Monday, October 11, 2010

Overdose


Payah juga ya kalau kita tak ambil tahu jenis2 ubat yang kita ambil!!!!

Bukan apa, 2 minggu lepas aku diserang sindrom batuk, sakit tekak dan selsema. Demam kejap ada, kejap tak ada. Maklumlah musim raya. Lagipun aku mmg malas nak jumpa doktor.

Akibat tak tahan mendengar bebelan, hari Khamis bersamaan 30hb September 2010, aku telah menemui panel doktor syarikat tempat aku kerja. Mcm biasa dapat ubat sirap, ubat biji n antibiotik. Kena habiskan antibiotik tu, kena makan ikut time, bla..bla..bla...

Lepas 2 kali aku makan, aku rasa muka aku macam kebas, kepala macam ting tong...tak mengantuk..tapi aku macam terawang-awang. Budak2 opis semua dok tegur apasal muka aku pucat sangat..aku cakap aku ok jer...cuma tu la aku rasa muka kebas2 n khayal.

Dalam 7 petang, aku jumpa boss..ye la sebab anak dia kerja kat farmasi..aku tergerak hati la nak tanya ubat apa yang aku makan sampai kebas2 muka. Kebetulan ada lak ofismate yg pernah belajar medic...apa lagi kecoh la dalam bilik boss...abis internet, jurnal perubatan doktor di cari..siap call kawan2 dia yg praktis doktor. Solution..aku kena balik jumpa doktor yg bagi ubat tu...at 7pm...sah2 la klinik tu dah tutup. another solution...aku kena jumpa doktor lain.

Dia tanya..aku bole drive ker. Aku cakap..insyallah..boleh...siap suruh boss tolong bawak...aku cakap aku ok....actually tak ok...wakakaka...nak tunjuk macho beb....

Aku terus pegi jumpa family doktor...(doktor ni mmg aku selalu jumpa termasuk the whole family aku..kira dah mesra gitu n aku banyak rujuk kat dia). SAH!!!! tak der lain..dia kata aku mmg OVERDOSE....gila betul doktor panel tu...ade ker 2 bahan yang sama ada dalam syrup n tablet..sah2 la aku makan 2 kali... dah la tu pagi , tengahari n malam. Kira la berapa miligram dah masuk dalam badan aku... Doktor Moza siap bukak semua buku2 perubatan dia especially melibatkan 2 bahan tu...payah benor nak nyebut...Dextromethorpan dan pseudoephedrine. Setiap orang body tak sama...sintom aku ada dalam buku dia...lps ambik ubat tu...aku kerap ke tandas...kira dalam sejam 4 5 kali ler....rasa macam tak der selera..etc...iskh..iskh...

Bila aku jumpa balik klinik yang bagi ubat tu keesokkan paginya..siap bole nafikan..cakap sbb bp aku naik 150/100. MMg la sah2 naik, sbb ubat kau la...tak kan hari sebelumnya 120/74 terus boleh shoot sampai 150. Dah la malam tu tak bole tido... Hampeh nyer doktor. Bila aku cakap kemungkinan aku overdose..masih nak nafikan lagi...bila aku cakap aku baca kandungan bahan dalam sirap n tablet tu sama terus dia cakap..."oooo...tablet ni u ambik 2 kali sehari ajer...sirap ni u ambik malam sahaja..." Hampeh...sebelum tu instruction dia 2 biji tablet untuk 3 kali sehari dan sirap satu sudu besar 3 kali sehari..... "Geram...siap bagi aku MC. Lps tu cakap aku kena terus balik rumah..jangan p mana-mana sbb "MC is medical chit so...u have to rest at home..if u go somewhere and anything happen to u we won't responsible coz MC already given", KEPALA HOTAK hang!!!!!..tak guna punya doktor...mmg lepas ni aku tak kan jejak klinik kau le...

Silap aku...yg sepatutnya tak aku buat adalah BUANG ubat tu...sebab bole jadi bahan bukti bila report kat persatuan depa.

Akibatnya, selepas 5 hari aku stop ambil ubat itu, rupa-rupanya sintom ubat tu tak abis lagi kat aku...Kali kedua aku diserang tompok2 merah serta demam panas...kat mana..hehehehe..rahsia...bila check balik...doktor confirm badan aku masih tak stable lagi akibat dari pengambilan ubat2 tersebut...NASIB....

Moral of the story : Kenali ubat anda..jika anda ada allergy kepada sebarang ubat sila beritahu doktor....


No comments: