Sunday, September 28, 2025

TRG : 08 - Sea Breeze Therapy 02

Assalammualaikum,

Hari Rabu membawa ke Jumaat baru2 ni, ke Kemaman office. 

Dalam perjalanan nampak papan tanda Kg. Jambu Bongkok. Kita pun pusing la stereng nak tengok apa yg hype sangat.

Tak jumpa la spot yg orang2 share dlm medsos. Tapi semasa pulang dari Kemaman, dah nampak spot cantik tetapi takde la menyinggah sbb AG mcm exhausted jer. Yea la orang kena stroke ni mana boleh berjemur tengahari rembang lama2. Dah la 3 hari berturut2. 

Ni jer la yang kita dapat capture..kalau ke Kemaman office lagi dan ada kesempatan singgah, teman share spot best2 yea..inshallah..tak pun oulls pergi ler..best tau..






Kami ke Kuantan jumpa kawan. Lepas tu kami singgah makan kedai ni, Jaman Tory di Indera Mahkota.
Tengok AG selera betul makan. Kolestrol kuat oooo..




Actually semasa turunkan AG depan kedai, nampak AG macam nak jatuh...teman pun parking la kereta dulu. Bila sampai kat AG nampak ada polis dok berborak dengan dia..hahahahaha..macam biasa terpaksa la cakap, pakcik ni kena stroke..tak boleh bercakap...nasib baik abam polis tu hensem. Hehehehehe..macam2 dia nasihat..tengok kat baju macam ada 2 crown. 
Bila tanya AG td nampak macam nak jatuh masa keluar kereta, pening ke? Dia geleng kepala..tak tau la..mungkin kereta tu seat dia lowered lps tu baju jubah tersepit...berderau darah teman.


18 comments:

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Jaman Tory ini saya beberapa kali baca review-nya. Semua bilang sedaaap. Memang dah masuk list saya untuk dicoba kalau nanti kesana 😍😍😍

Mulan said...

Jaman Tory memang best. Turun Kuantan lagi roger2 lah kalau ada extra masa.

uncle gedek said...

Kemaman tu view2 le level poskad... mana2 pun cantik

Etuza said...

Saya berjaya follow ya..

Wak Lat said...

x hensem xper makcik, jnji ada janggut merah., hahaha ;p

NADIA vs BERON said...

Saya sentiasa suka pantai timur, menenangkan walaupun nak sampai punya lama.

Kalau sata, kemaman is the best.

Kat Kuantan lepas bi cuba try Mabiq katanya sama sedap dengan Jaman Tory tapi versi lebih pedass.

Faranggi Eva Lutvika said...

Membayangkan melihat pemandangan pantai seperti itu setiap hari.

Carneyz said...

Beberapa bulan lepas dah sampai kat Jaman Tory ni tapi tak de rezeki nak makan kat sini sebab ramai sgt org beratur tunggu giliran nak makan dalam restoran ni. Sudahnya kiteorang terpaksa cari kedai makan yg lain. Harap2 bila ke Kuantan lagi ada rezeki nak makan kat sini.

Abam Kie said...

pantai2 di Kemaman juga cantik. Makanan laut pun segar2 belaka...

fzy fuzzy said...

Betul..ramai yang review..cuma kalau hari libur besar khabarnya antri panjang. Make sure pergi weekdays sahaja.

fzy fuzzy said...

Saya suka ayam goreng dia..sedap..
Insyallah jika ke Kuantan lagi saya roger..jika ada jodoh kita bertemu..:)

fzy fuzzy said...

Kalau saya, saya suka area Marang dan Dungun..vibe rumah kampung, pokok kelapa dan air laut yg biru/hijau

fzy fuzzy said...

Ya, terima kasih. Saya cuba follow juga..sbb sebelum ni blog ada masalah nak memfollow..:)

fzy fuzzy said...

Yessza..itu sudah semestinya..kita pun nak jadi bidadari usap janggut tu..hehehehehe

fzy fuzzy said...

Betul..tenang dan mendamaikan..kalau berjalan guna kereta baru insyallah tak terasa perjalanannya..hehehehehehe

fzy fuzzy said...

Yes..u must imagine that. Tetapi saya juga suka pandang bukit dan gunung.

fzy fuzzy said...

Kami sampai selepas waktu peak hour lunch..tetap ramai orang..kira silih berganti lah..

fzy fuzzy said...

Lagi cantik kalau masa sunrise dengan sunset cikgu...