Assalammualaikum,
Hampir lebih dari sebulan berulang alik KT-KL-KT.
Pada 21hb December 2025, jam 5.45 petang, (petang 1 Rejab)..kami 4 beradik tidak lagi menerima doa dari syurga dunia apabila ayahanda tercinta menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 2 minggu berada di wad Urologi dan Nefrology HKL.
Abah dikebumikan pada esok pagi. Ikutkan teman baru sampai di KT dari KL petang Sabtu. Memandangkan teman ni kurang awas jalan malam, perjalanan ke KL semula hanya dilakukan pada jam 4 pagi dan tiba di masjid al-Ansar jam 9 pagi.
Perjalanan kematian arwah abah dan arwah mak sama sahaja. Alhamdulillah, masa tengah mandikan jenazah abah, teman tengok wajah abah senyum sahaja sebab semua anak2 dan cucu serta adik2 abah memandikan abah.
Rezeki abah, pusara abah dekat dengan pintu masuk ke kawasan kubur.
Selesai sudah tugas kami 4 beradik menjaga arwah mak dan abah kami. Sekarang tugas teman menjaga Abang Gebu yang kena stroke pulak.
Tak tau la macam mana kami nak merayakan Ramadan dan Aidilfitri tahun depan.

1 comment:
Innalillahiwainnailaihirojiun....salam takziah
Post a Comment