Friday, June 5, 2009

Bugis Street

Hari ni menemankan si Kiki ke Pandan Indah sebab semalam keta dia over heat. Lepas sessi breakfast aka brainstorming with Chairman, both of us pun membelahkan diri. Satu lagi Kiki macam cuak2 sebab semalam dia kena ukur kedai makan cha ya nun alif yang menjual ba alif ba ya, then ala2 seram gitu sebab kena naik other floor sorang2. Bukan apa kami tak nak la jadi macam rakan kami di Melaka tu. Siap masuk dalam surat khabar kosmo - Tajuk berita: "Seorang penilai hartanah menjadi mangsa ragut didalam bangunan komersial kosong" . Itu mangsa ragut..kalau mangsa rogol ke..bunuh ke,,iskh..iskh nauzubillah. Marabahaya ini kerja woo....
So, aku pun menemankan la dia. Sementara menunggu pejabat Maxisegar bukak pukul 2, kitaorang konon2 cuba mencari kedai yg boleh sekadar mengalas perut. Sebab tadi dah pekena nasi lemak, ingat nak makan ringan-ringan jer...sekali ternampak lak kedai ni. Terletak di Jalan Pandan Indah 1/23C. Dekat2 dengan stesen Petronas.



Yee Mee Bird Nest

Mee Rebus - keruk dgn kepingan daging dia sedap woo...
Kuah dia ok la...

ABC ni besar gedabak.
4 orang bole makan ni.
Cheh! kunun kunun nak makan ringan2 ajer...sekali order...macam tak ingat dunia. More on kopitiam style...sapa2 suka makan kambing ader la gak..yg lain macam roti bakar, kopi...teh
Western food tak nampak la pulak, mungkin ada kut - sebab aku dlm menu yg aku baca tak ade...Ada Wi-fi. Aku perasan ada banner ttg ayam. Depa claim ayam tu disembelih menggunakan tangan bukan mesin, dibuang isi perut, darah kotor, dicabut bulunya then baru rendam dalam air panas. Al-Mumtaz ker apa - hehehehe aku lupa lak...makan banyak punya pasal...Lagipun yang buat sedapnya, si Kiki BELANJA. yahoo....

3 comments:

nohas said...

Ingatkan kat Singapore, chiss..ABC dia ada buah tembikai..

Snow Peace said...

wohoooo...itu mee rebus nmpak amat menarik....jom kak kita ngeteh kat sini nnti...i banjer...:)

violet said...

kak fazy kiki lapaaa
hahahhahaah