taruk sambal dgn dua ketul popia basah yang disiram dgn sambal kacang selain dari itu aku makan karipap dan teh tarik.

Malam tu memang aku duduk salah, berdiri salah, baring salah....nak tidur pun tak boleh. Setiap 3 minit aku ke bilik air..rasa nak muntah tapi yang keluar air ajer. Dlm 11.45 tu, aku dah tak tahan sangat, aku cakap dgn abah nak pegi klinik. aku cakap aku tak larat nak bawak kereta, naik motor ajer. Abah tanya nak pegi hospital atau klinik. Aku cakap pegi Pusrawi le depan IJN tu. Hospital sure tunggu lama...dah la berguling-guling tahan sakit. Maka merempit la kami berdua.

Sampai Pusrawi, mamat jaga kaunter pendaftaran tu macam tau jer aku sakit perut. Dia cakap sabar kak..kejap lg jumpa doktor. Aku No. 70, kat skrin No. 69. Cantikkkkk....dlm 7 minit aku dipanggil masuk. Doktor tu pun macam tau2 ajer...terus dia letak statiskop dekat perut sambil nurse pasang alat untuk cek tekanan darah. Sempat lagi doktor buat lawak siap tanya ada jamuan raya korban ke petang tadi? Sabarrrr ajer la. Dia tanya dua opsyen. Nak injection atau makan ubat ajer. Aku cakap tak kisah, "mak ok ajer". Siap bagi MC. Aku cakap tak payah la doc, saya banyak benda kat ofis nak buat. Rasanya lps makan ubat ok kut. Doktor kata standby ajer...mana tau aku perlukan. Aku tanya lagi macam mana perut aku. Doktor buat lawak lagi..."oooooo...diaorang berparti dlm tu...macam-macam lagu ada...rock..keroncong..jazz...samba...semua ada..hehehehe" .Kat situ juga dia suruh makan ubat. Sampai rumah tak sampai dalam 5 minit abis semua yang aku makan dimuntah. Lega.....tp aku tak lena tido, sekejap-sekejap bangun. The end...memang aku MC keesokkan harinya. Sampai hari ni perut aku masih lagi rasa macam bloating.

Aku dapat info dari sihatselalu.com

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

2 comments:

KSWSK said...

tgh membayangkan sebagai bagai makanan dlm perut sedang berparty..(hehehehe)

fzy fuzzy said...

Macam konsert double-trouble