Monday, September 25, 2023

Filem Tamil : Jailer

Assalammualaikum,

Teman ni kadang2 ada juga layan filem Tamil. Tapi tengok hero or review by others yang pernah tengok filem tu (review ni biasanya bukan datang dari die hard fan filem lah. Kira review ikhlas giteww..).

Entahlah kenapa teman prefer filem Tamil compare Hindi..mungkin Tamil ni more to realiti kehidupan...

Kalau adegan bergaduh atau bertumbuk tu kadang2 tak logik..but itulah hiburan..kalau kes rasuah tu tak payah cerita la..tetapi kadang2 plot cerita dia ada logik juga.

Ok back to filem Jailer ni. Hero macam biasa..Mr Rajinikanth. Walaupun umur dia dah 73 tahun tapi masih mantap dan popular keyy...

Filem ini merupakan filem yang ke 169 dia berlakon. Banyak gilaaa...


Filem ni ada satu sahaja scene menari which macam scene menari filem dalam filem.

Takde scene sikit2 gaduh..sikit2 gaduh...plot cerita best..

Masa tengok 2/3 filem ni dah boleh agak sesuatu yang berbeza. Masa scene hero datang kat tempat orang jahat..ingat dah settle..sekali drag to another plot of story...

Eh!! lupa lak cerita. Hero ni ada seorang anak lelaki yang bekerja sebagai polis. Satu hari anak dia tak balik rumah. Hero suspect anak dia kena bunuh. Yang buat hero bengang bila polis sendiri cakap kemungkinan anak dia bunuh diri sebab stress siasat kes yang melibatkan penjahat yang curi barang2 rare. (patung lama..dsbnya..). Hero tak puas hati dia siasat sendiri. Hero pernah bersemuka dengan penjahat tersebut..tapi mamat tu ego sangat..dia ingat hero ni orang biasa2 sahaja. Sampailah cucu hero hampir kena bunuh. So hero mintak tolong kawan dia pinjamkan beberapa orang sharp shooter. Suatu hari penjahat ni suruh orang bunuh hero dan family dia. Sebenarnya, penjahat ni silap orang beb..hero ni sebenarnya bekas penguasa penjara yang disegani oleh ramai penjahat lain (kira otai la..depa panggil dia harimau..so kalau dia bagi arahan kena ikut..uishhhh...). Setakat penjahat tu senang jer dia nak settle.

Cuma hero terpaksa tarik handbrake dan alihkan kepada perkara lain. Kan ker hero datang kat tempat penjahat ingat akan settle semua...oh..no..no..no...penjahat tu tunjukkan kat hero yang anak dia masih hidup. Wow...apa telah terjadi. Sebagai syarat untuk pastikan anak dia terus hidup, hero kena dapatkan satu mahkota di sebuah kuil. Mahkota tu mahal woo..lepas tu hanya orang tertentu sahaja boleh masuk tengok..dan dijaga oleh askar/polis...camno nak ambik...

Disinilah letaknya kebijaksaan hero. Ada scene yang macam real hero dan rakan2 kena tembak..hakikatnya lakonan semata-mata..keh..keh..keh...kira penjahat tu ingat dia dapat la barang asli..well rasanya uolls boleh agak kut...end up anak hero dilepaskan.

Oooo..ingat dah habis cerita kan..no..no..no..no...

Ingat mahkota tu??? Haaa..kat sini la semuanya terbongkar...hero pasang kamera...sungguh la hero tak sangka yang selama ni anak hero nak berkomplot dengan penjahat tu....kiranya dia dah bosan jadi orang yang baik..orang yang jujur...scene last bila bapa suruh anak mengaku tetapi end up anak dia sanggup nak bunuh bapak sendiri...sorry beb..bapak lu hero kay...mati ler anak dia kena tembak dengan sharp shooter... abis cerita....

No comments: