Wednesday, August 28, 2024

Lama bebenor tak jejak KL Sentral dan kawasan sekitarnya

 Assalammualaikum,

Bila teman decide nak naik monorail. Off course kena menapak dari CIMB HQ ke stesen monorail Brickfield. So lalu la KL Sentral dan Nu Sentral. Dok fikir nak kejar train supaya tak penuh dengan pekerja yang pulang selepas pukul 5 plus hujan lebat di luar sana dgn kilat guruh berdentum..kut2 la naik monorail tiba2 takde elektrik..stranded atas landasan..nauzubillahminzalik...ikutkan nak jer ronda2 lebih lama di situ..hehehehehe..kut2 la ada benda boleh disambar...


Spiderman dah tukar profession main piano..




Teman turun di stesen Chowkit..masa tu dalam pukul 5..luar stesen hujan lebat gila..camno nak ke surau belakang kedai pakistan tu..sbb Abang Gebu solat kat situ. Masa berteduh bawah stesen monorail tu teman dah basah kuyup sebahagiannya. Alih2 abang kedai pakistan datang bawak kerusi suruh teman duduk..agaknya kesian tengok teman berdiri..untung juga pakai tongkat ek..hehehehehe..

Tetapi teman request kalau dia ada payung..pinjamkan sekejap..sekali abang pakistan payungkan teman ke kereta..how sweett...well..niat kita satu jer..tujuan adalah nak ke kereta..kalau tunggu lama disitu hujan memang takkan berhenti..daripada sejuk kat situ baik sejuk dalam kereta...terima kasih abang pakistan...

Teman mesej AG kata dah ada dalam kereta..dia datang lps tu tanya nak ke mana...teman cakap teman tak solat asar lagi..lagipun teman dah basah kuyup..sejukkk..so kita balik rumah Keramat. Tidur sana..esok pagi baru balik Putrajaya.

Serius nasa kami lalu atas Jalan Ipoh cross Sungai Batu nak ke Jalan Tun Razak..masa tu teman tengok air sungai dah tinggi gila, sikit lagi nak melimpah..lepas tu dengar announcement suruh orang alihkan kereta kat area2 PWTC.....Keesokkan harinya baru tau yang kawasan situ tenggelam...Allah....kalau sebelum tu teman solat kat surau chowkit tu...then makan ker apa ker memang stranded la jawabnya..berenang2 nampaknya kereta...Allah sayang kami...


3 comments:

Carneyz said...

Haah tengok dalam tv ada event conference dekat PWTC tu, habis conference dieorg keluar tengok kereta habis tenggelam. Kesiannya.

Mulan said...

Betul tengok dalam tv hujan lebat betul hari tu.

nohas said...

Alhamdulillah..ada warga yg prihatin...