Wednesday, June 26, 2024

Jalan-Jalan Cari Pantai - Day 3 (Pengkalan Chepa)

Assalammualaikum,

Destinasi seterusnya dari Kuala Terengganu adalah ke Kelantan. Specifically di Pengkalan Chepa. Melawat anak bongsu yang bermastautin di situ bersama suami dan 2 orang anak lelakinya. Sekarang tengah sarat..inshallah bulan 8 melahirkan.


Anak bawak mak dan papanya ke Pantai Aor di area2 Bachok. Jauh juga kalau dari Pengkalan Chepa circa 45 to 50 minit. Hujan2 pun redah juga..hehehehehehe..





Banyak tempat ootd. Orang pun ramai..cuti sekolah kan.


Actually kawasan ni banyak nama pantai. 20 ke 30km ada rasanya..
kita pilih jer kat mana nak nak lepak.


Lepas solat maghrib, kami singgah makan di satu kedai ni. Macam2 ada..nasi khaumok la, daging harimau menangis la..ikan siakap tu win..fresh..kerang tak tau rasanya..sebab teman tak suka makan seafood yang kena kopek kulit macam ketam, udang, kerang dan seangkatan dengannya..kalau ada orang tolong bukakan teman makan..hehehehehe


Isnin pagi2 lagi kami dah gerak balik ke KL. Anak dan cucu ikut sekali.
Singgah di Kuala Lipis untuk makan tengahari dan solat.




Ikan Talapia tu sikit punya besar..goreng dgn kunyit jer..isinya fresh.


Kami singgah makan kat sini.

So..keluar dari Pengkalan Chepa pukul 7.30 pagi. Sampai Putrajaya 9.30 malam. Fuhh..14 jam...tobatttt..dari tol Bentong ke tol Gombak sahaja 4 jam..bukan jauh pun 59 km sahaja...gila...salute la orang Pantai Timur yang sanggup redah jem tu.

Next projek apa pulak...tunggu....


5 comments:

Carneyz said...

Baru balik dari Pulau Perhentian, ambik return flight Kota Bharu - KL tapi tak sempat jalan2 di KB. Rasa nak buat road trip jugak ke Pantai Timur sbb tak puas jalan2 kat sana.

Mulan said...

Ya kita sama2, bab seafood kena ada yang bantu kopekkan hehe. Nanti next time lalu or singgah Kuantan, roger2 ya.

Roziah @ Cie said...

Orang Lipis singgah sini. Done follow ☺️

NADIA vs BERON said...

haha ada masa nak taknak memang kene redah jem demi secebis kenangan. Suka Terengganu & Kelantan sebab laut2 nya dan makanan2 nya haha

fairus said...

Tak pernah sampai lagi kat sana. Cantik je pantainya